Memang bahaya bila timbulnya perasaan cemburu buta pada pasangan sama ada suami atau isteri.
Ini kerana ia boleh menyebabkan pertelingkahan, salah faham, pergaduhan mahupun pembunuhan!
Seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki tekad menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang lagi di sebuah pusat belah belah di Bangkok Thailand.
Kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang (waktu tempatan) di mana seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah klinik kecantikan di Century The Movie Plaza yang berhampiran dengan Victory Monument di Daerah Ratchadewi.
Semasa kejadian lelaki itu melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah bekas isterinya yang berumur 28 tahun.
Seorang lagi wanita yang berusia 31 tahun yang berada dalam klinik berkenaan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital berdekatan.
Alasan cemburu buta sampai sanggup tembak bekas isteri
Sementara itu, menurut Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Leftenan Jeneral Pakkapong Pongpetra berkata lelaki bersenjata itu dan bekas isterinya telah berkahwin selama 10 tahun dan memiliki seorang anak.
Malah mereka juga dipercayai telah berpisah sejak 13 Februari yang lalu.
Menurut Pegawai Polis itu, motif pembunuhan adalah kerana cemburu buta dan masalah peribadi yang dialami pasangan itu.
Tanda-tanda suami cemburu buta
Ini adalah beberapa tanda yang dapat anda lihat pada seseorang lelaki yang cemburu terhadap wanita yang dicintai.
Apapun, jika keadaan ini semakin parah, sila bawa mereka pergi berjumpa doktor psikiatri kerana mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya atau mungkin dia sedang dilanda kesusahan.
#1. Berpura tidak peduli
Kredit: Baitul Jannah
Apabila dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah. Tapi sebenarnya dia hanya sekadar berpura-pura di hadapan anda.
Bahkan, dia bertindak dengan berkelakuan lain dari biasa seperti tidak mempedulikan anda atau membangkitkan pergaduhan secara tiba-tiba.
Itu jelas terpancar yang si dia sedang dilanda cemburu. Jadi hati-hati ya!
#2. Selalu bad mood
Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki, anda dapat melihat si dia terlalu diam atau bertindak pelik.
Atau mungkin dia menjadi sangat pemarah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal.
Bad mood yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang si dia dalam keadaan cemburu.
#3. Merenung tajam
Tidak kira di mana sahaja berada, anda boleh merasakan yang si dia memerhatikan anda dengan sangat terperinci.
Ia seolah-olah si dia sedang memeriksa perilaku anda bersama orang lain terutamanya dengan lelaki lai.
#4. Tak suka orang lain puji kecantikan isteri
Selain itu, dia tidak suka orang lain memuji kecantikan isterinya hingga naik berang dan marah-marah.
Walhal sepatutnya dia gembira dan bersyukur kerana mendapat seorang isteri yang cantik, lemah lembut dan baik orangnya. Hmm…pelik kan?
#5. Kuat mengongkong
Selalu tak suami bertanya di mana anda berada dan dengan siapa?
Paling tidak dia menganggu sesi girls outing anda bersama sahabat perempuan yang lain.
Jika ini belaku, itu adalah petanda besar yang suami seorang kaki cemburu dan isteri kenalah lebih berhati-hati dengan tindak tanduk anda.
Selain itu, kalau boleh jauhkan perkara yang suami tak suka jika tak mahu dimarahi dan sebagainya.
#6. Tak suka anda berkongsi perihal seseorang
Ini paling ketara apabila dia kelihatan kurang gembira dan tidak selesa bila isterinya menceritakan perihal orang lain yang mungkin dia sendiri tak kenal.
Terutama kalau anda puji lelaki lain tidak kira rakan sepejabat, artis popular atau kawan baik sekalipun. Haish memang parah ni!
#7. Cepat marah
Pendek kata apa saja yang anda ingin lakukan semuanya serba tak kena di pandangan mata mereka. Meskipun tiada apa pun salah yang anda buat.
Itu maksudnya suami kuat cemburu dan isteri kena pandai memainkan peranan anda semasa ini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comsuami-cemburu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!