7 Tahun Penantian Untuk Bergelar ibu, Wanita Ini Berkongsi Tips Cara Mudah Hamil!

Cara ikhtiar hamil yang dikongsi oleh seorang wanita ini boleh dijadikan panduan buat pasangan yang telah menantikan cahaya mata sekian lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata. Namun tidak semua bernasib baik untuk hamil awal. Bagi pasangan yang masih belum memiliki anak dan masih mencuba, anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai kaedah atau cara ikhtiar hamil yang boleh anda cuba dan amalkan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman ikhtiar hamil, wanita kongsi cara ikhtiar hamil yang patut bakal ibu tahu
  • Cara ikhtiar mengandung, langkah-langkah mudah yang anda boleh cuba!
  • Perkara lain yang perlu anda elak selain cuba cara ikhtiar hamil ini.

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga akan menyerikan lagi suasana dalam rumahtangga itu.

Namun, bagi pasangan yang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa untuk anda kekal berusaha memilikinya. 

Pengalaman ikhtiar hamil, wanita kongsi cara ikhtiar hamil yang patut bakal ibu tahu

Penantian selama 7 tahun, bukanlah satu tempoh yang singkat. Tanpa kenal erti putus asa dan penat wanita ini tetap sabar dan berusaha untuk hamil.

Setelah sekian lama penantian, akhirnya Puan Ayda Bella Jamal telah pun disahkan hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkongsi kegembiraan di laman Facebook mengenai kehamilannya itu, Puan Ayda turut berkongsi cara ikhtiar hamil yang dilakukan sepanjang tempoh perkahwinannya.

Menurutnya juga, dalam tempoh itu banyak faktor yang menyebabkan dirinya sukar untuk hamil.

Antaranya ialah tidak datang period selama 6 tahun, hormon badan yang tidak stabil dan juga mengalami berat badan yang berlebihan.

Cara ikhtiar mengandung, langkah-langkah mudah yang anda boleh cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tips-tips cara ikhtiar hamil yang anda dan pasangan boleh amalkan adalah :

  • Yakin

Sentiasa berada dalam keadaan yakin yang anda mampu mengandung.

Jaga 'mindset' dan pastikan selalu berfikir perkara-perkara yang positif sahaja.

  • Berat badan

Pastikan anda memiliki berat badan yang ideal dengan BMI anda.

Untuk makluman, berat badan yang berlebihan juga antara faktor yang mempengaruhi anda untuk hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Check-up 

Jumpa dan buat pemeriksaan doktor. Dapatkan rawatan dan nasihat pakar untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh anda suami isteri. 

Pengambilan asid folik disarankan kepada wanita yang ingin hamil.

Asid folik sangat penting sebagai langkah awal dan juga persediaan untuk kehamilan yang sihat.

  • Jaga pemakanan

Makan makanan yang berkhasiat. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Kekalkan gaya hidup sihat.

Untuk mudah hamil, anda perlu tahu waktu subur anda. Buat hubungan dengan lebih kerap ketika anda berada dalam fasa subur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh 'install' aplikasi pengiraan waktu subur untuk lebih mudah mengiranya.

  • Kawal stress

Paling penting sekali, kawal tekanan perasaan anda.

Hal ini sangat mempengaruhi hubungan suami isteri juga memberi tekanan kepada tubuh badan anda sendiri.

Sentiasa tenangkan diri. 

Perkara lain yang perlu anda elak selain cuba cara ikhtiar hamil ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain amalkan 7 cara ikhtiar hamil ini, anda juga perlu elakkan juga perkara ini iaitu :

  • Makanan ringan
  • Diet ekstrem
  • Hidu asap rokok
  • Alkohol
  • Ubat/Supplemen yang tidak diiktiraf

Buat pasangan suami isteri, sentiasa amal dan kekalkan usaha anda untuk memiliki cahaya mata. Sentiasa ambil tahu dan jaga hubungan antara anda berdua. 

Semoga dengan perkongsian ini akan menjadi asbab untuk anda hamil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis

Baca juga: Kedudukan Bayi Dalam Kandungan, Ini 7 Petanda Janin Dalam Keadaan Baik Atau Tidak

Baca juga: Anak Takut Gelap Tanda 'Nighttime Anxiety', Ini Yang Ibu Boleh Buat Pulihkan Semangat Mereka

Penulis

Nur Syazwani