Buah yang berbuah hanya setahun sekali ini, memang rugi kalau anda tak merasa. Bukan saja manis, sedap, juicy tapi i sebenarnya banyak khasiat manggis ni. Lagi-lagi pada kulitnya.
Bila masuk musim buah manggis, kalau jumpa terus beli dan kalau mampu makan setiap hari. Kulitnya dijemur dan simpan ada manfaatnya.
Kalau anda tahu kebaikan buah manggis mesti anda akan jadi ‘penunggu’ pokok manggis. Begitu hebat penangan khasiat manggis ini.
Khasiat manggis pada kulitnya
Petua kulit manggis adalah seperti berikut:
Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.
#1. Cirit birit
Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati CIRIT BIRIT Caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum.
Khasiat air rebusan kulit manggis juga boleh merawat penyakit bengkak usus.
#2. Darah tinggi
Khasiat manggis juga mampu mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke.
Ambil beberapa pucuk daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang.
#3. Khasiat manggis lawan kencing manis
Daun manggis terbaik bagi penyakit kencing manis. Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau (rasapun macam air teh).
Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
#4. Buang air besar berdarah
Ambil segenggan kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama 5 cawan air hingga tinggal 1 cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
#5. Ulser mulut
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.
#6. Luka gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
#7. Buasir
Keringkan kulit buah delima + kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
#8. Memutihkan gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
#9. Melancarkan haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk
melancarkan haid.
#10. Merawat gout
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.
Caranya ambil buah manggis Kupas, isi dia enak di makan , ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
#11. Menurunkan berat badan
Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.
#12. Mengecutkan cyst
Rebus kulit manggis minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.
#13. Kuatkan imun badan
Kulit manggis mengandungi vitamin C yang menjadi peranan penting dalam menjaga sistem kekebalan tubuh. Vitamin C mengaktifkan sistem kekebalan tubuh apabila bakteria atau virus masuk ke dalam badan sehingga seseorang tidak akan mudah sakit.
Jadi kulit manggis yang direbus apabila diminum oleh orang sakit akan mempercepatkan proses penyembuhan.
Memang banyak bukan khasiat manggis ini? Jadi semasa tengah musim ini, cepat-cepat borong buah manggis, dan kulitnya jangan buang! Simpan dan keringkan! Bila nak guna nanti tinggal rebuska saja.
Selamat mencuba! Tapi ingat ya, ini sebahagian daripada ikhtiar, jangan terus amalkan jika tiada apa-apa kesembuhan, dapatkan juga rawatan doktor jika penyakit masih tidak sembuh.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Khasiat Buah Mangga, Bagus Untuk Si Kecil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!