X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah Ikut Petua Orang Dulu-Dulu

21 Jun, 2023
Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah Ikut Petua Orang Dulu-Dulu

Ada beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu memberikan kelegaan sementara. 

Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pada wanita hamil. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja dan aktiviti akan terbantut. Bagaimana cara hilangkan sakit gigi?

Sememangnya anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin untuk menangani punca isu. Namun, jika anda berada dalam situasi yang sukar untuk anda ke klinik gigi, jangan risau ada beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu memberikan kelegaan sementara. 

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Terdapat pelbagai cara hilangkan sakit gigi secara alami sama ada menggunakan cara dan petua tradisional mahupun moden. Antara caranya adalah:

1. Tuam menggunakan kain sejuk atau ais

Anda boleh cuba menggunakan cara ini pada awal kesakitan gigi. Kain sejuk atau ais berupaya untuk membantu mengecutkan salur darah pada kawasan gigi yang sakit sekaligus mengurangkan rasa sakit. Caranya mudah sahaja, tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selama 20 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sakit gigi anda berkurangan.

2. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

3. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

4. Tempelkan dengan bawang putih

Ambil seulas bawang putih dan kupaskan. Hiris bawang tersebut tipis-tipis dan tempelkan pada gigi yang sakit. Kemudian biarkan selama sejam atau lebih, sehingga sakit gigi anda semakin berkurangan. 

5. Berkumur dengan air rebusan daun sirih

Daun sirih telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengatasi masalah gigi dan mulut. Daun sirih mengandungi khasiat antibakteria yang dapat membantu mengurangi rasa sakit dan peradangan pada gigi yang sakit.

Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun sirih segar, cuci bersih, dan kunyahlah di sisi gigi yang terasa sakit selama beberapa minit. Air liur yang dihasilkan akan membantu meredakan rasa sakit dan memberikan kesan antiseptik pada gigi yang sakit.

6. Kumur ubar kumur

Produk di farmasi untuk kumur mulut mengandungi hidrogen peroksida, sejenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis manfaat untuk penjagaan oral.

Ia boleh membantu memberikan kelegaan sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.

Anda boleh mendapatkannya di farmasi ataupun melalui deskripsi doktor gigi. Ikut arahan penggunaan yang diberikan. Selepas berkumur, buangkan sahaja ceciar tersebut.

7. Tuam uncang teh pudina

Cara hilangkan sakit gigi seterusnya adalah dengan menggunakan uncang teh pudina. Teh pudina mempunyai kompaun yang dinamakan mentol, yang mempunyai sifat anestetik dan anti-radang seperti eugenol dimana ia dapat kurangkan sakit gigi dan radang pada gigi.

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit. 

8. Daun thyme

Thyme ialah herba yang biasa ditemui di rantau Mediterranean. Seperti minyak bunga cengkih, thyme juga mengandungi eugenol yang terkenal dengan ciri antimikrob dan anti-radangnya.

Kaedahnya boleh digunakan melalui minyak pati thyme atau berkumur dngan menambah setitik minyak ke dalam segelas kecil air.

9. Aloe vera

Aloe vera adalah tumbuhan yang berasal dari Afrika dan terkenal dengan khasiat perubatannya. Tumbuhan ini sering digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk sakit gigi.

Aloe vera mempunyai sifat anti-radang dan analgesik, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan di dalam mulut. Ia juga dipercayai mempunyai ciri antibakteria, yang boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut dan mengurangkan risiko jangkitan.

Stories Rakan Kongsi
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much

Caranya, pecahkan sekeping kecil daun aloe vera dan perah gelnya kemudian sapukan gel pada gigi yang sakit dan tahan di tempatnya selama beberapa minit. Bilas mulut anda dengan air kosong untuk mengeluarkan gel aloe vera serta ulangi proses seperti yang diperlukan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

10. Jumpa doktor gigi

Jika sakit gigi anda tidak sembuh dalam jangka waktu tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mungkin memberikan ubat untuk penghilang rasa sakit atau antibiotik jika diperlukan.

Jika perlu, perawatan yang lebih lanjut, seperti pembersihan gigi atau pencabutan gigi yang rosak akan dilakukan kepada anda.

Stellar Dental

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?

Baca juga : Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!

Baca juga : Fake Braces Berbahaya! Jauhi “Doktor” Gigi Yang Pasang Pendakap Gigi Haram

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah Ikut Petua Orang Dulu-Dulu
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham