'Insecure' Dengan Miss V Yang Makin Hitam? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Ada beberapa faktor yang menyebabkan vagina berubah jadi gelap, namun masalah ini boleh diatasi dengan ketahui cara putihkan miss V yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah Miss V hitam atau vagina menjadi gelap adalah perkara biasa yang dialami golongan wanita dan tiada apa yang perlu dimalukan. Namun begitu, ia menimbulkan rasa ‘insecure’ bagi wanita bujang apatah lagi wanita yang sudah berkahwin. Lantas, bagaimanakah cara putihkan Miss V dengan cara yang selamat tetapi berkesan?

Mungkin ada sesetengah wanita yang tidak kisah kerana sedia maklum bahagian intim ini memang gelap sedikit berbanding bahagian badan yang lain, tetapi sekiranya anda perasan miss V tiba-tiba berubah warna menjadi semakin gelap dari biasa, sila ‘take note’ mungkin ada sesuatu yang tidak kena!

5 Punca Miss V Makin Gelap

Jika anda tertanya-tanya adakah normal jika berlaku perubahan warna pada vagina baru-baru ini, berikut merupakan antara penyebab vagina menjadi makin gelap dan hitam yang perlu anda ketahui.

1. Geseran

Antara punca utama Miss V makin gelap adalah disebabkan geseran yang terjadi di sekitar paha. Geseran juga boleh berlaku disebabkan pemakaian seluar dalam yang ketat atau pakaian yang tidak sesuai menyebabkan pengudaraan kurang di kawasan pelipat.

Perkara ini sering terjadi kepada ibu mengandung kerana mengalami perubahan berat badan yang mendadak. 

Begitu juga dengan ativiti harian yang biasa dilakukan seperti berjalan kaki, bersenam dan melakukan hubungan seks. Malah, menggosok kawasan miss V terlalu kerap juga boleh nenyebabkan berlaku kegelapan.

2. Hormon

Faktor hormon juga merupakan salah satu sebab masalah ini terjadi. Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, semasa akil baligh, peningkatan mendadak dalam paras estrogen kemungkinan menyebabkan kawasan intim menjadi lebih gelap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia anda lewat 30-an dan 40-an, kesan yang sama mungkin terjadi disebabkan tahap estrogen yang lebih rendah semasa anda menghampiri menopaus.

3. Jangkitan faraj

Faraj adalah bahagian badan yang paling sensitif dan mudah terdedah kepada jangkitan faraj dari semasa ke semasa. Keadaan tertentu boleh menjejaskan kawasan sekitar vulva yang menyebabkan tompok gelap muncul di sekitar kawasan vagina.

4. Umur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila usia semakin meningkat, bukan sahaja keanjalan dan tekstur faraj berubah, bahkan menyebabkan perubahan warna. Jadi, jangan terkejut dan rasa malu dengan perubahan fizikal seiring dengan peningkatan usia yang sama sekali tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun.

5. Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)

Kira-kira 1 daripada 10 wanita mengalami gejala Sindrom Ovari Polikistik (PCOS). Keadaan ini berlaku apabila sista yang berkembang di dalam ovari dan mengganggu hormon yang lain.

PCOS menyebabkan berlakunya lebihan hormon lelaki (androgen) dalam badan, dan megakibatkan bahagian sulit anda menjadi gelap.

Cara putihkan miss V gelap 

Kalau anda berasa rendah diri dan kurang keyakinan disebabkan masalah vagina hitam, begini cara untuk memutihkan miss V yang gelap dengan cara yang selamat dan paling berkesan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Gunakan bahan semulajadi dan organik.

Sebaiknya, pilih produk yang diperkaya dengan bahan semula jadi seperti cendana dan kunyit yang bertindak sebagai exfoliater terutama pada bahagian intim.

Ia membantu memutihkan sekitar kawasan vagina dengan selamat tanpa bahan kimia yang menyebabkan iritasi pada bahagian kulit yang sensitif.

Atau, anda boleh cuba beberapa petua putihkan miss V menggunakan bahan semulajadi seperti yang kami kongsikan sebelum ini.

2. Mengekalkan Keseimbangan pH.

Bahan semulajadi dipercayai dapat mengekalkan tahap pH pada kawasan vagina. Dalam masa yang sama, mencerahkan, melembutkan dan bertindak sebagai antiseptik. Ia juga membantu membuang sel kulit mati, tompok gelap dan degil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pilih produk penjagaan vagina yang betul. 

Walaupun pakar tidak mengesyorkan pencuci vagina kerana ia mampu membersih sendiri, tetapi tidak salah jika anda memilih produk penjagaan vagina yang tidak mengandungi sebarang pengawet atau bahan kimia. 

Namun begitu, berikut adalah cadangan sahaja tetapi jika terdapat gejala lain yang menyebabkan area miss V bertambah gelap dan kusam yang melampau diikuti dengan gatal-gatal dan benjolan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan yang lebih teliti. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

Baca juga: 15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Baca juga: Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah