Wanita Hamil Memang Emosi Selalu Tak Menentu, Itulah Pentingnya Suami Di Sisi Isteri!

Beremosi ketika mengandung itu adalah perkara normal bagi setiap wanita. Namun dengan peranan suami, mood isteri boleh dikawal dengan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita memang tak dapat lari dengan emosi yang berbagai-bagai. Kejap marah-marah, kemudian tiba-tiba menangis pula. Namun, suami tahu tak cara mengendalikan emosi wanita ini?

Hal ini terjadi kerana wanita mempunyai hormon tertentu yang menyebabkan mereka berubah perasaan.

Keadaan akan jadi lebih ‘tegang’ bila mereka berbadan dua, di mana, wanita akan mengalami perubahan emosi yang sangat ketara kemudian dicampur pula dengan  morning sickness yang meletihkan. Sudah tentu ia membuatkan mereka rasa tidak keruan.

Suami pula kalau nampak isteri lain macam, jangan pula rasa pelik, semua itu berlaku adalah kerana perubahan hormon dalam tubuh isteri semasa hamil.

Cara mengendalikan emosi wanita selama hamil

Emosi wanita hamil berubah adalah kerana kandungan yang semakin membesar, sekaligus memberi kesukaran kepada ibu untuk tidur dengan lebih selesa.

Bukan itu saja, mereka juga sukar untuk bergerak, berjalan atau terhad untuk melakukan sebarang aktiviti. Oleh sebab itu, kalau tersilap apa-apa mereka mudah marah, melenting dan sebagainya.

Maka tanggungjawab suami amat penting supaya tahu cara mengendalikan emosi wanita semasa mengandung ini.

Malah mereka juga sangat memerlukan perhatian dan belaian suami di sisi.

Cara mengendalikan emosi isteri anda yang sedang hamil 9 bulan

#1. Pastikan isteri tidur dengan tenang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, sebelum anda melelepkan mata, pastikan isteri tidur terlebih dahulu dan menyediakan tempat tidur yang selesa buatnya. Jika ada perselisihan faham, maafkan isteri.

#2. Belai isteri dengan sepenuh kasih dan sayang

Belai isteri ini bukanlah bermaksud nak “ehem-ehem” saja, tapi tunjukkan anda prihatin dengan dirinya yang sedang hamil.

Cara yang anda boleh buat adalah usap perut isteri, dakap erat tububnya, cium ubun-ubun kepala isteri dan paling penting ucapkan I LOVE YOU pada isteri tiap kali sebelum tidur.

#3. Ringankan tugas isteri di rumah

Bantu basuh kain, kemas rumah, memasak, jaga anak atau apa saja kerja yang boleh meringankan tugas isteri di rumah. Sekaligus ia dapat bantu emosi isteri dengan lebih baik.

#4. Teman isteri checkup kesihatan di klinik 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Bengkung Moden

Kalau isteri ajak checkup, anda jangan beri macam-amacam alasan untuk elak, tapi temanlah dia sekejap ke klinik sekaligus emosi isteri dapat dikawal dengan lebih baik.

Biasalah kalau pergi checkup tentunya perlu menunggu lebih lama, mana tahu isteri lapar atau dahaga jadi kalau suami teman boleh juga tolong belikan makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Belikan makanan yang berkhasiat

Makanan juga mempengaruhi mood isteri semasa hamil. Jadi belikan makanan yang berkhasiat dan lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan untuk isteri anda.

#6. Penuhi makanan mengidam isteri

Kalau isteri ada mengidam apa-apa cuba penuhi permintaan mereka kerana ia juga dapat mengembirakan hati isteri seterusnya dapat elakkan isteri dari emo berlebihan!

Justeri, pastikan anda ucapkan terima kasih dan kata-kata cinta buat isteri  supaya segala emosi negatif yang boleh mengalir pada fikiran dan hati mereka dapat ditangani. 

Semoga anda dapat menangani emosi isteri dengan lebih baik.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Peguam Dedah Wanita Bersungguh Nak Kahwin Laki Orang, Akhirnya Frust Sendiri, Sorry Sayang…