X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

12 Jenis Durian Di Malaysia Yang Best Selling Setiap Tahun, Setiap Jenis Ada Rasa & Bau Berbeza

5 min bacaan
12 Jenis Durian Di Malaysia Yang Best Selling Setiap Tahun, Setiap Jenis Ada Rasa & Bau Berbeza

Jenis durian yang berbeza memiliki keunikan tersendiri. Antara yang paling popular adalah Musang King, Tekka, D24, Udang Merah dan IOI

Buah durian digelar sebagai raja buah dan terkenal di seluruh Asia Tenggara. Ramai mengakui bahawa jenis durian di Malaysia adalah yang terbaik kerana rasanya yang sedap, tekstur yang unik dan aroma kuat.

Ketika musim durian, pencinta durian akan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan buah yang terbaik mengikut kesukaan mereka. Ada yang suka musang king, ada juga yang suka durian D24 dan durian kampung.

▲▼Isi Kandungan

  • Jenis Durian Di Malaysia Yang Populor
  • Panduan Pilih Jenis Durian Terbaik

Jenis Durian Di Malaysia Yang Populor

1. Durian Kucing Tidur

Bagi penggemar durian, mungkin pernah mendengar istilah durian ‘kucing tidur’. Sebenarnya, durian ini merujuk kepada ulas durian yang berbentuk seperti seekor kucing sedang tidur.

Kebiasaannya, buah durian kucing tidur dalam saiz kecil sahaja dan hanya mengandungi seulas durian. Berbeza dengan durian biasa, durian kucing tidur mempunyai bentuk yang comel dan saiz yang kecil, tetapi rasanya bergantung kepada gred masing-masing.

Dikatakan, durian kucing tidur emas adalah antara gred premium dalam kategori keluarga durian jenis ini.

2. Durian Musang King 

Jenis durian Musang King, juga dikenali sebagai mao shan wang, mempunyai isi keemasan yang tebal dan kuning, berkrim, manis dan kadangkala pahit.

Ia juga mempunyai biji yang kecil (tidak selalu). Gabungan unik ini menjadikannya salah satu durian paling popular di kalangan pencinta durian. 

3. Durian Tekka (Musang Queen/D160)

Pernah dengar tentang Durian Tekka? Penggemar buah durian pasti mengenali klon durian ini. Ada yang mengatakan ia lebih baik daripada Musang King, ada pula yang menganggap ia kedua terbaik selepas Musang King.

Isi durian Tekka biasanya krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat. Manakala rasa durian tekka ini adalah lemak manis, pahit dan bergas.

4. Durian D2 (Datok Nina)

Apabila buka jenis durian D2 ini, isinya yang berwarna oren akan kelihatan dengan jelas, dan rasanya memang sangat manis, berlemak dan sedikit rasa pahit.

Isinya sangat tebal dan hanya dengan makan satu ulas sahaja, anda akan merasa sangat puas dan kenyang.

Dari segi kepejalan isi, durian Datok Nina ini termasuk dalam kategori buah ‘isi lembik’. Kelebihan utama varieti ini adalah ia mempunyai aroma atau bau yang kuat.

5. Durian D24

Durian D24, juga dikenali sebagai Durian Sultan, adalah antara durian paling popular sebelum Musang King menguasai pasaran.

Isi durian D24 ini adalah sederhana manis, terdapat juga rasa pahit sederhana dan juga rasa lemak yang agak kuat. Ia juga populor dan sering digunakan dalam masakan dan hidangan pencuci mulut durian.

6. Durian XO

Ramai yang berpendapat Durian XO dan D24 adalah sama, tetapi sebenarnya Durian XO adalah kualiti yang lebih tinggi daripada D24, dari segi umur, kesegaran, dan lokasi asalnya.

Durian ini dinamakan XO kerana rasanya yang agak pahit dan manis.

7. Durian Red Prawn

Durian Udang Merah, juga dikenali sebagai D175, mempunyai daging berwarna jingga hingga kuning lembut. Durian ini mendapat namanya dari isi yang lembut, tebal dan berkrim dengan rasa manis yang menyelerakan.

8. Durian Blackthorn

Durian blackthorn atau duri hitam menjadi populor kerana ia antara durian jenis paling mahal di Malaysia.

Durian Duri Hitam, juga dikenali sebagai D200 atau Ochee, mempunyai warna oren kuning cerah dengan tanda-tanda coklat kemerah-merahan di sepanjang bahagian tengah durian.

Durian ini mempunyai rasa berkrim, manis dan sedikit pahit. Isinya lebih bulat dan biasanya berwarna kuning keemasan. Dari segi harga, Duri Hitam boleh jadi sama atau lebih mahal daripada Musang King.

9. Durian IOI

Sering dikelirukan dengan D101, Durian IOI mempunyai rasa buah yang kuat dan berwarna hampir oren. Durian ini juga dikenali sebagai Durian Hajah Hasmah atau Durian Mas Muar. Bentuknya bulat dan berwarna coklat kehijauan.

10. Golden Phoenix Durian

Golden Phoenix Durian, juga dikenali sebagai Jin Feng, mempunyai isi kuning-putih pucat dengan rasa yang sangat kompleks. 

Isi jenis durian ini yang berkrim memberikan pengalaman yang memuaskan bagi peminat durian.

11. Durian Kampung

Durian kampung tidak ditanam secara khusus seperti durian popular lain seperti Musang King, D24, atau XO. Durian kampung lebih ringan dan kurang gas, menjadikannya lebih sesuai untuk semua orang.

Durian kampung memiliki peminatnya yang tersendiri kerana harga lebih murah. Malah ramai menggunakan jenis durian kampung untuk hidangan pencuci mulut.

12. Durian Bukit

Durian bukit adalah jenis durian yang ditanam di kawasan tanah tinggi dan berbeza daripada durian kacukan yang dikenali sebagai ‘durian kahwin’.

Durian bukit mempunyai rasa yang unik. Ia menawarkan gabungan tiga rasa yang tersendiri, iaitu lemak, manis, dan pahit, berbanding dengan durian kahwin.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Panduan Pilih Jenis Durian Terbaik

Sekarang musim durian kan? Hari ini kami nak kongsi 5 tips untuk anda yang ingin menikmati buah durian dengan puas.

1. Perhatikan Tangkai Buah

Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahawa isi buah tersebut banyak dan tebal. Sementara itu, durian bertangkai ramping dan panjang menandakan isi yang sedikit dan tidak terlalu tebal. Jadi, lepas ini kalau nak beli durian, jangan lupa intai tangkainya sekali.

2. Hidu Bau Buah

Durian dengan kualiti terbaik mampu menghasilkan aroma harum yang kuat walaupun belum dibelah kulitnya.

3. Perhatikan Duri Buah

Pilih durian yang memiliki duri pendek dan jarang kerana durian dengan duri seperti ini biasanya mempunyai isi yang banyak dan lebih manis. Sebaliknya, durian dengan duri panjang dan rapat mungkin menghasilkan isi yang kurang.

4. Pilih Buah Yang Ringan

Cara memilih durian yang tepat adalah dengan memilih buah yang ringan kerana semakin berat buah durian itu, bijinya juga sangat besar. Semakin besar biji buahnya, isi buahnya menjadi lebih tipis. Jadi, jika ingin mendapatkan durian dengan isi yang banyak, carilah buah durian yang paling ringan.

5. Ketuk Buah

Durian yang belum matang akan berbunyi nyaring, seperti “plek-plek” jika diketuk. Sebaliknya, durian yang sudah matang akan terdengar sedikit berat dan teredam, seperti “bluk-bluk”.

Jabatan Pertanian Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Yang Dikongsi Ramai Orang, Terbukti Berkesan!

Baca juga:  Durian Sebenarnya Antara Milk Booster Yang Bagus Untuk Ibu Menyusu, Ini 5 Sebabnya!

Baca juga:  Cara Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Guna Kaedah Frozen Tahan Hingga Setahun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 12 Jenis Durian Di Malaysia Yang Best Selling Setiap Tahun, Setiap Jenis Ada Rasa & Bau Berbeza
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham