Anda pernah dengar mengenai simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)? Ia adalah untuk penabungan bagi pengajian tinggi. Kami kongsikan cara buka akaun SSPN plus secara dalam talian untuk anak anda.
Cepat dan mudah! Malah di hujung jari sahaja. Akaun Simpan SSPN Plus atau dulu dikenali sebagai akaun SSPN -i Plus, adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan untuk penabungan skim pendidikan tinggi.
Ia dilancarkan pada September 2021, dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.
Isi Kandungan
Cara buka akaun SSPN Plus untuk anak
- Layari portal myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing
- Isikan butiran pendeposit seperti nama penuh, nombor MyKad dengan tepat
- Sila pilih jenis akaun sama ada:
Akaun Untuk Diri Sendiri – untuk pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN (Mestilah berumur 18 tahun)
Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah – untuk ibu bapa atau penjaga yang membuka akaun bagi pelajar tidak melibihi 18 tahun - Lengkapkan butiran-butiran lain
- Masukkan amaun deposit serendah RM20 atau lebih bergantung kepada pendeposit
- Pastikan maklumat semua tepat dan klik Hantar
- Selesaikan pembayaran deposit secara online dan masukkan emel yang aktif
- Cetak atau simpan resit pembayaran deposit yang dibuat untuk rujukan
Keistimewaan buka akaun SSPN plus
- Perlindungan takaful (kematian & kemalangan) sehingga RM1.2 juta (tertakluk terma dan syarat)
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
- Melindungi 45 (tertakluk terma dan syarat) jenis penyakit kritikal.
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Elaun kemasukan hospital sebanyak RM250* sehari
- Mampu milik, komitmen serendah RM30
- Patuh Syariah, Simpanan dijamin mengikut syariah dan bebas dari unsur meragukan
- Dividen kompetitif, tambah simpanan dengan pulangan dividen tahunan yang menarik
- Nikmati Pelepasan taksiran cukai tahunan sehingga RM8,000 setahun
- Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun
- Cabutan Wow, Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang tahun
- Pelan simpanan Simpan SSPN Plus mampu milik untuk semua
- Khairat Kematian untuk pasangan dan anak-anak
- Layak untuk memohon pinjaman PTPTN bila buka akaun SSPN
- Pemberian Geran Sepadan kepada keluarga yg layak
- Simpanan anda dijamin kerajaan
Pakej Simpan SSPN Plus
Terdapat enam pakej simpanan SSPN Plus. Bermula dengan RM30 sebulan sehinggalah kepada RM500 sebulan.
Pakej Intan adalah pakej permulaan dengan komitmen bulanan (RM30), dimana RM20 akan dimasukan kedalam akaun simpanan, manakala RM10 untuk perlindungan takaful.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Simpanan Pendidikan Penting Untuk Elakkan Berhutang. Jom Daftar Plan Simpanan Terbaik
Baca juga: 5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
Baca juga: 4 Tempat Terbaik Untuk Simpan Duit Raya Anak, Yang Menjadi Pilihan Ramai Ibu Ayah