Anak prasekolah pasti pandai menyanyi lagu ABC tapi apabila tiba masa cara ajar anak menulis abjad, tahukah ibu bapa terdapat pelbagai tips yang kreatif anda boleh cuba? Selain membeli buku kerja tulisan abjad supaya anak boleh menjalani latihan, ada banyak lagi cara yang lebih interaktif dan seronok.
Oleh itu, di sini kita kongsikan cara mengajar anak menulis abjad yang mudah lagi berkesan yang diilhamkan oleh ibu blogger, Anna Geiger dari The Measured Mom!
Cara ajar anak menulis yang berkesan dan menyeronokkan
Menurut Anna, apabila baru mengajar anak menulis abjad, ibu bapa patut mula dulu dengan aktiviti yang menyeronokkan, kemudian tingkatkan cabaran secara beransur-ansur.
Tidak semua kanak-kanak suka melakukan latihan hingga berpuluh-puluh muka surat. Jadi ikutlah langkah-langkah dibawah dan cuba cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ini!
Langkah #1 cara ajar anak menulis abjad
-
Pilih abjad yang ingin diajar kemudian lukiskan huruf besar abjad tersebut dengan pen penanda. Untuk ibu bapa yang ada printer di rumah, anda boleh juga cari template-template free di internet kemudian printkan.
-
Minta anak isikan abjad itu dengan objek yang bermula dengan abjad yang sama. Contohnya: A: stiker ayam, B: butang, C: coklat dan sebagainya.
Langkah #2 cara ajar anak menulis abjad
Satu lagi cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ialah untuk menyuruh anak membentukkan abjad itu dengan menggunakan objek-objek harian.
Mula dulu dengan abjad dengan garis lurus seperti ‘A’, ‘L’ ataupun H kemudian tukar ke huruf-huruf yang lebih susah seperti ‘S’ ataupun ‘C’.
Terpulanglah kepada ibu bapa objek-objek yang anda ingin gunakan. Di bawah adalah beberapa contoh barang-barang yang sudah sedia ada di rumah:
- penyepit
- mi spageti yang belum dimasak
- penyedut minuman
Untuk abjad yang bentuknya bengkang bengkok pula:
- mi spageti yang masak
- playdoh
- reben
- tali ataupun tali kasut
Langkah #3 cara ajar anak menulis abjad
Galakkan anak anda membentuk huruf dengan objek-objek kecil seperti butang, batu, buah saga atau bijirin.
Pantau kegiatan anak dan jangan tinggalkan mereka bersendirian tanpa pengawasan untuk mengurangkan risiko tercekik.
Langkah #4 cara ajar anak menulis abjad
Walaupun latihan menulis dengan tangan mungkin cara mengajar anak menulis abjad yang agak boring, ini tidak bermakna ia tidak boleh dijadikan aktiviti yang seronok!
Terdapat banyak cara lain apabila ingin menggalakkan anak untuk menulis. Selain buku latihan ibu bapa boleh menggunakan cat jari, garam, tepung ataupun pasir berwarna dalam sebuah bekas leper ataupun dulang.
Kalau ibu bapa jenis yang chilax dan berani gunalah coklat cair Hershey’s ataupun krim yang telah dipukul. Pasti anak menjilat jari.
Langkah #5 cara ajar anak menulis abjad
Walaupun kebanyakkan langkah-langkah ini seronok dan berkesan, ini tidak bermakna ibu bapa patut abaikan cara mengajar anak menulis abjad yang tradisional ya? Anak masih perlu melatih cara betul untuk memegang pensil dan menulis di atas kertas.
Klik di sini jika ingin memuat turun huruf-huruf dalam pelbagai saiz untuk membantu anak belajar menulis abjad.
Tips lain cara mengajar anak menulis abjad
-
Ibu bapa tidak perlu mengikuti susunan abjad sebenar. Mulailah dari huruf-huruf yang senang contohnya seperti ini : E, F, H, I, L, T, V, W, X, K, M, N, Y, A, Z, C, O, G, Q, B, D, J, P, U, R, S
-
Apabila ingin otot tangan anak menjadi lebih kuat, kurangkan tablet dan galakkan mereka untuk melakukan aktiviti lain seperti menconteng, melukis ataupun mewarna. Ini supaya mereka boleh belajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul lebih cepat.
-
Sediakan meja dan kerusi khusus untuk semua aktiviti penulisannya.
-
Blok abjad, mainan susun suai gambar abjad dan buku abjad, semuanya boleh membantu juga.
Sumber: Hands On Home Schooler, Parents, The Measured Mom
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!