Sebaiknya amalkanlah cara tidur yang betul dalam Islam ini kerana sesungguhnya ia mempunyai banyak manfaat buat tubuh dan diri kita. Bahkan, Rasulullah SAW juga turut memperlakukan tidur dengan etika yang baik ini.
“Rasulullah SAW bersabda, Jika kalian hendak tidur di pembaringan, berwudhulah seperti wudhu untuk shalat. Kemudian berbaringlah kamu dengan berbaring di lambung kananmu.” (HR. Bukhari dan Muslim) – Hadis Barra bin ‘Azib ra.
Menurut hadis di atas, jelas ia mengatakan yang umat Islam digalakkan untuk berbaring menghadap sisi kanan, bukan hanya baik dari sisi Islam, tapi juga disokong oleh para ilmuwan yang mana baiknya posisi tidur sebegini. Berikut adalah amalan yang baik untuk diamalkan mengikut cara tidur yang betul dalam Islam:
1. Miring ke kanan
Al Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad saw pernah bersabda,
“Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan” – Al Barra bin Azib, sabda Rasulullah SAW
Mengikut sabda Rasulullah SAW, posisi tidur yang betul di dalam Islam adalah menghadap ke sebelah kanan. Ia merupakan arah tidur yang betul dalam Islam. Seeloknya juga untuk berwuduk serta solat sebelumnya.
“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” sabda Rasulullah SAW (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
2. Meletakkan tangan di bawah pipi kanan
“Rasulullah Muhammad saw apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)
3. Tidur pada waktu malam selepas solat Isya
“Bahwasanya Rasulullah Muhammad saw membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235))
4. Jangan tidur meniarap
Posisi tidur meniarap adalah satu posisi yang tidak digalakkan di dalam Islam, malah juga tidak disukai Allah SWT.
“Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)
Bahkan, menurut Dr. Zafir al-Altar bahawa tidur di dalam posisi meniarap di atas perut dalam waktu yang cukup lama akan membuatkan seseorang itu susah untuk bernafas kerana berat badan akan menekan paru-paru dan jantung. Malah bayi yang baru lahir juga tidak digalakkan untuk tidur meniarap kerana ia boleh menjadi punca SIDS, iaitu kematian sewaktu tidur ketika meniarap.
5. Tidak tidur menghadap ke kiri
Tidur menghadap ke arah kiri juga adalah tidak digalakkan di dalam Islam dan ia juga tidak bagus dari sisi kesihatan kerana ia boleh membahayakan organ penting di dalam tubuh kita iaitu jantung. Ini boleh terjadi kerana apabila paru-paru sebelah kanan menghempap dan menekan jantung sekaligus ia menjadi punca kematian.
6. Tidur dalam keadaan gelap
Cara tidur Rasulullah SAW adalah selalu di dalam keadaan yang gelap.
“Padamkanlah lampu saat akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat rapat bejana bejana dan tutuplah makanan dan minuman. sabda Rasulullah SAW [Mutafaqun ‘alaih].
Malah dengan kaedah tidur dalam gelap ini juga baik dalam isu kesihatan kerana ia dapat membantu meningkatkan kadar imun tubuh. Tidur di dalam gelap dapat membentuk hormon melatonin yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi tubuh dari radikal bebas.
7. Elak tidur terlentang
Tidur di dalam keadaan terlentang sebenar juga berisiko untuk kesihatan yang mana ia akan memberatkan tulang belakang kerana seluruh organ di dalam akan menghempap tulang belakang.
Menurut Dr. Zafir al-Aftar, tidur di dalam posisi terlentang akan membuatkan seseorang itu bernafas menggunakan mulutnya, sekaligus menghasilkan bunyi dengkur yang mana berlaku akibat masalah pernafasan apabila tidur di dalam posisi ini. Malah, mulut juga akan menjadi kering sehinggakan menyebabkan masalah gusi dan kuman.
8. Luruskan punggung dan bengkokkan sedikit kaki
Posisi tidur yang betul dalam Islam seterusnya adalah dengan meluruskan punggung sambil sedikit membengkokkan kaki. Ini kerana ia dapat membuatkan anggota tubuh lebih relaks. Dengan cara ini, otot perut akan relaks sekaligus membuatkan anda rasa segar setelah bangun pagi kerana tubuh mendapatkan tidur yang optimum.
9. Tidur selepas solat Isyak
Rasulullah SAW mengesyorkan untuk umat Islam tidur cepat selepas solat Isyak. Dari sisi agama, ia akan membuatkan seseorang itu untuk bangun lebih awal supaya dapat melakukan ibadah seperti solat Tahajud. Manakala dari segi kesihatan, tidur awal akan membuatkan organ jantung untuk berehat dengan lebih optimum kerana jantung kita tidak pernah henti bekerja.
10. Wuduk sebelum tidur
Mengambil wuduk sebelum tidur adalah satu amalan yang sangat digalakkan menurut Islam kerana ibadah itu sendiri adalah pahala, serta dari segi kesihatan ia dapat mencegah kuman padapermukaan kulit. Ia juga dapat membersihkan segala kuman pada hidung dan sekitar wajah yan sekaligus boleh menyebabkan penyakit.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710).
11. Tidak digalakkan untuk telanjang
Cara tidur yang betul dalam Islam juga tidak menyarankan untuk tidur dalam posisi telanjang atau tidak memakan sehelai pakaian sekalipun seperti yang tertulis dalam sebuah hadis.
“Tidak diperbolehkan tidur hanya dengan memakai selimut, tanpa memakai busana apa-apa”. (HR. Muslim).
12. Tidak tidur terlalu lama
Kebiasaan waktu tidur dari Rasulullah SAW adalah selalu tidur tidak melebihi batas dari waktu tidur yang diperlukan iaitu 6 ke 8 jam dan juga tidak menahan diri untuk berehat.
Rasulullah SAW juga selalu tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam untuk mengerjakan solat sunat.
13. Meletakkan kaki pada atas kaki lain
Posisi tidur dengan keadaan terlentang serta satu kaki diletakkan pada kaki lainnya juga boleh diamalkan seperti yang dilakukan Rasulullah SAW. Rasulullah sesekali tidur dengan posisi terlentang dengan meletakkan salah satu kakinya berada di atas kaki yang lain.
14. Elakkan posisi di mana sebahagian tubuh terdedah pada cahaya matahari
Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata jika Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang diantara kalian berada di bawah matahari, kemudian bayangan beringsut darinya sehingga sebagian tubuhnya berada di bawah matahari dan sebagiannya lagi terlindung bayangan, maka hendaklah dia berdiri (maksudnya tidak tetap berada di tempat tersebut)”
15. Memusingkan tubuh sambil berdoa
Disunatkan juga pada ketika tidur dan ingin memusingkan tubuh dari satu sisi ke sisi yang lain untuk mengucapkan doa, “aa ilaha illallahu waahidulqahhaaru rabbussamaawaati wal ardhi wa maa baynahumaa ‘aziizulghaffaru.”
16. Memakai celak
Memakai celak mata sewaktu tidur juga sangat digalakkan.
Hadis Ibnu Umar, “Bahwasanya Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum beliau hendak tidur malam, beliau sholallahu ‘alaihi wassalam memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan.” (HR. Ibnu Majah No. 3497)
17. Mengibaskan tempat tidur
Yang terakhir sekali adalah mengibaskan tempat tidur atau membersihkan tempat tidur dari kotoran sebelum tidur. Ianya cara tidur betul dalam Islam.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan ‘bismillah’, karena ia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya tadi.” (HR. Al Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, At-Tirmidzi No. 3401 dan Abu Dawud No. 5050)
Semoga artikel ini bermanfaat buat umat Islam di luar sana.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Waktu Siang, Ini 9 Akibat Jika Anda Mengabaikannya!
Baca juga: Ibu, Pastikan Anda Tidur Secara Mengiring Agar Kandungan Sentiasa Kekal Selamat & Sihat
Baca juga: Latih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia Satu Bulan, 5 Cara Mudah Ibu Boleh Cuba Sekarang!