Cerita pengalaman awal mengandung setiap wanita adalah berbeza. Apatah lagi kalau kehamilan ini merupakan kali pertama buat bakal-bakal ibu di luar sana.
Pastinya anda akan berasa sangat teruja, gembira dan tentunya akan ada sedikit perasaan gementar untuk melaluinya.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis tanda atau simptom yang menunjukkan seseorang itu sedang hamil. Selalunya tanda-tanda kehamilan yang paling ketara adalah tidak datang haid, mengalami kekejangan di bahagian perut dan pendarahan implantasi.
Seperti perkongsian oleh wanita ini mengenai pengalaman pertamanya mengalami simptom-simptom awal kehamilan.
Wanita kongsi cerita pengalaman mengandung anak pertama
Melalui coretan di laman blognya, Emilinda berkongsi cerita pengalaman mengandung anak pertama.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, dia mula perasan apabila tiba waktu malam sahaja, badannya pasti berasa panas dan berangin. Tetapi diabaikan perasaannya itu kerana disangkakan terjadi atas sebab faktor umur.
“Sebelum balik kampung saya dah perasan asal malam je badan saya jadi panas-panas dan berangin. Then masa kat kampung, eh makin menjadi-jadi pulak simptom tu. Start rasa cramp macam nak period, tapi tak jugak periodnya. Angin makin kuat, asyik nak kentut aje. Badan pun duk rasa panas waktu malam.”
Disebabkan simptom-simptom ini, suaminya mencari maklumat di laman Google, dan hasil cariannya itu mirip dengan simptom awal kehamilan.
Tetapi disebabkan rasa cramp seolah ingin period dan memang waktu itu sudah dekat dengan period cycle, Emilinda mengabaikannya sahaja.
“Balik Kuala Lumpur, esoknya saya terpaksa ambil unplanned leave sebab tak larat sangat malam sebelumnya tu saya rasa cramp yang terlampau kuat sampai tak boleh nak tidur. Macam cramp first day period tu. Tapi tak jugak bleeding. Selalunya kalau dah cramp kuat macam tu memang dah start bleeding dah.”
Pengalaman mengandung kali pertama: alami demam dan pedih tekak
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk melakukan ujian UPT. Untuk makluman anda, jika ingin membuat ujian UPT, waktu terbaik adalah pada waktu pagi dengan menggunakan air kencing yang pertama.
“Alhamdulillah di minggu ke-4, nampak double line. Mula-mula confuse jugak sebab first time buat UPT kan. Tapi bila tunggu kejap, line dia makin jelas. So of course we’re happy.”
Selain membuat ujian UPT di rumah, Emilinda turut melakukannya di klinik swasta kerana kebetulan pada waktu tersebut dia demam dan pedih tekak.
Hasil ujian tersebut, dia disahkan hamil dan doktor memaklumkan usia kandungan itu sudah memasuki 5 minggu. Pada minggu ke-5 ini, cramp di bahagian perut yang dialaminya itu sudah semakin berkurang dan suhu badannya pula masih lagi panas pada waktu malam.
“Masuk je minggu ke-6 barulah start rasa loya, tapi tak kuat sangat. Bau bahan basah terutama ikan memang tak boleh. Masa ni cepat rasa penat dan mengantuk, bahagian kaki hingga pinggul selalu rasa lenguh. Kadang-kadang rasa ngilu di bahagian bawah abdomen.
Tapi as long as takde bleeding, saya rasa lenguh-lenguh tu masih normal. Loya-loya tu berterusan sampai la habis trimester pertama. In fact, masa trimester kedua pun masih loya dan muntah. Tapi alhamdulillah, masa trimester pertama takde pulak pening-pening.”
Pengambilan asid folik amat penting semasa awal kehamilan
Untuk makluman ibu, asid folik sangat penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak.
Justeru amat penting ibu hamil disaran mengamalkannya bagi memastikan perkembangan janin yang sihat dan sempurna.
Malah, ianya juga dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang. Emilinda juga memberitahu yang dirinya turut mengambil Asid Folik ini.
“Awal trimester pertama saya memang makan folic acid je, takde vitamin tambahan yang lain. Bila dah start buka buku pink kat Klinik Kesihatan, barulah saya makan vitamin yang nurse bagi – folic acid, vitamin C, iron tablet, B-complex. Kebiasaannya vitamin ni semua saya amalkan sebelum tidur.”
Dari segi perubahan secara fizikal, takde beza sangat pun. Mungkin sebab saya ni kecil orangnya, so baby bump tak nampak sangat masa trimester pertama. In fact masih boleh pakai t-shirt & jeans macam biasa.
Cuma muka jela break out teruk. Pernah sekali tu naik jerawat besar kat pipi dan dahi. Lepas tu kat badan pun start naik bintik-bintik.
Bila ke klinik, doktor cakap infection dari rambut. Kiranya hujung-hujung rambut tu mungkin ada bakteria, then bila kena muka dan badan dia jadi naik bintik-bintik.”
Menurutnya juga, sejak mengandung dia tidak mengidam apa-apa kerana tidak mempunyai selera makan. Tetapi walaupun kurang selera makan nasi, Emilinda perbanyakkan makan buah-buahan dan amalkan makan buah delima.
Bagi mengurangkan rasa mual pula, suaminya selalu membuatkan air hirisan halia + lemon. Untuk hilangkan sakit belakang dan lenguh-lenguh badan, ketika tidur Emilinda menggunakan bantal yang berbentuk U untuk berasa lebih selesa.
Semoga perkongsian pengalaman awal mengandung wanita ini dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat buat anda semua!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengganti Gula Selamat Untuk Ibu Hamil Jika Diambil Sederhana, 6 Pengganti Gula Ini Boleh Dicuba Ibu
Baca juga: 6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!
Baca juga: Waspada Bila Ibu Mengandung Demam Panas, Boleh Bahayakan Janin Dalam Kandungan