Resepi stok ayam dan ikan bilis untuk bayi 7 bulan ke atas, anak pasti suka!

Si kecil pasti berselera makan jika ibu rajin buat stok ayam dan ikan bilis ini. Jadi anda wajib mencubanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayam dan ikan bilis merupakan sumber protein yang bagus untuk perkembangan anak. Bahkan, mengamalkan sup ayam ketika demam dapat melindungi daripada sebarang penyakit.

Jadi untuk itu, hari ini, saya akan berkongsi cara buat stok ayam untuk bayi dan ikan bilis yang sedap dan berkhasiat dari sumber Sirap Limau.

Bagi permulaan, masukkan stok ayam atau ikan bilis ini dengan kuantiti kecil ke dalam makanan anak ketika masak. Jika dapati tiada sebarang alahan, bolehlah digunakan terus. 

Resepi dan cara buat stok ayam untuk bayi 

1. Cara buat stok ayam untuk bayi 

Kredit: biemohd

Wah, memang enak stok ayam kalau dibuat untuk bayi! Jangan cakap anak saja suka, kita yang dewasa ini pun turut gemar meletaknya dalam masakan terutama sup ayam.

Perghh… memang menambah kalau tengah makan. 

Stok ayam untuk bayi mudah saja untuk disediakan jika anda ada bubur nasi anak.

Kalau nak lagi sedap, anda boleh tambahkan daun saderi atau halia untuk memberi keberkesanan pada ketahanan badan bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat cara buat stok ayam untuk bayi ini di bawah: 

Bahan-bahan: 

  • Daging ayam terutama bahagian tengkuk, kaki dan tulang. 
  • Lobak merah 
  • Daun saderi 
  • Sebiji bawang besar 
  • Beberapa ulas bawang putih 
  • Baby tomato (dipotong dua) 
  • Bunga lawang jika ada 
  • Cuka epal atau lemon 

Cara-cara membuat: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk. Letak air hingga penuh. 
  2. Renehkan dengan api perlahan selama 2 hingga 4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai daripada tulang. Ada petua mengatakan renehkan stok ayam ini sekurangnya 1/3 periuk) 
  3. Padam api. Tapiskan isi daripada airnya. Anda hanya perlu ambil airnya saja. Tapi isinya masih boleh digunakan untuk masakan biasa yang lain. Jika rajin, kisar dan masukkan ke dalam bubur bayi. 
  4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkann ke dalam bekas kiub ais. Cara buat stok ayam untuk bayi ini lebih bagus jika teksturnya jernih macam jelly. 
  5. Stok ayam siap tersedia dan anda boleh gunakannya apabila masak makanan si kecil setiap hari. 

Perhatian: Guna periuk stainless steel untuk memasak. Periuk aluminium tidak disarakan kerana asid dalam lemon atau cuka epal memberi tindak balas pada aluminium. 

2. Cara buat stok ikan bilis 

  • Kelebihan stok ikan bilis ini adalah mengandungi keperluan vitamin A, kalium, kalsium dan selenium yang penting untuk perkembangan badan manusia. 
  • Bahkan, stok ikan bilis ini sesuai diletakkan dalam bubur bayi yang berusia tujuh bulan ke atas. 
  • Pastikan ibu kisar halus ikan bilis ini supaya bayi tidak tercekik ketika makan. 

Bahan-bahan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan bilis : kopek dan bersihkan (buang bahagian kepala dan tahi hitamnya) 

Cara-cara membuat: 

  1. Rendam dalam peti ais selama 24 jam. 
  2. Keluarkan dalam peti ais dan tos kan. 
  3. Sangai dan goreng tanpa minyak 
  4. Goreng sampai garing 
  5. Kisarkan dengan pengisar 
  6. Ayak dan simpan yang halus untuk bayi 
  7. Stok ikan bilis ini boleh disimpan dalam peti ais. 
  8. Jika ingin suapkan makanan pada anak, ambil sedikit dan campurkan dalam bubur bayi. 

Selamat mencuba dan kongsikan resepi terbaik ini di laman socmed anda! 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Sirap Limau

Baca juga

MSG Dalam Ajinomoto Penyebab Pelbagai Penyakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan