X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Cara Hilangkan Bau Ketiak Yang Berkesan, Ladies Kena Cuba & Amalkan Sentiasa!

4 min bacaan
10 Cara Hilangkan Bau Ketiak Yang Berkesan, Ladies Kena Cuba & Amalkan Sentiasa!

Cara hilangkan bau ketiak yang kami kongsikan ini mungkin ada yang tidak pernah anda dengar. Tak salah pun mencuba kan? Mana tahu menjadi!

Bau badan bukan saja mendatangkan ketidakselesaan kepada diri sendiri, malah orang sekeliling. Jika anda rasa ketiak anda berbau kami kongsikan cara hilangkan bau ketiak yang boleh anda cuba. Bila rasa badan berbau nak dekat dengan orang pun rasa tak yakin.

Cara Hilangkan Bau Ketiak

Jika anda mempunyai masalah ketiak berbau, pastikan:

1.Cukur bulu ketiak

Bulu ketiak boleh memerangkap lembapan ketika anda berpeluh dan mewujudkan persekitaran yang baik untuk bakteria membiak. Mencukur bulu ketiak boleh mengawal bau ketiak dan badan.

2.Pakai baju kain kapas

Pastikan baju anda diperbuat daripada kain kapas 100 peratus kerana ia lebih berupaya menyerap peluh tanpa meninggalkan bau. Untuk bersukan pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik yang boleh menyerap lembapan badan anda.

3.Pakai baju bersih

Pastikan anda tukar baju setiap kali mandi. Jangan pakai pakaian berulang terutama selepas anda menggunakannya untuk aktiviti berat atau lasak. Elak gunakan baju yang sudah kena peluh.

4.Menggunakan air perahan lemon/limau nipis/limau purut

cara hilangkan bau ketiak, benjolan di ketiak

Air perahan lemon atau limau nipis atau limau purut mempunyai kadar keasidan yang tinggi. Keasidan lemon boleh merendahkan pH kulit ketiak seterusnya mengurangkan pembiakan bakteria.

Caranya:

  • Ambil separuh buah lemon
  • Gosokkan di bahagian ketiak
  • Biarkan bahagian ketiak yang terkena air lemon kering sendiri kemudian bilas dengan air bersih
  • Sekiranya kulit anda sensitif, campurkan jus lemon dengan separuh cawan air dan gunakan kapas untuk menyapu ketiak
  • Amalkan sekali sehari

5.Menggunakan cuka epal

Cuka epal mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh membunuh bakteria penyebab bau ketiak. Penggunannya yang konsisten boleh mengurangkan masalah ketiak berbau.

  • Tuangkan sedikit cuka epal ke dalam mangkuk
  • Celup kapas ke dalam cuka dan sapu pada ketiak
  • Amalkan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. 
  • Pastikan anda tidak menggunakan cuka ini selepas bercukur kerana akan mendatangkan kesan pedih

6.Gunakan baking soda (soda penaik)

Membantu mengurangkan bau ketiak kerana ia mengekalkan kekeringan pada bahagian ketiak. Ia juga mempunyai ciri antibakteria.

  • Ambil sesudu baking soda 
  • Campur ke dalam sesudu makan jus lemon
  • Sapukan di bahagian ketiak dan biarkan 2-3 minit
  • Kemudian cuci bahagian tersebut dan mandi
  • Amalkan sekali sehari

7.Aloe vera

cara hilangkan bau ketiak, benjolan di ketiak

Aloe vera atau pokok lidah buaya kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri antibakteria. 

  • Ambil sedikit gel aloe vera menggunakan jari anda dan sapukan ke bahagian ketiak.
  • Biarkan semalaman dan cuci keesokan harinya
  • Amalkan sekali sehari

8.Hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida banyak digunakan kerana sifat antiseptiknya. Kebiasaannya digunakan untuk mencegah jangkitan pada luka kecil atau sebagai pembilas mulut. Ia boleh membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan dan bau ketiak. 

  • Ambil sesudu teh 3% hidrogen peroksida dan campurkan ke dalam 240ml air
  • sapukan campuran ini ke bahagian ketiak menggunakan kapas
  • Boleh dilakukan ketika anda sedang berpeluh

9.Petua orang tua – cuci ketiak dengan belakang telapak tangan

Ramai yang berkongsi orang tua-tua dulu ajar cuci ketiak anda dengan belakang tapak tangan. Gosok secara teliti. 

10.Gosok ketiak ke lutut anda – petua orang tua

Ketika mandi, gosok ketika ke lutut anda. Bukan saja boleh hilangkan bau ketiak ia juga boleh buat ketiak anda lebih cerah dan bersih.

Semoga bermanfaat!

hello medik

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nodus Limfa Membengkak Punca Benjolan Di Ketiak Muncul Ketika Hamil, Cuba 4 Petua Ini Atasinya

Baca juga: Terkejut Lihat Benjolan Cecair Di Leher Anak Semasa Lahir, Kenali Apa Itu Hygromas Cystic?

Baca juga: Frukto-Oligosakarida Untuk Ibu Hamil: Kenali Apa Itu Fructooligosaccharides (FOS) Dan Kebaikannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 Cara Hilangkan Bau Ketiak Yang Berkesan, Ladies Kena Cuba & Amalkan Sentiasa!
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham