15 Cara Melatih Anak Berjalan Dengan Lebih Cepat Dan Paling Berkesan

Ibu ayah jangan "give up" untuk latih anak berjalan. Anda boleh mula lakukannya dengan 15 cara ini dan ia pasti berkesan!

Setiap anak memiliki perkembangan yang berbeza-beza, ini termasuklah kemampuan berjalan. Tapi secara umumnya, anak sudah boleh mula berjalan di umur lapan bulan.

Jadi, bagaimanakah cara melatih bayi berjalan? Kami di theAsianparent Malaysia akan kongsikan dengan anda pada hari ini. 

Ketika bayi berumur sembilan bulan, mereka sudah boleh berdiri tanpa bantuan walaupun ada ketikanya masih terjatuh. Kemudian, masuk umur setahun, bayi seharusnya telah mula melangkah dan berjalan perlahan. 

Namun begitu, ramai ibu bapa bimbang anak masih belum boleh berjalan walaupun telah berumur setahun. Sebenarnya, ia normal dan mungkin kerana anak kurang terima stimulasi. 

Menurut doktor, anak yang lambat berjalan mungkin mengalami kekurangan nutrisi seperti kalsium, jarang dilatih berjalan atau mungkin terdapat gangguan tertentu pada anggota tubuhnya. 

Untuk bantu kalian, di bawah ini kami senaraikan 15 cara melatih bayi berjalan di usia setahun yang selamat dan lebih mudah. Jom ibu kita cuba!

15 cara melatih bayi berjalan 

  • Memastikan rumah selamat supaya dapat mencegah anak cedera dan jauhkan daripada objek yang membahayakan
  • Jika anak sudah belajar merangkak, bantu dia melangkah dan pimpin tangannya hingga dia mampu untuk berdiri betul tanpa jatuh. 

  • Meskipun anak sudah mula berdiri tanpa bantuan, namun dia tetap memerlukan sokongan untuk kembali duduk. Dia mungkin menangis jika tak tahu cara yang betul untuk duduk. 
  • Untuk memudahkan dia bergerak sendiri, pastikan ada perabot supaya dia boleh berpaut atau pegang. 
  • Galakkan anak berjalan sambil pegang kedua-dua tangannya supaya dia belajar mengimbangi dirinya sendiri.
  • Biarkan dia berjalan ke arah anda dan anda boleh lepaskan pegangan tangan secara perlahan-lahan tanpa bantuan anda lagi.

15 cara melatih bayi berjalan 

Kredit: Kompasiana

  • Sentiasa berada berdekatan dengan si kecil kerana dia mungkin berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas lebih yakin, dia mungkin berjalan lebih banyak untuk langkah seterusnya. 
  • Jangan guna walker supaya tidak mengundang risiko bahaya seperti kemalangan atau kecederaan
  • Elakkan pakai kasut sehingga dia boleh berjalan
  • Kerapkan anak jalan berkaki ayam supaya mereka dapat memperbaiki keseimbangan tubuh. Namun, anda harus sentiasa membasuh kakinya bagi mengelak jangkitan kuman

15 cara melatih bayi berjalan 

  • Aktiviti permainan “tolak dan tarik” adalah sangat baik untuk ajar anak berjalan. Sedikit sebanyak ia dapat galakkan koordinasi mata dan keseimbangan tubuh. 
  • Jangan paksa anak berjalan jika tiada tanda ke arah itu kerana kaki si kecil belum bersedia untuk menyokong badannya. 
  • Cuba ajak anak berjalan bersama tapi anda jangan bergerak terlalu laju agar dia tidak jatuh. Mulakan aktiviti ini di laman rumah. 
  • Cara melatih bayi berjalan juga adalah mengajak anak berenang ketika di usia enam bulan malah ia bantu menguatkan otot-otot tubuh, meningkatkan imun tubuh dan pertumbuhan saraf motor anak. Sebaiknya anda pilih tempat renang yang ada tenaga profesional. 
  • Ketika dia mulai masuk enam bulan, sebaiknya ibu jangan terlalu sering mendukungnya kerana ia punca otot anak kurang terlatih untuk berjalan. Tapi anda boleh biarkan dia bermain di lantai dan bebas bereksplorasi. Tapi awas, jauhkan dari sebarang objek tajam. Juga pastikan lantai bersih dan tidak lincin. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Halo Doc 

Sumber : UmmitiqahHamil.co.id

Baca juga:

Anak Lambat Berjalan Tapi Sudah Boleh Bercakap, Begini Cara Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan