Sebagai ibu ayah, adakah anda sudah tahu cara dukung bayi dengan betul? Pernah tak alami sakit-sakit badan selepas mendukung si kecil?
Jika anda terasa kebas tangan dan anggota tubuh rasa kurang selesa, itu bermaksud anda melakukan posisi yang salah saat menggendong si kecil.
Posisi tubuh semasa mendukung bayi adalah perkara yang harus dititikberatkan oleh ibu ayah kerana jika tersalah dukung, ia boleh merencatkan perkembangan tubuh anak.
Isi Kandungan
Mengapa Cara Dukung Bayi Perlu Betul?
Hal ini kerana, tulang bayi masih rapuh dan senang terbentuk dengan kebiasaan cara anda mendukungnya.
Jadi, sebaiknya hindari mendukung bayi dengan cara yang salah dan mempelajari yang lebih tepat sejak si manja dilahirkan lagi.
Bagi mencegah hip dysplasia atau dysplasia punggung bagi kanak-kanak, ibu ayah harus mendukung bayi dengan cara yang tepat dan betul kerana ia penting untuk si kecil rasa selesa semasa didukung oleh individu tertentu.
Berikut merupakan cara menggendong bayi yang betul sekaligus terhindar dari sebarang masalah di kemudian hari kelak.
5 Cara Dukung Bayi yang Betul
#1. Posisi M
Posisi mendukung dengan cara ini biasanya untuk bayi usia 0 hingga 4 bulan iaitu kaki bayi dalam keadaan setengah berlipat dengan lutut sedikit naik ke atas. Malah posisi leher pula perlu ditenggakkan kemudian ditampung oleh baby carrier.
Oleh kerana leher bayi belum mampu tegak sendiri jadi ibu bapa harus memastikannya dalam keadaan selesa.
#2. Posisi dukung secara duduk
Ini merupakan posisi mendukung bayi yang sangat popular iaitu kendong bayi secara berdepan dengan tubuh ibu. Ia sekaligus membuatkan si kecil rasa lebih tenang saat berada dalam dakapan ibu dan ayahnya.
Bagi bayi berumur 0 hingga 4 bulan, posisi kaki dan leher harus sentiasa diperhatikan. Posisi kaki yang salah boleh menimbulkan pergeseran tulang punggung si kecil dan pasti membuatnya rasa tidak selesa.
#3. Posisi pandang ke hadapan
Apabila bayi sudah boleh mengangkat kepalanya sendiri dengan leher secara menegak maka mereka sudah boleh dikendong secara berhadapan seperti dalam gambar tersebut.
Matanya dapat melihat pelbagai persekitaran di depan mata sekaligus membuatnya berasa lebih girang dan gembira.
#4. Posisi mendukung di sebelah kiri
Posisi ini biasanya dilakukan dengan menggunakan alat pendukung kain di mana bayi boleh berada di pinggang sebelah kanan atau kiri.
Dalam posisi ini kepala bayi pastinya sudah dapat menegak dengan sempurna. Malah dia dapat melihat di setiap sekitarnya sama ada ke depan, belakang, kiri dan kanan.
Jika dia berasa selesa, mungkin bayi mudah tertidur saat didukung ibu tersayang.
#5. Posisi dukung belakang
Posisi dukung ini lebih selesa bagi ibu ayah kerana anda dapat merasa lebih ringgan tatkala membawa bayi bersama. Malah, menggendong cara ini juga boleh dilakukan kepada anak yang sudah dewasa usianya.
Namun, anak yang didukung dengan cara ini harus memiliki tulang punggung dan otot kaki yang kuat.
Apa yang pasti posisi dukung cara ini membuatkan ibu bapa tidak perlu bimbang tentang displasi punggung itu.
Justeru, praktikkan cara menggendong bayi yang betul ini supaya ibu dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan yang selesa tanpa sebarang kecederaan.
Kenapa Perlu Berhati-Hati Bila Dukung Bayi?
Salah satu akibat daripada cara mendukung yang salah adalah menyebabkan hip dysplasia pada bayi. Hip dysplasia yang terjadi selepas kelahiran sukar dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan pada usia yang sepatutnya.
Hip dysplasia berlaku apabila sendi pinggul tidak membentuk secara normal, atau terlalu sedikit sehingga tulang femur (tulang paha) senang untuk terkehel.
Ibu ayah boleh mengurangkan risiko hip dysplasia dengan menggunakan alat penggendong bayi ergonomik dan mengikut cara pemakaian carrier, wrap dan ring sling yang betul.
Cara Selamat Menyokong Kepala & Leher Bayi Baru Lahir
Kerisauan untuk mendukung bayi sememangnya perkara biasa, khususnya mereka yang pertama kali bergelar ibu ayah. Namun, jangan risau. Dengan cara yang betul, anda boleh mendukung bayi anda dengan selesa dan selamat.
Seperti yang anda sudah tahu, anda perlu menyokong kepala dan leher bayi dengan baik setiap kali anda ingin mendukungnya. Untuk memudahkan anda melakukannya, gunakan sebelah tangan anda (letakkan tangan di bawah kepala bayi) untuk menyokong kepala, leher dan tulang belakang si kecil anda.
Manakala tangan yang satu lagi pula anda selitkan di bahagian bawah bayi anda untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi. Jangan sesekali menggoncang bayi anda kerana ia boleh memudaratkannya.
Gunakan baju jenis side-snap pada bayi kecil anda (dan sebaik sahaja tunggul pusat bayi anda sudah tertanggal), guna pakaian yang berzip atau berbutang pada bayi anda sehingga anda yakin untuk memakai dan menanggalkan baju melalui leher si manja anda. Elak memakaikan pakaian yang menyusahkan bayi anda dan anda, serta kurang praktikal. Antaranya adalah pakaian yang boleh memberi kesan kepada bahagian belakang bayi anda atau mengganggu leher si kecil seperti baju turtleneck.
Untuk pengetahuan anda, apabila bayi berumur 3 bulan, badannya sudah sikit keras berbanding seperti selepas baru lahir dan si kecil sudah mula mendapat kawalan yang baik pada anggota badannya. Jadi, anda hanya perlu berhati-hati dan dukung sahaja bayi anda mengikut tips yang dikongsikan ini.
Bila Perlu Risau
Jika bayi anda menunjukkan sebarang ketidakselesaan ketika anda sedang mendukungnya, sila ubah posisi anda dan mendukungnya dengan cara yang lain.
Elak mengendong bayi tanpa memberikan sebarang support yang selamat. Pastikan kepala dan lehernya sentiasa mendapat sokongan daripada tangan anda ketika anda ingin mula mengangkatnya.
Semoga maklumat ini bermanfaat!
Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
- What to Expect (Oct 18, 2021). How to Safely Support a Newborn’s Head and Neck. www.whattoexpect.com/first-year/ask-heidi/afraid-of-breaking-baby.aspx
- Very Well Family (Dec 23, 2021). How to Stop Worrying You’ll “Break” Your Baby. www.verywellfamily.com/how-to-keep-your-fragile-newborn-safe-how-to-stop-worrying-you-ll-break-your-baby-5210184
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas, Jom Cuba Ayah & Ibu!
Baca juga: Contohilah 21 Sikap Rasulullah SAW Dalam Mendidik Anak Ini, Ia Sangat Relevan Sehingga Kini!
Baca juga: Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur? Mungkin Ini Puncanya!