Keluarga Terkejut Nampak Wanita Rambut Menggerbang Dalam Foto Dirakam Semasa Rumah Terbuka!

Naik juga bulu roma bila lihat gambar yang dikatakan ada imej penampakan makhlus halus..errr seramnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya musim perayaan, sudah tentu ia disemarakkan lagi dengan jamuan rumah terbuka dari sahabat atau saudara mara.

Namun, dalam meraikannya, ada satu cerita seram benar terjadi apabila adanya imej penampakan makhluk yang tidak diundang dalam gambar yang dikongsikan oleh wanita ini.

Imej yang tak diundang itu memang boleh dilihat oleh anda melalui foto ini. Takut tak?  Elok-elok ya baca artikel ini jangan sampai terkucil. Hihi.

Cerita seram benar terjadi di jamuan rumah terbuka Hari Raya 

Semasa kejadian, wanita berkenaan, Ramlah Kassim, 41 mengadakan rumah terbuka di Negeri Sembilan sambil mengajak saudara mara dan teman rapat datang ziarah menzirahi. 

Namun dalam sekeping foto yang dirakam terdapat imej makluk ghaib dengan rambut yang serabai macam Filem Hantu Kak Limah!

Ketika semua orang sedang menikmati hidangan yang disediakan, ada tetamu yang sibuk mengambil gambar yang dipenuhi orang, namun tak sangka kejadian cerita seram benar terjadi.

Selepas berkongsi imej tersebut dalam whatsApp, kakaknya meminta beliau keluar seketika untuk bersembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, kakaknya menunjukkan gambar yang diambil oleh anak saudaranya dan terkejut apabila melihat ada imej seorang wanita dengan rambut besar yang sedang duduk berhampirannya, kakak dan anaknya.

Sebaik saja semua pulang, mereka berdua memberitahu anggota keluarga yang lain dan memeriksa gambar tersebut lantas terkejut kerana wanita dalam imej itu duduk di antara bekas biskut raya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang gangguaan mistik berlaku pada mereka dan tetamu yang diundang. Meskipun banyak spekulasi yang tersebar seperti ada yang berniat jahat "menghantarnya" dan tak kurang juga yang memberi komen lucu.

Tips menjemput orang ke rumah terbuka 

Kredit: Blog Tourism Gov. My

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# Semasa berkunjung ke rumah orang untuk jemputan  pen house, pastikan anda membetulkan niat terlebih dahulu di mana berniat untuk datang menziarahi dan bermaaf-maafan. Bukan untuk makan semata-mata, kerana melakukan rumah terbuka memerlukan kos tertentu.

# Pastikan anda datang pada waktu yang sesuai, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Melainkan tuan rumah tidak kisah datang pukul berapa jadi ia terpulang kepada anda.

# Jangan sibuk membawang dengan tetamu lain. Jika ada pihak yang mengajak atau memulakan sesi membawang, anda boleh mohon undur diri seperti meminta ke bilik air atau dapur.

# Pastikan pakaian yang dipakai menutup aurat dan menjaga tingkah laku kita supaya tidak nampak yang tidak senonoh di mata tuan rumah. Malah ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menegur atau melarang anak-anak yang berpelakuan tidak baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# Jangan makan berlebihan atau meletakkan makanan terlalu banyak dalam pinggan dan ingat kembali niat anda datang ke jemputan rumah terbuka itu adalah bagi menziarahi dan bukannya untuk makan sahaja.

Justeru, sebaiknya semasa melakukan rumah terbuka, tuan rumah melakukan bacaan doa terlebih dahulu, menjalankan sesi menziarahi itu pada waktu yang sesuai, tidak melengahkan waktu solat atau minta tetamu supaya tidak berkunjung semasa waktu Maghrib kerana masa itu dikatakan banyak makhlus halus sedang berkeliaran. 

[tap-poll id=] 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: World Of Buzz, Rizal Rashid

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan