Cara Buat Putu Halba Ekspres & Mudah Guna Acuan Lompang, Makan Panas-Panas Sedap!

Cara buat putu halba yang mudah boleh dicuba di rumah kerana ia hanya menggunakan sedikit bahan sahaja. Paling penting sedap dan puas hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali tibanya musim banjir terutamanya di negeri Pantai Timur, antara makanan yang populor adalah putu halba. Ia terkenal di Kelantan dengan gelaran 'kuih dalam kain' dan sedap dinikmati panas-panas.

Jika musim hujan, perkara biasa yang anda boleh lihat di negeri ini adalah banyak gerai menjual putu halba di sepanjang jalan. Memang sinonim kuih tradisional ini muncul pada musim banjir atau musim bah.

Cara Buat Putu Halba

Perbezaan putu halba Kelantan dengan negeri lain adalah ia menggunakan ubi kayu dengan campuran halba. Jika di tempat lain, kebanyakan kuih ini menggunakan tepung beras dan dikenali sebagai putu piring, putu buluh dan putu bambu.

Ia amat enak jika dimakan dengan kelapa muda parut yang sudah digaul dengan sedikit gula dan garam, sememangnya membangkitkan selera dan amat mengenyangkan.

Jika di tempat anda sukar mendapatkan kuih tradisional ini, apa kata cuba cara buat putu halba di rumah. Bukan setakat mudah, sekali buat dapat banyak. Barulah puas hati makan!

Cara buat putu halba: 

  1. Parut ubi kayu. Kemudian perah menggunakan kain. (Air perahan ubi kayu jangan dibuang. Letakkan dalam 1 bekas)
  2. Gaul ubi kayu yang sudah diparut dengan pati ubi kayu dan halba. 
  3. Air perahan ubi kayu biar dalam setengah jam. Kemudian ambil pati (mendapan putih di dasar bekas), gaul sekali dengan ubi kayu tadi.
  4. Buat tiga lapisan dalam acuan. Mula-mula masukkan ubi kayu 1 sudu. Kemudian masukkan gula dan gula merah. Lapisan ketiga tutup dengan ubi kayu 1 sudu.
  5. Kukus selama 20 minit dan sedia untuk dihidang bersama kopi panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips buat putu halba:

  • Bagi memastikan kuih putu tahan lama, anda boleh kukus terlebih dahulu kelapa parut
  • Bagi mendapatkan aroma lebih wangi, lapikkan kuih dengan daun pisang

Asal Usul Kuih Putu Halba

Putu halba dipercayai wujud di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 seiring dengan kemasukan imigrasi kaum india utk tenaga kerja buruh ladang selepas tertubuhnya pejabat kolonial british di Pulau Pinang.

Perkataan Putu berasal dari bahasa Tamil yang bermaksud kuih yang diperbuat daripada beras. Putu halba atau putu piring di Pulau Pinang sememangnya dibuat dari tepung beras.

Setelah resepi putu halba sampai ke Kelantan, ia melalui perubahan kerana pada masa itu ubi kayu senang diperoleh berbanding beras.

Dari menggunakan tepung beras ia diolah dan ditukar dengan gabungan parutan ubi kayu, nise (gula melaka) dan sedikit halba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain untuk aroma, fungsi asal halba digunakan dalam kuih ini adalah untuk memanaskan badan di musim tengkujuh. Kebiasaanya putu halba hanya boleh didapati bila tibanya musim tengkujuh di tepi jalan sekitar Kelantan. Putu halba dan musim tengkujuh berpisah tiada.

Ianya dijual pada musim tengkujuh kerana dikatakan pada zaman dahulu, bila tiba musim tengkujuh dan banjir, kawasan kebun akan ditenggelami air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi untuk mengelakkan ubi kayu rosak ditenggelami air, eloklah dituai dan dijadikan kuih. Salah satu kuih daripada ubi kayu yang sangat sedap dimakan adalah kuih putu halba ini.

Ubi Kayu Banyak Ditanam Pada Zaman Dahulu

Ubi kayu banyak ditanam penduduk kampung sama ada untuk dijual mahupun keperluan keluarga. Ia mudah ditanam dan tidak perlukan kepada penjagaan.

Namun, satu perkara yang pokok ubi kayu kalah ialah kawasan tanamannya tidak boleh ditenggelami air. Jika berlaku banjir, dalam tempoh sehari atau dua hari mesti dicabut atau dikeluarkan isinya. Jika tidak isi ubi kayu akan rosak atau dipanggil ‘carok’.

Jadi, untuk mengelak kerosakan dan kerugian, maka sebanyak manapun ubi kayu yang ada perlu dicabut biarpun melebihi keperluan atau kegunaan semasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan banyak ubi kayu, maka timbul idea kreatif penduduk Kelantan mempelbagaikan kegunaan ubi kayu. Biasanya kita dengar menu ubi kayu rebus, ubi kayu bakar, tapai ubi kayu, ubi kayu goreng, sira ubi kayu dan macam-macam lagi. Semuanya menggunakan nama ubi kayu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Fatin Fattah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai

Baca juga:  Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba

Baca juga:  Resepi Cheesekut Yang Sedap Dan Mudah! Guna 4 Bahan Ini Sahaja Boleh Dapat Rasa Premium

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan