Gaji Pasangan Cukup-Cukup Makan, Kena Rajin Menyimpan, Tips Elak Bergaduh Sebab Duit!

Kerana duit, segalanya boleh terjadi. Bukan saja gaduh sikit-sikit, hingga bercerai berai pun tidak mustahil. Jadi sebab itu pentingnya perancangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Soal duit memang boleh buat gaduh. Ada yang sebelum berkahwin memang boleh berbelanja sesuka hati, tetapi apabila sudah berkahwin perlu bercatu pula.

Boleh jadi gaduh kalau tak biasa bercatu. Perlu terima kenyataan bahawa hidup dengan ibu bapa lain dengan hidup bersama pasangan.

Dapat pula pasangan yang memang suka berjimat cermat, lain pula jadinya. Boleh jadi tak pernah bergaduh sebab lain, tapi sebab duit segalanya boleh jadi gaduh.

Tips elak gaduh dengan pasangan sebab duit

Memang bukan perkara mudah untuk uruskan bab duit dalam berumah tangga. Tapi bak kata orang, perlu beringat awal supaya tidaklah dibelenggu kesusahan apabila sudah berusia nanti.

Tak nak pula apabila sudah berusia pun perlu bekerja lagi kerana langsung tiada simpanan. Jadi kali ini kami kongsikan tips supaya anda tidak bergaduh dengan pasangan soal duit memandangkan dalam keadaans erba mencabar pada masa kini, bab duit memang selalu jadi masalah. 

#1. Penting ada bajet

Ini memang semua orang tahu perlu ada bajet dalam setiap perkara. Tetapi kadang kala ada juga yang terlajak. Jadi adalah lebih baik anda buat satu buku atau tidak kiralah di mana-mana untuk kira bajet anda setiap bulan.

Ini bagi memastikan supaya anda tidak terlebih berbelanja dan menyebabkan bajet anda lari pada bulan yang berkenaan. Apa yang penting elakkan perkara tidak bermanfaat. 

Jangan lupa untuk menyimpan. Tetapi jangan pula sampai terpaksa ikat perut atau berlapar sampai jatuh sakit kerana nak berjimat. Nanti anda perlu keluarkan untuk belanja perubatan pula.

#2. Jangan syok berhutang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elak terjebak dengan hutang. Ada yang kata kadang kala tiada interest. Terus laju saja nak berhutang. Ada yang sanggup hutang beli telefon hanya sebab nak bergaya, akhirnya memakan diri.

Rasa menyesal kan? Beli handphone mahal-mahal, akhirnya terpaksa menanggung hutang. Jadi tolong jangan terjebak. Ukur baju di badan sendiri bak kata pepatah.

Buatlah kiraan yang betul supaya anda tahu keperluan anda dan boleh bajet mengikut kepada keupayaan anda.

#3. Perancangan tambah anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang ini nampak remeh ya. Tapi sesungguhnya membesarkan seorang manusia bukan mudah. Bukan hanya tenaga tetapi wang ringgit juga terlibat sama.

Fikirkan, jika anda bekerja, berapa pula perlu spend kepada taska dan sebagainya setiap bulan. Memang orang kata rezeki setiap anak itu ada, tapi jangan hingga makan anak perlu bercatu, susu anak perlu bercatu hanya sebab anda tidak merancang untuk menambah anak.

Pastikan bila mahu tambah anak, anda juga ada contigency plan untuk menampung anak yang baharu itu. Dalam keadaan kewangan yang semakin meruncing ini, mungkin boleh bincang semula dengan pasangan mengenai perkara ini.

Anda perlu sepakat bersama kerana anda berdua juga yang akan membesarkan anak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Belajar menyimpan sama-sama walaupun RM1 

Belajar bersama-sama menyimpan walaupun dengan RM1 sehari. Jangan liat untuk menyimpan, belajarlah bahawa menyimpan itu lebih baik untuk masa depan.

#5. Buat pelaburan yang dipercayai

Belajarlah mengenai pelaburan. Simpan duit anda di mana ia boleh ‘beranak’. Berhentilah simpan duit di bawah bantal, tilam dan sebagainya.

Belajar mengenai pelaburan tetapi pastikan ia adalah pelaburan yang sah dan sebagainya. Paling mudah, anda boleh beli emas. Tidak perlu beli dalam jumlah yang besar setiap kali beli, beli saja dalam jumlah yang kecil. Tiada masalah pun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting anda konsisten menyimpan dan membuat pelaburan. Emas adalah yang paling mudah untuk anda kawal dan buat pembelian pada setiap bulan.

#6. Rajin bersedekah

Jangan kedekut untuk bersedekah. Allah sudah janjikan, tidak akan miskin mereka yang bersedekah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Baca juga: Nak Kumpul Duit RM12,000 Dalam Masa Setahun Sahaja? Ini Caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar