Cara Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Guna Kaedah Frozen Tahan Hingga Setahun!

Cara simpan durian tahan lama ini patut anda cuba untuk simpan stok di rumah. Yang penting ia boleh kekal segar sehingga tempoh setahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim durian sekarang ini pasti ramai yang rasa rugi bila tak beli banyak kerana harganya yang mampu milik. Memandangkan buah ini bermusim, apa kata anda ketahui cara simpan durian tahan lama ini.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Cara simpan durian tahan lama, setahun tau boleh simpan!
  • Tahan lama, bau pun masih sama

Justeru tidaklah terlalu ‘mengidam’ bila sudah tamat musim durian nanti kerana bila-bila masa anda menikmati keenakan raja buah ini.

Cara simpan durian tahan lama, boleh tahan hingga setahun

Seorang pengguna facebook, Nor Tipah Zakaria telah berkongsi tentang cara menyimpan durian dengan betul supaya ia tahan lama dan anda boleh menikmatinya bila-bila anda suka.

Tahan lama sehingga setahun ya. Berbaloi sangat jika ibu-ibu cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah saja cara yang dikongsikan ini, bukan saja ia akan kekal elok hingga musim durian seterusnya menjelma, rasa dan baunya juga tetap sama seperti ketika baru dikeluarkan dari buah.

Cara simpan durian tahan lama:

  1. Caranya sediakan wrapping plastic dan bekas plastik
  2. Buka durian dan ambil sepangsa, balut isi durian tadi menggunakan wrapping plastic dengan kemas.
  3. Kemudian susun dengan kemas dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam peti sejuk beku.

Tahan lama, bau pun masih sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara simpanan ini bukan saja buat durian tahan lama hingga satu tahun, tetapi baunya masih sama dan kekal segar seperti baru dikeluarkan daripada buahnya.

Teknik itu mendapat reaksi positif daripada netizen dan ada yang telah mencubanya dan berkongsi mengenai kesahihan cara itu.

Ikuti perkongsian netizen:

Yup buat macam ini juga… boleh tahan setahun dan rasa tetap sedap…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh aja letak dlm tupperware. tapi klu wrap satu2 senang nak mkn.defrostkan yg nak mkn aja. senang tanggal x melekat satu sama lain

sampai next musim pun boleh tahan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu di rumah. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama & Kekal Segar, Wanita Ini Kongsi Kaedah Yang Betul

Baca juga:  9 Cara Simpan Bahan Dapur Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama & Elak Pembaziran

Baca juga:  Makanan Segar Cepat Rosak? Ini Cara Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama

Penulis

Lala Annuar