7 cara ketatkan faraj secara semula jadi yang semua wanita perlu buat

lead image

Jika anda ragu-ragu sama ada suami puas atau tidak dengan prestasi anda, lakukan 7 cara ketatkan faraj ini. Mudah dan tak perlu guna duit.

Anda mesti nak tahu rahsia ketatkan faraj untuk kepuasan suami tercinta, kan? Jika anda takut untuk menggunakan produk di pasaran yang tak tahu sejauh mana keberkesanannya, kami ada 7 cara ketatkan faraj secara semula jadi untuk anda!

Otot faraj sama seperti otot badan kita yang lain. Ia perlu dijaga untuk membolehkan ia sentiasa berfungsi dengan baik.

Faraj yang longgar boleh mengurangkan kepuasan seksual. Ikuti 7 cara ketatkan faraj ini dan buat suami kagum dengan prestasi anda.

7 cara ketatkan faraj secara semula jadi

1. Jaga berat badan

cara ketatkan faraj, ketatkan vagina, rapatkan hubungan, kepuasan suami, ketatkan miss v, ketatkan faraj selepas bersalin

Penambahan berat badan akan menghasilkan lapisan kulit baru. Ia akan membuatkan anda menghasilkan air yang lebih dan membuatkan faraj menjadi terlalu lembap.

Faraj yang terlalu lembap boleh menyebabkan vaginitis iaitu kesakitan di kawasan faraj yang menyebabkan lendir berlebihan, sakit dan gatal.

2. Jangan angkat benda berat

Jika anda selalu mengangkat berat, ia akan melemahkan otot faraj dan ia mampu menyebabkan ia longgar!

3. Lakukan senaman kegel

ketatkan faraj selepas bersalin

Senaman ini ternyata berkesan sebagai salah satu cara ketatkan faraj. Cara untuk melakukan senaman ini adalah dengan menggerak-gerakkan otot faraj sampai ia dikuncup dan dikemutkan seperti menahan kencing.

Apa yang bagusnya, anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana sahaja tanpa pengetahuan orang lain!

4. Jangan guna pembersih wanita

Anda tak perlu menggunakan sebarang produk untuk mewangikan faraj anda.

Faraj anda mempunyai aromanya yang tersendiri serta ia berupaya untuk membersihkan faraj sendiri tanpa bantuan alat pembersih ini.

Ramai juga doktor melarang keras penggunaan pembersih wanita ini.

5. Menaikkan kaki

cara ketatkan faraj, ketatkan vagina, rapatkan hubungan, kepuasan suami, ketatkan miss v, ketatkan faraj selepas bersalin

Lakukan senaman kaki ini dengan baring terlentang dan angkat kedua belah kaki ke udara. Kemudian gilir-gilir mengangkat kaki kanan dan kaki kiri secara berselang-seli.

Ia dapat mengetatkan otot kaki serta faraj. Senaman dua dalam satu!

6. Hubungan seks

Salah satu cara untuk menjaga faraj agar tetap sihat adalah dengan melakukan hubungan seks.

Hubungan seks dapat memperbaiki perjalanan darah serta mengetatkan faraj dan membuatnya menjadi lebih elastik.

6. Jangan garu faraj

cara ketatkan faraj, ketatkan vagina, rapatkan hubungan, kepuasan suami, ketatkan miss v, ketatkan faraj selepas bersalin

Sudah menjadi fitrah untuk kita menggaru apabila tubuh kita gatal. Tapi anda perlu tahan diri anda.

Faraj mungkin akan gatal disebabkan kulat atau bakteria, dan menggaru faraj anda hanya akan memudaratkan anda.

Jika anda rajin menjaga kebersihan dan kesihatan faraj anda, faraj anda akan sentiasa berfungsi dengan baik walaupun anda sudah melahirkan anak. Suami juga tentu lebih bahagia!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

3 jenis pembedahan Miss V yang anda tak tahu pun kewujudannya!