X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Makan Comot & Berterabur Tanda Dia Belajar, Ibu Patut Tahu Manfaat Messy Eating Buat Si Manja!

4 min bacaan
Bayi Makan Comot & Berterabur Tanda Dia Belajar, Ibu Patut Tahu Manfaat Messy Eating Buat Si Manja!

Cara makan bayi yang comot dan berterabur membuatkan ibu kurang selesa melihatnya. Tahukah anda manfaat messy eating terhadap si manja?

Biasanya pada beberapa minggu pertama memperkenalkan bayi dengan makanan pejal, ia agak mudah untuk menjaga kebersihannya kerana ketika ini si manja tidak banyak bergerak dan makan dalam kuantiti sedikit. Selepas beberapa bulan berlalu, cara makan bayi mula berubah.

Kini si manja anda sudah pandai menarik sudu di mangkuk makanannya dan menyembur makanan dalam mulut sehingga membuatkan waktu makan bayi agak mencabar. Ini kerana ibu mungkin perlu melakukan lebih banyak ‘kerja’ daripada yang sepatutnya.

Cara makan bayi comot dan berterabur, ibu tidak perlu risau besar manfaatnya pada si manja

cara makan bayi comot

Ketika bayi memasuki usia 9 bulan, ibu-ibu disaran untuk ajar si manja makan sendiri kerana pada waktu ini bayi sudah boleh duduk dan menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Usah risau apabila melihat keadaannya yang agak berterabur, ia adalah tanda si manja anda sedang mempelajari sesuatu.

Antara sebab bayi makan comot dan tidak kemas adalah kerana si manja sedang melalui peringkat perkembangan. Mula-mula mereka belajar menikmati makanan pejal yang disuap oleh ibu, kemudian mengambil makanan dengan tangan sendiri dan memegang cawan sewaktu ingin minum air.

Sudah tentu ia memerlukan sedikit masa, latihan dan koordinasi otot untuk si manja belajar memasukkan makanan ke dalam mulut tanpa mengotorkan tempat makannya. Justeru adalah normal jika ibu dapat melihat banyak makanan tumpah di atas kerusi makan atau lantai.

Makan bersepah dan bermain dengan makanan

Anak kecil sememangnya suka mencuba dan bermain dengan makanan yang dihidangkan untuk mereka. Keadaan ini sekaligus dapat memikat selera bayi anda untuk merasai pelbagai makanan baharu dengan tekstur berlainan.

#1. Rangsangan sensori yang kuat

bayi comot

Sebenarnya waktu makan bayi adalah lebih sekadar makan. Rangsangan sentuhan melalui aktiviti messy eating ini memberikan mendedahkan si kecil anda dengan banyak maklumat yang bermakna untuk otak memperoses dan mencipta tindak balas.

Adalah normal jika bayi dan kanak-kanak melalui pengalaman waktu makan yang berterabur kerana mereka didorong oleh sikap ingin tahu serta berani mencuba.

#2. Anak belajar makan sendiri

Apabila bayi menyedari tangan mereka telah kotor dengan makanan, akhirnya si manja sedar mereka perlu memasukkan jari ke dalam mulut untuk merasainya.

Ini sekaligus membuatkan si kecil anda tahu bahawa kini mereka sudah boleh makan sendiri. Untuk beberapa bulan ini, ibu perlu mengawasi pergerakan dan pegang tangan bayi dan tunjukkan cara makan yang betul.

#3. Mengelakkan masalah sensori

Apabila kanak-kanak tidak terdedah kepada tekstur yang berbeza, mereka boleh menjadi sensitif kepada tekstur makanan baharu atau berbeza dari semasa ke semasa.

Lebih merisaukan lagi jika ibu memastikan bayi sentiasa dalam keadaan bersih semasa makan, mereka mungkin berasa tidak selesa apabila berdepan situasi messy eating kerana ia menjadi sesuatu yang asing bagi mereka.

Justeru ibu tidak perlu kelam-kabut untuk mengelap bahagian mulut si manja dan membersihkan meja makan mereka. Berikan sedikit ruang untuk mereka menikmati sendiri makanan yang disediakan.

#4. Mengekalkan waktu makan bayi yang positif

waktu makan bayi

Sesetengah ibu baharu tidak menyedari akan pentingnya memastikan suasana dan waktu makan bayi yang positif. Dalam hal ini, membiarkan bayi comot dengan makanan membuatkan si manja berasa lebih santai.

Ibu tidak perlu bergaduh dengan bayi ketika mereka berusaha merebut sudu atau mangkuk, tidak perlu begitu cepat membersihkan bahagian mulutnya setiap kali makan kerana tindakan ini membuatkan si manja tidak selesa.

Jika anda mengelap muka bayi secara berterusan atau tidak membenarkan mereka makan sendiri, ibu sebenarnya sedang menghalang mereka daripada proses pembelajaran dan perkembangan deria.

Masih belum terlambat untuk memberi kebebasan kepada si manja menikmati waktu makannya. Jangan lupa semasa mereka memasuki kehidupan sebagai kanak-kanak kecil, anda perlu mula mengajar adab di meja.

Perkara yang boleh dan tidak dilakukan sewaktu messy eating

Dalam melatih si manja makan sendiri, ibu tidak boleh melakukan perkara ini:

  • Merampas sudu atau menarik makanan dari tangan bayi
  • Mengambil tisu atau tuala kecil dan mengelap bahagian meja dengan kerap. Ibu seharusnya membiarkan anak bermain-main dengan tangan mereka bagi merangsang deria sentuhan!
  • Biarkan sahaja jika anda mendapati ada makanan yang melekat pada rambut atau telinga anak. Ia boleh dibasuh sebaik sahaja selesai waktu makan.

Sebaliknya, adalah lebih baik buat beberapa perkara ini bagi menjadikan messy eating ini bermanfaat untuk perkembangan si manja:

  • Benarkan bayi atau anak kecil anda dalam keadaan comot selagi ia tidak mengganggu keupayaan untuk melihat (mereka mengelap mata dengan tangan yang kotor) 
  • Tunggu sehingga akhir hidangan untuk membersihkan.
  • Pertimbangkan untuk memandikan bayi selepas sesi makan yang berteraburan. Kebanyakan bayi suka masa mandi, dan selalunya ia merupakan cara paling mudah untuk membersihkannya.

Semoga bermanfaat!

Your Kids Stable

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 7 Perbezaan Perkembangan Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan Ketika Membesar, #3 Ibu Tidak Perlu Risau

Baca juga: Bayi Dalam Fasa Aktif Kena Lebih Jaga-Jaga, 7 Kecederaan Ini Boleh Berlaku Jika Terjatuh Kerusi Makan

Baca juga: Cara Tambah Berat Badan Bayi Dengan Mudah, Ibu Cuba Beri 8 Menu Snacking Ini, Memang Berkesan!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Makan Comot & Berterabur Tanda Dia Belajar, Ibu Patut Tahu Manfaat Messy Eating Buat Si Manja!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham