Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Mudah Tanpa Ambil Sebarang Ubat Tahan Sakit

Cara hilangkan sakit kepala ketika hamil yang berkesan dapat membantu ibu melakukan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui perjalanan kehamilan penuh suka dan duka. Perubahan hormon yang terjadi akibat pembawakan anak ini membuatkan ramai wanita hamil berdepan masalah kesihatan. Jadi bagaimana cara hilangkan sakit kepala ketika mengandung?

Kerap pening kepala adalah keadaan biasa berlaku kepada ibu hamil yang mana ia memberikan membuatkan anda tidak selesa. Ada yang mengadu sakit kepala di satu bahagian saja, ada juga yang melibatkan keseluruhan kepala.

Punca dan cara hilangkan sakit kepala 

Ramai wanita hamil mengalami migrain dan sakit kepala semasa mengandung. Terdapat banyak punca kepala pusing tetapi peningkatan kadar hormon estrogen yang tinggi dikatakan punca utama. 

Malah ada ibu yang tidak pernah mengalaminya sering sakit kepala selepas berbadan dua.  Tahap estrogen yang tinggi dalam badan meningkatkan kebarangkalian punca kepala pusing.

Selain itu, ada juga penyebab lain yang dikatakan boleh menyumbang kepada sakit kepala ketika hamil termasuklah:

  • Tekanan
  • Kurang tidur
  • Punca kepala pusing: Kafein
  • Sakit kepala ketika hamil: Terlalu banyak ambil coklat
  • Makanan yang mengandungi perisa tambahan MSG (monosodium glutamat)
  • Aspartame iaitu pemanis yang biasanya diletakkan dalam gula untuk mengawal diabetes

Selain itu, sering sakit kepala ketika hamil juga berlaku apabila tubuh dehidrasi terutama semasa trimester pertama yang mana ketika anda berkemungkinan mengalami muntah dan loya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ramai wanita hamil cenderung kurang tidur dan mengalami tekanan akibat perubahan hormon dan kelainan pada tubuh sehingga menyebabkan sering sakit kepala.

Cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat

Kerap pening kepala memang boleh menyebabkan kehidupan seharian ibu hamil terganggu. Terdapat pelbagai cara hilangkan pening kepala yang boleh anda cuba di rumah. Antaranya adalah:

  1. Minum air kosong secukupnya bagi mengembalikan tenaga kepada tubuh
  2. Petua hilangkan sakit kepala: Elakkan minuman berkafein. Ramai ibu hamil ketagih kopi dan milo, namun adalah lebih baik anda tukarkan minuman ini kepada teh halia ataupun teh pudina.
  3. Mandi air sejuk – Ia boleh menyegarkan tubuh dan membantu melegakan masalah kerap pening kepala
  4. Petua hilangkan sakit kepala: Tuam sejuk – ambil ais dan letakkan dalam kain dan cuba tuam di bahagian kepala. Ia mampu melegakan stres yang anda alami terutama jika sering sakit kepala berpunca daripada tekanan.
  5. Guna minyak aromaterapi untuk redakan masalah kerap pening kepala.
  6. Tuam suam – Boleh cuba lakukan tuaman suam dengan meletakkan botol air panas yang dilapik dengan tuala, atau tuala ditekapkan ke seterika dan seterusnya tekapkan di kepala. Jika anda sakit kepala disebabkan sinus, ini akan membantu mengeluarkan lendir dan melegakan tekanan yang dialami.
  7. Petua hilangkan sakit kepala: Senaman – Bersenam adalah salah satu kaedah terbaik yang akan melancarkan aliran darah dalam tubuh badan anda dan memberi manfaat secara keseluruhannya termasuklah minda.
  8. Tidur dalam bilik gelap – cuba tidur dalam bilik gelap dan sunyi. Malapkan lampu sementara kerana keadaan yang terang akan menyebabkan sering sakit kepala anda jadi lebih teruk.

Selamatkah jika ambil ubat pening kepala?

Terdapat banyak jenis ubat pening kepala yang dijual di farmasi atau klinik untuk masalah kerap pening kepala atau sakit kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, pastikan anda meneliti kandungan ubat pening kepala itu dan dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu.

  • Ubat penahan sakit

FDA mengklasifikasikan ubat kepada lima kategori berdasarkan kemungkinannya menyebabkan kecacatan kelahiran atau bahaya lain kepada janin. 

Terdapat dua pilihan ubat pening kepala yang boleh digunakan untuk wanita hamil iaitu tylenol (acetaminophen) dan reglan (metoclopramide).

Kebanyakan ubat penahan sakit dengan acetaminophen selamat digunakan oleh ibu hamil. Namun, wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan ubat-ubatan ini sepanjang kehamilan. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Aspirin.
  • Motrin (ibuprofen)
  • Advil (ibuprofen)
  • Aleve (naproxen)

Banyak ubat pening kepala perlu dielakkan semasa kehamilan kerana ada daripadanya yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran pada bayi. 

Ada juga ubat sakit kepala yang  menyebabkan komplikasi kehamilan seperti pendarahan, keguguran atau janin tidak membesar secara normal.

Apabila anda hamil, sentiasa berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat sakit kepala, produk herba atau rawatan alternatif. 

Jenis sakit kepala semasa hamil

Kebanyakan jenis sakit kepala semasa mengandung adalah sakit kepala primer, iaitu sakit kepala yang berlaku dengan sendirinya dan bukan tanda gangguan atau komplikasi lain dalam kehamilan.

Jenis sakit kepala semasa kehamilan adalah:

  • Sakit kepala tegang
  • Jenis sakit kepala: serangan migrain
  • Sakit kepala kluster , iaitu sakit atau sakit kepala yang berlaku berulang kali dengan kitaran atau haid tertentu.

Kira-kira 26 peratus jenis sakit kepala semasa kehamilan adalah sakit kepala tegang. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami sakit kepala berpanjangan yang lebih kerap atau kronik semasa mengandung, atau mempunyai sejarah migrain sebelum hamil, segeralah berjumpa doktor.

Kami ada senaraikan beberapa produk yang boleh membantu menghilangkan sakit kepala ibu ketika hamil di sini.

Sakit kepala sebelah kiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kepala sebelah kiri biasanya disebabkan oleh simptom beberapa jenis jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu yang disebabkan oleh virus.

Selain itu, sakit kepala sebelah kiri juga boleh berpunca daripada reaksi alergi lantas menyebabkan mukus pada sinus iaitu hingus berkumpul, tersumbat dan memberi tekanan.

Sakit kepala sebelah kanan

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan adalah gaya hidup. Tekanan, terlalu banyak berfikir, letih dan tabiat pemakanan antara penyumbang kepada keadaan itu.

Selain itu, sakit kepala sebelah kanan boleh terjadi kerana salah posisi tidur dan duduk ketika mengandung.

Pening kepala nak muntah

Masalah pening kepala nak muntah adalah perkara normal dan dianggap sebagai ujian kepada ibu mengandung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, pening kepala nak muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. 

Menurut Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, mabuk hamil atau pening kepala nak muntah tidak semestinya bermula pada awal tempoh kehamilan, sebaliknya berlaku sekitar minggu keenam dan boleh berakhir paling lewat ketika usia kandungan mencecah 16 minggu.

Cara mencegah sakit kepala berpanjangan

Daripada anda menanggung adalah lebih baik untuk mencari jalan mencegahnya.  Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah sakit kepala berpanjangan antaranya termasuklah:

#1. Jaga postur anda

Apabila hamil, umum mengetahui postur badan akan berubah kerana perut semakin membesar ke depan dan badan anda menampung perut yang berat.

Justeru ketika mengandung, bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan lasak seperti sebelum hamil. Ini kerana badan terpaksa menanggung berat yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan.

Semakin janin membesar, terdapat peralihan pada pusat graviti yang meningkatkan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang ibu hamil yang menyebabkan perubahan pusat graviti dan postur.

Malah ada kes yang kehamilan boleh menjejaskan postur yang dipanggil kyphosis. Ini menyebabkan ketidakselesaan di bahagian tengah belakang atau leher yang akhirnya akan menyebabkan sakit kepala berpanjangan,

#2. Pastikan anda dapat nutrien mencukupi

Anda perlu pastikan badan anda cukup nutrisi kerana anda perlu membekalkan nutrisi kepada bayi yang dikandung. 

Kekurangan nutrien yang sepatutnya boleh menyebabkan sakit kepala berpanjangan. Jika anda tidak lalu makan terutama ketika trimester pertama disebabkan oleh morning sickness anda boleh cuba makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. 

Apa yang penting, makanan yang anda ambil perlulah berkhasiat dan menepati piramid makanan yang diperlukan oleh wanita hamil.

Ini penting bagi memastikan anda bertenaga dan gula dalam darah berada pada tahap stabil bagi mengelak tekanan darah rendah atau darah tinggi yang menyumbang kepada pening kepala berpanjangan.

#3. Dapatkan rehat yang cukup, cuba bertenang

Listen to your body. Jangan terlalu memaksa diri. Walaupun rehat yang pendek ia membantu badan anda untuk melegakan tekanan.

Tekanan akan menyebabkan pening kepala berpanjangan. Jadi berehatlah secukupnya. Tenang ketika berhadapan sebarang masalah. 

Bukan hanya badan, tetapi minda anda juga perlu rehat. Untuk merehatkan minda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah kosongkan fikiran dan tumpukan kepada pernafasan. 

Sedut nafas dalam-dalam kemudian tahan untuk beberapa saat sebelum anda lepaskannya kembali secara perlahan-lahan. Pastikan otot-otot berada dalam keadaan rehat.

#4. Minum air secukupnya

Minumlah air secukupnya. Badan yang kekurangan air berupaya mengalami pening kepala berpanjangan kerana kekurangan elektrolit dalam badan. 

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari seperti yang disarankan. Air juga penting dalam perkembangan janin yang membantu dalam pembentukan plasenta agar ia boleh membekalkan nutrisi kepada bayi.

Minum air secukupnya boleh menjaga kestabilan tekanan darah dan mengelak dehidrasi yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. 

#5. Cara hilangkan sakit kepala dengan urutan

Cara hilangkan sakit kepala dengan urutan dapat memberi kelegaan terutamanya pada bahagian bahu dan leher.

Cara hilangkan sakit kepala dengan urutan perlu dilakukan dengan betul untuk memberi kelegaan pada ligamen dan memulihkan postur.

Berikut cara urutan sakit kepala pada enam titik seperti di bawah:

  • Titik di antara kening. Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi. Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.

  • Cara hilangkan sakit kepala dengan urutan: Dua titik di hujung kening. Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.
  • Dua titik di bawah tulang pipi Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala, sakit gigi serta menghilangkan stres.

  • Cara hilangkan sakit kepala dengan urutan: Dua titik pada tengkuk. Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.
  • Titik di atas telinga: Ia mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.
  • Cara urutan sakit kepala: Titik berdekatan pangkal ibu jari. Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher. 

Badan rasa lemah dan melayang

Badan rasa lemah dan melayang, keletihan melampau dan tubuh lemas yang berlaku pada ibu mengandung bukanlah masalah biasa.

Meskipun dalam sesetengah kes ia berlaku disebabkan kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya badan rasa lemah dan melayang boleh menjadi petanda anemia atau kekurangan sel darah merah akibat zat besi yang tidak mencukupi.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Umra Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim berkata, kira-kira separuh wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi. 

Badan rasa lemah dan melayang boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi rendah.

Makanan untuk hilangkan sakit kepala 

Ada beberapa jenis makanan untuk hilangkan sakit kepala yang boleh anda cuba.

Menurut pengarah perubatan integratif di Wake Forest Baptist Health, North Carolina, Wynne Brown mengatakan bahawa makanan adalah ubat pertama untuk semua penyakit.

”Apabila anda cuba menguruskan migrain, apa yang anda makan – dan apabila anda makan – boleh memberikan banyak perbezaan,” katanya.

Antara makanan untuk hilangkan sakit kepala adalah:

  • Buah pisang

“Pisang adalah makanan bagus untuk pemulihan tenaga yang cepat, dan ia mengandungi magnesium tinggi, yang boleh membantu apabila seseorang mengalami sakit kepala,” katanya.

Kandungan pisang terdiri kira-kira 74 peratus air, jadi terdapat manfaat penghidratan juga, kata Brown.

  • Buah tembikai

Menurut Lembaga Promosi Tembikai Kebangsaan, buah tembikai amat bagus untuk diamalkan kerana ia terdiri kira-kira 92 peratus air.

Mendapatkan cecair yang mencukupi adalah penting untuk semua aspek kesihatan, termasuklah sakit kepala dan migrain, kata Brown. Kira-kira satu daripada tiga orang yang mengalami masalah ini mengakui dehidrasi adalah puncanya, menurut Yayasan Migrain Amerika.

“Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mempunyai kesan penghidratan, dan lebih segar, lebih tinggi kandungan air,” kata Brown.

  • Kekacang

Mengutamakan jumlah makanan kaya magnesium yang mencukupi setiap hari adalah salah satu cara nak hilangkan sakit kepala dengan berkesan.

Biji rami, biji labu dan biji chia adalah sumber magnesium yang baik. Biji labu juga tinggi serat, menghalang sembelit yang kadang-kadang datang dengan migrain. Gajus juga tinggi dalam magnesium.

  • Coklat

Menurut ConsumerLab.com, sebuah syarikat bebas yang menguji produk kesihatan dan pemakanan, kebanyakan coklat gelap mempunyai kira-kira 40 hingga 50 miligram kafein setiap 1½ auns hidangan, iaitu kira-kira jumlah yang sama yang anda perolehi dalam secawan teh hijau dan kira-kira separuh jumlah dalam secawan kopi yang dibancuh biasa.

Jadi bergantung pada inidividu, satu hidangan coklat gelap mungkin cukup untuk meredakan sakit kepala. Ia juga merupakan sumber magnesium yang baik, menurut Klinik Cleveland.

Minuman hilangkan sakit kepala

  • Air sejuk

Dehidrasi kerap menjadi punca sakit kepala. Justeru anda dinasihatkan untuk mengambil air mineral atau air kosong biasa yang sejuk.

Minum segelas air sejuk ketika sakit kepala sangat efektif untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak sehingga mampu menjadi cara melegakan sakit kepala.

  • Air lemon

Salah satu minuman paling sederhana, namun menjadi cara melegakan sakit kepala yang efektif adalah air lemon.

Rebus air dan perah setengah atau satu lemon. Minuman ini bekerja sebagai detoksifikasi dan membantu mengeluarkan racun dari tubuh serta bekerja secara ajaib untuk sakit kepala karena masalah pencernaan.

  • Peppermint

Saraf yang ketat dan kekejangan otot di dalam usus boleh merangsang isyarat ke otak, menyebabkan sakit kepala. Pudina boleh melegakan saraf dan kekejangan tersebut. Peppermint juga mempunyai bau yang boleh mengawal aliran darah dalam badan dan mempunyai kesan sedatif.

  • Air rendaman asam keping

Caranya adalah dengan rendamkan satu asam kepingdalam air suam biasa. Tunggu 10 minit. Kemudian, minum separuh gelas untuk melegakan sakit kepala atau migrain.

  • Susu almond

Kacang almond mengandung magnesium yang tinggi, dan mineral lain untuk membantu melegakan sakit kepala atau migrain.

Almond juga mengandung alisin, bahan pembuat obat sakit kepala seperti aspirin. Minumlah produk susu almond tanpa gula untuk menyembuhkan sakit kepala.

Semoga bermanfaat!

  1. Momlovebest.com (January 14, 2022). How to Prevent Headaches and Migraines During Pregnancy. https://momlovesbest.com/headaches-migraines-during-pregnancy
  2. Webmd (July 12, 2020). Migraine Headaches and Pregnancy. https://www.webmd.com/migraines-headaches/migraine-headaches-and-pregnancy
  3. Stanfordchildrens.org (n.d). Migraine Headaches During Pregnancy. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=migraine-headaches-during-pregnancy-90-P02476
  4. Berita Harian.com (April 11,2021). Pening, seakan kepala berpusing jangan pandang remeh. www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/04/805751/pening-seakan-kepala-berpusing-jangan-pandang-remeh

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Sakit Kepala Yang Diajarkan Oleh Rasulullah, Bantu Untuk Sembuh Dengan Cepat

Baca juga: Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol