Adakah Si Suami Suka Berpelukan dan Bermanja Dengan Isteri? Ini Kebenarannya!

Salah satu cara memikat suami yang anda tidak sedar ialah melalui manjaan dan cuddling. Biar betul? Anda nak tahu suami suka ke tidak jika anda bermanja?

Wanita selalu tertanya-tanya, adakah bermanja atau selalu mahu cuddling dan berpelukan merupakan cara memikat suami? Sebenarnya, suami suka ke tidak jika isteri asyik mahu bermanja dan berpelukan?

Selama ini, kita menganggap suami tidak suka perbuatan cuddling atau kissing. Lihatlah bagaimana dia terus tertidur lepas berhubungan intim!

Bila isteri minta nak bermanja pula, ada suami yang mengatakan isteri ini mengada-ngada dan tidak tahu malu. Jadi, ia membuatkan isteri berasa cuddling atau bermanja bukanlah satu cara memikat suami.

Tapi anda sebenarnya salah! Kajian baru-baru ini mendedahkan suami anda itu sebenarnya amat menggemari ciuman dan manjaan lebih dari isteri itu sendiri! 

Cara memikat suami dengan bermanja

Kajian yang dilakukan oleh pihak Kinsey Institute dari Universiti Indiana ini telah menemu ramah hampir 1,009 pasangan suami isteri di Amerika Syarikat, Brazil, Jerman, Jepun dan Sepanyol.

Setiap pasangan suami isteri berumur antara 25 hingga 76 tahun dan sudah berkahwin sekurang-kurangnya lebih dari setahun. 

Hasil kajian mendapati cara memikat suami yang paling berkesan ialah dengan bermanja dan cuddling kerana suami sebenarnya amat menyukai perbuatan itu dalam diam!

Malah, dari kajian ini juga, pengkaji dapat membuktikan yang:

  1. Pasangan yang selalu menunjukkan penghargaan dari segi fizikal akan mempunyai hubungan intim yang lebih memuaskan
  2. Isteri merasakan semakin lama perkahwinan, semakin mereka puas dan nikmat hubungan seksnya

Kajian ini dianggap sebagai “pembuka mata” kerana ia membuktikan kaitan antara kebahagiaan, kegembiraan rumah tangga dan hubungan seks yang sihat

Secara keseluruhannya, kajian membuktikan cara memikat suami yang paling berkesan ialah dengan mengamalkan hubungan intim yang sihat, pasangan mencapai kepuasan dan menunjukkan penghargaan dari segi fizikal seperti bermanja atau berpelukan. 

Kajian juga membuktikan walaupun suami anda itu seakan tidak suka bermanja, namun mereka sebenarnya amat menggemari sifat manja isteri! 

Namun, mereka hanyalah bijak menyembunyikan emosi mereka sendiri. Jadi kali ini, kami sediakan bagaimana anda boleh cuba cara memikat suami melalui cara bermanja dengannya.

Cara memikat suami dengan lima langkah mudah ini

#1 Urut belakang badan suami

Kredit: Freepik

Pada hujung minggu atau ketika anda ada masa lapang, cuba urut suami itu selama 15 minit. Selepas suami kelihatan tenang dan selesa, peluk suami dengan erat.

Setiap kali anda mengurut suami, berhenti seketika untuk memberinya pelukan hangat. Lama-lama nanti, pasti suami sendiri yang akan tarik anda masuk dalam dakapannya!

#2 Pastikan sofa anda itu selesa

Tiada siapa nak cuddle atas sofa atau kerusi yang keras. Jadi untuk cuba cara memikat suami ini, anda kenalah pastikan sofa itu sedikit selesa.

Letak bantal, selimut atau sebarang kain untuk melembutkan sofa. Anda pun pasti tak nak sakit bahu atau sakit leher kemudian pula, kan?

#3 Buat kejutan pada suami

Kredit: Freepik

Hantar mesej pada suami sebelum dia pulang dari kerja. Katakan yang anda rindu nak bermanja dengannya. 

#4 Suami risau anda tak mahu peluknya selepas dia balik kerja

Suami anda itu sebenarnya risau anda tidak mahu memeluknya selepas dia balik kerja. Sebab apa? Sebab dia risau anda akan kata dia busuk!

Isteri, ketika inilah anda perlu bijak mengambil hatinya. Walaupun suami anda itu berbau busuk selepas balik kerja, cuba tahan sekejap. Pasti mereka akan rasa dihargai apabila mereka dipeluk selepas balik kerja.

#5 Peluk selepas hubungan seks

Kenapa suami tidak mahu berpelukan selepas hubungan intim? Sebenarnya, hormon yang dirembeskan ketika hubungan seks akan membuatkan lelaki cepat penat selepas itu.

Maka, sebab itu suami akan kelihatan seperti malas nak bermanja atau cuddle selepas seks. Apa yang anda boleh buat ialah dengan menetapkan masa (mungkin 5 minit) untuk berpelukan selepas seks.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Untuk Pasangan Baru Berkahwin, Ini Yang Anda PATUT Tahu! No.3 Paling Penting

Baca juga: Bagaimana suami isteri masih boleh kekal bahagia walaupun lepas ada anak?

Baca juga: Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia, Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi!

Penulis

Ayu Idris