7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!

Cara cepat mengandung selepas haid boleh dicuba bagi pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Paling penting kena jaga kesihatan diri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengidamkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Sebelum mencuba pelbagai cara untuk mendapatkannya, sebaiknya anda ambil tahu dahulu cara cepat mengandung selepas haid. 

Ramai wanita kurang mengambil tahu waktu subur adalah selepas datang bulan. Dengan ilmu yang betul, ia mampu meningkatkan peluang untuk anda segera mengandung. 

Cara cepat mengandung selepas haid

Waktu subur atau masa terjadinya ovulasi membolehkan sel telur dilepaskan untuk proses persenyawaan. Berikut adalah sembilan cara cepat mengandung selepas haid yang boleh anda cuba bersama pasangan:

#1. Jaga berat badan agar tidak terlalu gemuk atau kurus

Menurut ahli ginekologi, Prof. Biran Affandi menjelaskan bahawa kenyataan mengenai wanita yang memiliki berat badan berlebihan punca sukar hamil adalah benar.

Hal ini kerana mereka cenderung memiliki lebihan timbunan lemak di dalam tubuh. Bukan itu sahaja, jika badan seseorang wanita terlalu kurus, lemak tubuh yang sangat sedikit turut menganggu aliran hormon dari otak ke kelenjar hipofisis.

#2. Mengambil asid folik secara teratur

Asid folik sangat diperlukan pada awal kehamilan. Kebanyakan ibu mengandung biasanya menyedari diri mereka benar-benar mengandung setelah memasuki minggu yang ke-5.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asid folik sangat diperlukan bagi proses perkembangan janin yang sihat dan mengelakkan berlakunya sebarang kecacatan. Bagi pasangan yang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, anda disarankan mengambilnya tiga bulan sebelum ingin hamil.

Tidak hanya wanita, lelaki juga perlu mengambil asid folik.

#3. Elakkan hidup dalam tekanan

Stres adalah keadaan yang rumit dan berupaya menganggu kestabilan hormon seseorang. Justeru, jalin hubungan yang baik dengan orang di sekeliling.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berhenti dan perbanyakkan rasa bersyukur di dalam setiap perjalanan hidup harian anda. Sekiranya perlu, luahkan perasaan terhadap suami atau orang yang boleh dipercayai bagi mendapatkan sokongan.

Ketenangan diri dan jiwa memberikan kesan positif terhadap kesuburan setiap orang.

#4. Lakukan aktiviti yang membahagiakan bersama pasangan

Apakah aktiviti yang paling anda dan pasangan suka? Mungkin menonton filem, mendengar muzik kegemaran dan menikmati makan bersama?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cubalah luangkan waktu bersama agar hubungan suami isteri menjadi semakin hangat. Ia langkah penting bagi persediaan untuk kehamilan.

#5. Melakukan hubungan suami isteri ketika waktu subur

Sebenarnya anda boleh mengetahui bilakah waktu subur dengan menanda tarikh datang bulan pada kalendar. Bagi anda yang haidnya tidak lancar, masih boleh menggunakan alat untuk mengesan masa ovulasi.

Melakukan hubungan seks ketika waktu subur membolehkan peluang untuk segera mengandung menjadi lebih tinggi. Ini adalah cara terpenting supaya anda terus 'lekat' sebagai sahaja haid.

#6. Mengambil makanan yang kaya protein dan vitamin E

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan yang mengandungi sumber protein sihat seperti ayam dan ikan mampu mengekalkan kestabilan homon dan mengatur kesuburan.

Manakala pengambilan vitamin E yang boleh didapati dari kacang badam, buah avokado, kiwi dan mangga dapat meneutralkan radikal bebas.

#7. Kekal aktif dengan melakukan olahraga secara teratur

Aktiviti olahraga atau bersukan mampu melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. Sebab itulah setelah melakukan sebarang aktiviti, anda mendapati tubuh mengeluarkan peluh dan rasa lebih segar.

Elakkan banyak menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti yang kurang aktif. Kebanyakan wanita boleh berdepan tekanan sehingga menjejaskan kesihatan diri. 

Tidak perlu melakukan olahraga yang berat, cukuplah sekadar anda berjalan kaki sambil menghirup udara segar. Langkah mudah ini mampu memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan seharian anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya ada banyak cara cepat mengandung selepas haid. Selain beberapa langkah yang dinyatakan di atas, anda juga hendaklah sentiasa menjaga diri agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan peluang kehamilan seperti mengambil makanan tajam, panas, terlalu pedas, tidak memperoleh tidur yang mencukupi, menghisap rokok dan mengambil minuman beralkohol.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

Baca juga: Pasangan TTC Paling Lama & Berjaya, Sabar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Selama 22 Tahun

Baca juga: Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!