Kadang-kadang nampak comelkan bila bayi sedu atau hiccup? Tapi kesian pula, jadi pasti ramai ibu-ibu yang mencari bagaimana cara hilangkan sedu bayi dengan cepat.
Nampak rimas pula bila bayi asyik tersedu kan? Kata orang tua tersedu ini tanda nak membesar lagi. Sejauh mana betulnya andaian itu, masih belum dibuktikan.
Apa yang penting menurut perubatan, sedu adalah pengecutan otot diafragma myoclonic jerk yang mungkin berulang beberapa kali seminit.
Cara hilangkan sedu bayi menurut doktor
Sedu adalah tindakan automatik yang melibatkan refleks manusia yang mana refleks ini menyebabkan pengecutan yang kuat pada diafragma diikuti kira-kira 0.25 saat kemudian dengan penutupan tali vokal, yang menghasilkan bunyi ‘hic’.
Apabila bayi anda tersedu dia akan kelihatan sangat tidak selesa. Siapa saja yang selesa dalam keadaan badan terhenjut banyak kali kan?
Yang dewasa juga rasa tidak selesa, apatah lagi bayi yang pastinya lebih merasai kesan itu. Pasti anda sebagai ibu tercari-cari bagaimana mahu menghilangkan ketidakselesaan bayi itu dengan cepat kan?
Biasanya orang tua-tua beri petua letakkan serpihan tisu yang dibasahkan di dahi bayi, itu pun tidak pasti sejuah mana keberkesanannya kan.
6 cara hentikan sedu bayi
Menurut laporan mingguanwanita, ini adalah saranan doktor, Datuk Dr Azizon Othman yang mana menurut laporan itu ibu bapa perlu memahami apa itu konsep sedu sebelum mengambil sebarang tindakan menghentikan sedu bayi.
#1. Ibu bapa perlu tenang
Tenang saja ya parents. Sedu ini biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa saja
#2. Tenangkan bayi dengan mengubahnya ke tempat lebih selesa
Cuba tenangkan bayi dan ubahnya ke tempat lebih selesa. Jika dia sedang duduk cuba angkat dan buatnya berdiri.
#3. Berhenti menyusu atau minum
Jika bayi sedang menyusu atau minum, hentikan sebentar. Cuba buatkan dia sendawa bagi mengembalikan aliran pernafasan yang betul.
#4. Boleh beri minum sedikit air
Tidak salah untuk memberikan bayi anda air jika dia tersedu. Beri air dalam kuantiti sedikit sedikit secara berkala untuk elakkannya tersedak.
#5. Urut belakang bayi
Ia bagi membantu memberi kelegaan kepada bayi anda. Boleh cuba letakkan bayi dalam pelukan di atas bahu dan terus mengurut belakang bayi.
#6. Beri bayi puting kosong
Boleh cuba beri bayi anda puting kosong atau pacifier jika sedu bayi terlalu teruk kerana hisapan ini akan merangsang usus dan perut bayi.
Boleh cuba letakkan sedikit madu atau gula. Namun penggunaan puting getah selepas anak berumur dua tahun tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan masalah susunan giginya atau missalign.
Cara elakkan bayi sedu
#1. Jangan halang bayi bernafas
Jangan halang bayi bernafas seperti bergurau memicit hidungnya kerana ia akan membuatkannya terkejut dan pernafasan mungkin terganggu yang boleh menyebabkan sedu.
Selain itu, jangan beri bayi minum air dalam kadar terlalu laju atau pantas, menarik lidah bayi keluar menggigit lemon atau memberikan smelling salts.
Ibu bapa juga tidak digalakkan menyegah bayi, menekan kedua-dua matanya atau ubun-ubun seperti yang dilakukan sesetengah masyarakat.
#2. Beri bayi minum susu beransur-ansur
Beri bayi minum susu secara beransur-ansur, jangan lakukannya dalam keadaan tergopoh-gapah. Tenangkan bayi ketika dia menyusu.
Minum terlalu banyak atau terlalu cepat akan menyebabkan perut bayi kembung dan mengakibatkannya sedu.
#3. Sendawakan bayi selepas di selesai minum susu
Jangan lupa sendawakan bayi anda selepas dia minum susu. Minum terlalu banyak atau terlalu cepat akan menyebabkan perut bayi kembung dan kembang yang akhirnya akan menyebabkannya sedu.
#4. Elakkan bayi menelan udara berlebihan
Elakkan bayi menelan udara berlebihan. Elakkan dia daripada menelan terlalu banyak udara ketika menyusu. Jika menyusu badan, tegakkan badan bayi dan pastikan aerola masuk ke dalam mulut bayi semasa penyusuan ibu.
Pastikan sebahagian besar puting masuk ke dalam mulut bayi ketika bayi menyusu menggunakan botol supaya tiada ruang udara pada puting.
Jadi kesimpulannya sedu bukanlah sesuatu yang amat berbahaya jika ia boleh dikawal cuma kita sebagai ibu bapa boleh mengelakannya daripada berlaku dengan elak daripada berbuat perkara yang boleh menyebabkan bayi sedu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: mingguanwanita, doctorroncall
Baca juga:
Bayi Sedu Tak Henti-Henti? Ibu Jangan Risau, Cuba 5 Cara Selamat Ini PASTI Menjadi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!