Ini Rupanya Cara Terbaik Untuk Menjaga & Merawat Baki Tali Pusat Bayi Baru Lahir

Ibu bapa perlu tahu cara betul serta tips lain ketika menjaga baki tali pusat bayi sebelum ia tertanggal untuk mengelak bayi dari mendapat jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan ibu dan ayah baru lagi-lagi jika ini anak pertama mereka, masih tidak tahu cara terbaik untuk menjaga baki tali pusat bayi. Ada yang tertanya-tanya, bolehkah mereka mencabut sendiri baki tali pusat bayi atau biarkan sahaja ia tercabut sendiri?

Ada juga yang tertanya-tanya, bagaimana untuk mandikan anak yang ada baki tali pusat bayi ini? Bolehkah tali pusat terkena air? Bagaimana pemakaian lampin pula? Kami di theAsianparent sudah pasti faham semua persoalan anda, jadi kami sediakan jawapan di sini.

Dalam artikel ini, anda akan tahu lebih lanjut tentang:

  • Apakah itu tali pusat dan proses pemotongan tali pusat semasa bayi dilahirkan?
  • Langkah-langkah untuk mencuci baki tali pusat bayi
  • Apa perlu buat jika baki tali pusat bernanah atau berdarah?
  • Hukum menyimpan baki tali pusat

Apakah itu tali pusat bayi?

Setiap bayi sama ada dilahirkan secara semula jadi, melalui pembedahan czer mahupun kelahiran yang dibantu dengan forceps atau vakum akan mempunyai baki tali pusat bayi.

Tali pusat yang menyambung plasenta dengan bayi ini berfungsi untuk mengangkut oksigen dan nutrien dari badan ibu ke bayi dan mengangkut semula produk sisa, seperti karbon dioksida, dari metabolisme bayi.

Pemotongan tali pusat bayi

Walau bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ada juga beberapa bukti yang menyatakan bahawa pengapitan tali pusat bertangguh juga akan memberikan manfaat dan dapat memperbaiki status zat besi seorang bayi sehingga enam bulan selepas waktu kelahiran1.

Untuk pengetahuan anda, beberapa minit setelah kelahiran, pengaliran dari plasenta ke bayi masih lagi berlaku.

Oleh yang demikian, dengan menunggu selama 2-3 minit sebelum mengepit tali pusat atau menunggu sehingga denyutan pada tali pusat beransur hilang, ia akan membantu mengalirkan darah plasenta ke bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nota: Proses ini dikenali sebagai pemindahan plasenta, kebanyakannya berlaku dalam lingkungan 3 minit.

Walau bagaimanapun, tidak semua doktor atau pihak hospital akan membenarkan proses ini.

Sejurus bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan dikepit dan dipotong. Tali pusat boleh dipotong oleh doktor pakar wanita ataupun ayah kepada bayi. Jika ibu bapa ingin mengamalkan delayed cord clamping, anda perlu berbincang dengan doktor pakar terlebih dahulu.

Tali pusat bayi perlu dikepit dahulu untuk menutup semua saluran darah di dalam tali sebelum ia boleh dipotong. Pengepit yang biasa digunakan adalah pengepit tali pusat plastik.

Langkah-langkah mencuci baki tali pusat bayi

Ini antara pengalaman mencuci dan menjaga baki tali pusat yang diamalkan oleh ibu-ibu berpengalaman mahupun bidan yang menjaga bayi dan ibu selepas bersalin. Anda boleh gunakan langkah-langkah ini sebagai rujukan dan panduan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, selepas doktor memeriksa anda dan bayi di hospital, dan ibu dapat kebenaran untuk pulang ke rumah, jururawat bertugas akan memberikan ibu dua botol Hidrogen Peroksida dan beberapa bungkus bola kapas steril untuk membersihkan baki tali pusat anak.

Selepas ibu pulang ke rumah, ini apa yang perlu dilakukan:

  1. Kumpulkan semua bekalan yang diperlukan untuk mencuci baki tali pusat supaya ia mudah dicapai.
  2. Guna kapas steril untuk menyerap sedikit hidrogen peroksida.
  3. Lap sekali dengan perlahan-lahan pada bahagian baki tali pusat anak dan bahagian berdekatan dengannya kemudian buang kapas yang kotor.
  4. Jangan guna kapas yang dicelup berulang kali. Gunakan kapas baru dan ulang langkah 2 dan 3 jika diperlukan. Ini untuk mengelakkan jangkitan.

Ibu dan ayah perlu melakukan ini selepas bayi anda mandi dan setiap kali tukar lampin baru.

Putik kapas juga boleh digunakan untuk mencuci baki tali pusat. Sesetengah ibu bapa tidak suka menggunakan putik kapas kerana berpendapat ia sangat keras dan tidak lembut macam kapas.

Tetapi ibu bapa juga boleh menggunakan putik kapas untuk membersih kawasan yang sukar untuk dibersihkan seperti pada tepi dan celah-celah antara bahagian pusat bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpulanglah kepada ibu dan ayah, mana yang lebih senang, janji ia bersih dan sentiasa kering.

Tips penting apabila menjaga baki tali pusat anak

Sumber: raisingchildren.net.au

Jangan terkejut jika terdapat kesan kotor dan darah pada kapas ataupun baju bayi. Ini adalah perkara normal:

  • Apabila menukar lampin anak, pastikan baki tali pusat bayi tidak ditutup. Lipat bahagian atas lampin seperti gambarajah di atas
  • Lama kelamaan  ia akan semakin kering. JANGAN cabut baki tali pusat bayi anda. Ia akan tanggal sendiri.
  • Hubungi doktor jika si kecil demam atau apabila mendapati bahagian berdekatan baki tali pusat bayi nampak kemerah-merahan dan berbau busuk. Ini adalah tanda jangkitan.

Kebanyakkan ibu bapa akan buang terus baki yang yang sudah kering, ada yang tanam, tapi ada juga yang simpan buat kenang-kenangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seeloknya simpanlah buat kenangan, bimbang jika dibuang begitu sahaja, binatang liar akan memakannya. Sama juga jika tak ditanam dengan betul.

Jika anda tanya ibu ayah kita dulu jika mereka ada lagi menyimpan kita punya masa bayi dulu, tentu mereka boleh tunjukkan!

Bila tali pusat akan tercabut?

Kebiasaanya baki tali pusat bayi akan tertanggal sendiri 5-7 hari selepas kelahiran2. Walau bagaimanapun, jangan bimbang jika baki tali pusat terlambat tanggal. Ini kerana selagi baki tali pusat akan tertanggal dalam masa tiga minggu seelpas kelahiran, ianya adalah NORMAL.

Jadi, jangan risau okay ibu dan ayah?

Namun, jika baki tali pusat tidak tertanggal selepas 3 minggu, perkara ini sama sekali adalah tidak normal dan ibu bapa haruslah membawa bayi berjumpa dengan doktor dalam kadar segera.

Kenapa tali pusat nampak bernanah atau berdarah?

Kejadian seperti tali pusat bernanah atau berdarah selalunya berlaku sekiranya ibu bapa tidak tahu cara untuk menjaganya dengan betul. Ia boleh menyebabkan luka, kawasan pusat berbau busuk, berdarah, dan juga bernanah.

Selalunya, pihak hospital akan membekalkan ubat cuci pusat bayi sebelum si ibu dibenarkan pulang ke rumah. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak menggunakan produk lain untuk membersihkan bahagian tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara punca tali pusat bernanah atau berdarah adalah apabila si ibu meletakkan minyak gamat atau ubat-ubat lain seperti alkohol ataupun triple dye.

Ini boleh melambatkan lagi proses penanggalan baki tali pusat bayi dengan menghapuskan bakteria semulajadi yang hadir.

Apabila baki tali pusat dijaga dengan cara betul, ini membenarkan bakteria semulajadi untuk mengeringkannya supaya ia tertanggal dengan lebih cepat. Jadi, untuk ibu bapa di luar sana – Jangan sesekali menggunakan ubat-ubatan yang bukan dari hospital atau doktor pakar.

Hukum memotong dan menyimpan tali pusat bayi selepas lahir

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, tali pusat ini yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya3. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:

  • Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
  • Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.
  • Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.

Hukum sebenar

Secara ringkas, adalah MAKRUH hukumnya jika anda menyimpan tali pusat bayi tanpa tujuan atau sebagai kenangan.

Manakala HARUS sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, ianya adalah HARAM jika disimpan atas tujuan kepercayaan serta khurafat yang tidak bersandarkan ajaran agama Islam.

Penjagaan baki tali pusat ini tidaklah susah mana, anda cuma perlu pastikan bahagian itu sentiasa kering dan disapu dengan kapas alkohol dengan konsisten. Elakkan bahagian itu ditutupi dan boleh terkena udara.

Semoga informasi di atas dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

Sumber:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). Pengapitan Tali Pusat Bertangguh. www.myhealth.gov.my/pengapitan-tali-pusat-bertangguh/
  2. Seattle Children’s Hospital. (n.d.). Umbilical Cord Symptoms. www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/umbilical-cord-symptoms/
  3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018, Mac 1). Hukum Memoting dan Menyimpan Tali Pusat Bayi Selepas Lahir. www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2322-al-kafi-716-hukum-memotong-dan-menyimpan-tali-pusat-bayi-selepas-lahir

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Tapi Sebenarnya Normal

Baca juga: 3 Komplikasi Tali Pusat Bayi Yang Berbahaya Semasa Proses Bersalin

Baca juga: Bayi Yang Tali Pusatnya Sengaja Lewat Dipotong Ketika Lahir Jarang Sakit, Sistem Imun Kuat

Penulis

Rosanna Chio