10 Cara Pilih Tembikai Manis & Juicy: Rahsianya Kena Tengok Jalur & Tangkai!

Cara pilih tembikai manis adalah penting untuk memastikan anda dapat menikmati kesegaran dan kemanisan buah ini seperti yang diidamkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tembikai adalah buah tempatan yang segar dengan rasa manis semula jadi, menjadikannya pilihan popular untuk menyegarkan tekak terutama pada hari panas. Kalau nak tahu tembikai di pasar atau kedai buah atau tawar, kami kongsikan cara pilih tembikai manis dan berjus.

10 Cara Pilih Tembikai Manis & Sedap, Memang Juicy!

1. Timbang Berat

Cara paling mudah untuk memastikan tembikai anda juicy ialah dengan menimbangnya. Tembikai yang berat menandakan kandungan air yang tinggi yang menjadikannya lebih manis dan menyegarkan.

Bandingkan beberapa tembikai yang bersaiz sama dan pilih yang paling berat. Semakin berat tembikai, semakin juicy dan manis rasanya.

2. Tengok Jalur

Jalur atau corak pada kulit tembikai merupakan petunjuk kualiti buah. Tembikai yang manis dan masak sempurna biasanya mempunyai jalur yang tebal dan jelas.

Jalur ini mencerminkan tahap kematangan buah. Ini bermakna semakin jelas jalurnya, semakin manis tembikai itu.

3. Perhatikan Tangkai

Tangkai tembikai memberikan tanda kesegaran buah. Tembikai yang sudah masak sempurna mempunyai tangkai yang kering dan berkedut.

Jika tangkainya masih hijau, tembikai tersebut mungkin belum matang sepenuhnya dan kurang manis.

Pilih tembikai yang tangkainya sudah kering untuk memastikan kemanisan yang optimum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Tengok Pada Tompok Kuning

Tompok kuning pada kulit tembikai adalah tanda baik! Tompok ini terbentuk apabila bahagian buah menyentuh tanah semasa ia matang.

Tembikai dengan tompok kuning besar biasanya lebih manis kerana ia telah mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk matang dengan sempurna.

5. Tekstur Kulit

Kulit tembikai yang baik seharusnya licin, tetapi tidak terlalu berkilat. Kulit yang terlalu licin mungkin menunjukkan buah belum matang.

Sebaliknya, pilih tembikai dengan kulit yang sedikit kasar dan kusam menandakan buah matang sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan tembikai dengan lekukan atau bahagian yang lembik tanda sudah rosak.

6. Bunyi Tembikai

Menepuk tembikai sebelum membeli sebenarnya ada tujuannya, ya! Tembikai yang manis dan berair akan menghasilkan bunyi yang kosong dan padat apabila ditepuk.

Jika bunyinya kedengaran penuh atau pekat, buah itu mungkin sudah terlalu matang.

Cuba tepuk beberapa tembikai dan bandingkan bunyinya sebelum membuat pilihan mana satu yang terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Pilih Bentuk Bulat

Tembikai yang baik biasanya berbentuk simetri dan bulat. Bentuk yang tidak sekata menunjukkan tembikai tumbuh dalam keadaan yang tidak ideal yang boleh menjejaskan rasa dan teksturnya.

Berbeza dengan bentuk simetri yang menunjukkan buah tersebut mendapat air dan nutrien yang seimbang semasa tumbuh.

8. Warna Kulit Pekat

Warna kulit juga penting dalam menentukan kualiti tembikai. Cari tembikai dengan kulit yang pekat dan berwarna gelap.

Warna hijau gelap menandakan buah telah masak dengan sempurna dan penuh rasa. Warna kulit yang pudar atau cerah pula mungkin menunjukkan buah belum matang.

9. Elakkan Pilih Yang Pecah

Elakkan memilih tembikai yang mempunyai retakan kecil pada kulitnya. Retakan ini boleh menjadi tanda buah telah mula rosak atau terdedah kepada cuaca ekstrem semasa penanaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mendapatkan tembikai yang segar dan manis, pastikan tiada kerosakan fizikal pada buah tersebut.

10. Saiz

Walaupun saiz bukan faktor utama, ia tetap penting. Tembikai yang terlalu besar atau terlalu kecil mungkin tidak memberikan rasa terbaik.

Pilih tembikai bersaiz sederhana kerana ini biasanya menunjukkan buah tumbuh dalam keadaan yang baik dengan keseimbangan rasa manis dan kandungan air yang optimum.

Jadi, sekarang anda dah tahu kan cara pilih tembikai yang manis dan berjus seperti yang anda mahu, kan? Ambil sedikit masa untuk periksa tembikai dengan teliti. Jangan hanya capai yang terdekat atau nampak elok dari jauh sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Jenis Durian Di Malaysia Yang Best Selling Setiap Tahun, Setiap Jenis Ada Rasa & Bau Berbeza

Baca juga: Buah Zuriat Untuk Ikhtiar Hamil: Khasiat, Cara Makan & Pantang Larang

Baca juga: Musim Manggis Ni Jangan Lepaskan Peluang Untuk Makan, Banyak Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!

Penulis

Noorhidayah