Dengan pengumuman kerajaan membenarkan mereka yang dilengkapi dua dos vaksinasi Covid-19 boleh menjalankan pelbagai aktiviti, pastinya akan ada yang merancang untuk melawat keluarga terdekat lagi-lagi ibu yang baru bersalin. Keterujaan melawat bayi baru lahir pasti dirasai setiap orang. Namun begitu, anda harus ingat kita masih perlu menjaga sop ketika melawat.
Mungkin sesetengah perkara kita sudah terbiasa buat, oleh itu, perubahan norma baharu perlu diterapkan untuk menjaga kesihatan bayi dan ibu. Kerana pada peringkat ini daya ketahanan bayi baru lahir masih lagi lemah, kadar jangkitan terhadap badan sangat tinggi. Anda harus menjaga perasaan dan emosi ibu tersebut.
Anda sebagai tetamu yang melawat perlu ingatkan diri sendiri supaya menjaga adab melawat bayi baru lahir.
12 Peraturan & Adab Melawat Bayi Baru Lahir
1. Beritahu awal sebelum melawat bayi baru lahir
Anda perlu tahu ketika lawatan ini tak sama seperti anda melawat ibu yang sedang atau masih mengandung.
Ini kerana, ibu dalam berpantang mereka perlu berehat dan menjaga bayi mereka. Jadi, sebelum datang melawat, sebaiknya anda memberitahu terlebih awal. Dari situ, ibu tersebut akan lebih bersedia.
2. Tepat pada masa
Peraturan kedua untuk melawat bayi baru lahir ini adalah tepati masa. Ibu dalam pantang memerlukan tidur dan rehat yang cukup.
Jadi untuk anda yang ingin melawat sebaiknya datang tepat pada masa yang dijanjikan. Jangan terlalu awal atau terlalu lambat.
3. Jangan duduk terlalu lama semasa melawat bayi baru lahir
Kredit: mentatdgt/Pexels
Apabila melawat, jangan duduk bersembang dan berborak dengan ibu tersebut terlalu lama kerana ini menyebabkan ibu berasa letih.
Tapi kalau ibu tersebut meminta anda duduk dengan lebih lama, itu tak mengapa.
Lagi-lagi sekarang pandemik, jadi jika boleh tetapkan masa berjumpa ibu baru dan bayi sejam atau dua sahaja.
4. Bawa hadiah
Ketika datang melawat, bawalah bersama pakej baju bayi atau hadiah sebagai cenderahati dan ucapkan tahniah di atas kelahiran bayinya itu.
Malah, ibu tersebut rasa lebih seronok dengan penghargaan daripada anda itu. Tidak semestinya anda perlu bawa barangan bayi, makanan atau keperluan berpantang untuk si ibu pun amat dihargai.
Mungkin ramai tidak tahu, sebenarnya hadiah paling ibu baru suka adalah lampin, set mandian bayi serta baju romper comel!
5. Cuci tangan dengan bersih
Kredit: Pexels
Ketika melawat bayi baru lahir, seharusnya anda peka untuk cuci tangan terlebih dahulu sehingga bersih.
Ini kerana, bayi baru lahir sistem imun badannya belum sempurna jadi kulit mereka senang dijangkiti penyakit yang datang dari pelawat.
Selain itu, pastikan anda juga memakai hand sanitizer sebelum masuk ke rumah mereka.
6. Minta izin untuk pegang baby
Sebelum anda ingin pegang baby tersebut, sebaiknya bertanyakan dulu pada ibunya. Kemudian, lihat pada bahasa tubuh, sekiranya macam ‘tak suka’ anda pegang, lebih baik jangan. Ok?
7. Jangan cium bayi tanpa izin!
Ini yang paling kami ingin tekankan. Bila melawat bayi baru lahir, jangan cium kulit pipinya lagi. Ini kerana sistem imun badannya masih di peringkat awal.
Seperti yang diberitakan sekarang, banyak sangat kes di mana bayi meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang terjadi akibat bayi dicium.
8. Tawarkan bantuan
Jika anda merupakan kenalan terdekat ibu tersebut, tidak salah jika anda menawarkan bantuan dan ibu itu pun tak ragu-ragu untuk menerima bantuan daripada anda.
Bantuan kecil seperti mandikan bayi, memakai pakaian atau berikan susu (jika susu di pam ke botol) pun sudah cukup memadai.
9. Jangan jadi HERO
Situasi seperti sekiranya anda mendukung bayi, tiba-tiba si kecil itu menangis. Segera pulangkan pada ibunya. Jangan jadi hero untuk mencuba diamkan bayi dari menangis. Biar ibunya yang buat.
10. Cakap ‘no’ jika ibu tanyakan adakah anda inginkan sesuatu
Apabila ada tetamu datang ke rumah sudah tentu kita hidangkan makanan atau minuman. Tapi anda perlu faham, si ibu masih dalam berpantang dan tak larat untuk sediakan makanan untuk anda.
Jadi jika dia bertanyakan sama ada anda ingin sesuatu cakap sahaja ‘NO’ atau tak perlu. Anda boleh saja makan dan minum di luar nanti selepas melawat.
11. Jangan biarkan anak anda yang tak sihat dekat dengan bayi
Jika anda membawa sekali anak yang tak sihat seperti demam atau batuk-batuk, minta dia jauh daripada bayi yang baru lahir itu. Bimbang sekiranya berjangkit. Ibu tersebut pun akan rasa lebih selesa.
12. Jangan beri nasihat jika tak diperlukan
Yalah, bila kita melawat orang. ada kalanya kita terlupa dengan bertanyakan banyak soalan. Ada kalanya mungkin ia menyinggung perasaan si ibu. Cukup sekadar bertanyakan khabar ibu dan bayi tersebut.
Itu sudah memadai. Tapi kalau ibu meminta apa-apa nasihat, barulah anda boleh kongsi pandangan dengannya.
Jenis Jenis Soalan Yang Anda Boleh Tanya & Tidak Boleh Tanya Semasa Melawat Bayi Baru Lahir
Pasti kita akan teruja apabila mendengar berita tentang kehadiran orang baru terutama bayi baru lahir. Ziarah menziarahi dan melawat bayi baru lahir sudah menjadi amalan masyarakat kita. Tidak hairanlah jika akan ada orang datang melawat bayi di rumah. Walaubagaimana pun, terdapat adab perlu dititikberatkan ketika datang melawat bayi baru lahir.
Berikut merupakan jenis soalan yang anda boleh tanya ketika melawat bayi baru lahir:
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
Sebagai contoh, jika ingin menegur sampaikan dengan cara yang bersopan dan berhemah untuk ketika memberikan nasihat supaya ibu boleh menerima nasihat yang disampaikan. Contoh nasihat mestilah bertujuan untuk memperbaiki kesilapan bukan bertujuan untuk menghina sehingga menyebabkan emosi ibu yang sedang berpantang terganggu.
- Memberi layanan mesra dan menunjukkan muka yang manis
Semasa datang melawat, bawa hadiah atau buah tangan sebagai cenderahati dan ucapan tahniah di atas kelahiran bayinya. Ini dapat memberi kegembiraan kepada ibu.
Perkara paling utama ialah bertanyakan khabar dahulu, adakah ibu sihat, bayinya sihat. Mendengar ibu cerita pengenai pengalamannya. Kurangkan dari bercakap berkara yang sensitif.
Jangan la anda menegur keadaan rumahnya selepas kelahiran, mungkin rumah akan sedikit bersepah dan tidak teratur. Tidak salah kalau anda membantu sedikit.
Walaubagaimana pun, elakkan daripada bertanyakan soalan yang boleh menguris hati ibu. Pastikan anda menjaga adab ketika menziarah bercakap perkara yang baik dan tidak menyakitkan hati sesiapa yang boleh menganggu emosi ibu yang sedang berpantang.
Pastikan anda menelefon terlebih dahulu sebelum datang. Jangan datang pada waktu malam atau senja. Pilih masa yang sesuai untuk datang melawat.
Elak Lakukan 5 Perkara Ini Semasa Melawat Bayi Baru Lahir
Berikut adalah pantang larang yang perlu dielakkan semasa melayan bayi baru lahir:
#1. Jangan cium atau peluk bayi
Bayi baru lahir sangat sensitif terhadap keadaan sekeliling. Bayi mudah dijangkiti kerana sistem immunisasi badannya belum matang. Oleh itu, jangan suka hati memegang dan cium bayi tanpa kebenaran ibunya.
#2. Menegur sifat fizikal bayi
Jangan tegur sifat fizikal bayi di hadapan ibunya. Sekiranya anda terlihat mata bayi juling itu adalah normal bagi bayi baru lahir. Jangan menegur jika ada kekurangan risau ibunya tersinggung.
#3. Jangan beri nasihat yang tidak perlu
Ini mudah mengganggu emosi ibu tersebut. Ibu yang baru lahir biasanya lebih memerlukan sokongan moral dan mental. Jika ada yang datang melawat itu sudah memadai. Berikan ibu berehat, jika dia bertanyakan tips barulah bagi.
#4. Jangan buat bising
Jika bayi sedang tidur ketika anda datang melawat. Jangan buat berborak dengan kuat, jaga suara atau tingkah laku yang tidak membuatkan bayi terjaga. Sesetengah ibu terpaksa mengambil masa yang lama untuk menidurkan bayi. Jaga adab anda ketika datang melawat, jangan menyusahkan pula ibu yang sedang berpantang.
#5. Jangan merokok
Adakah anda seorang perokok? Elak berjumpa dengan bayi baru lahir lepas anda merokok kerana asap rokok sangat bahaya. Asap rokok boleh menjejaskan kesihtan bayi. Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk mendapat jangkitan paru-paru yang boleh menyebabkan kematian.
Adab di Norma Baharu
Ingat ya, ibu-ibu baru sangat faham anda ingin berjumpa dengan ahli keluarga baru mereka namun pada masa yang sama jika mereka menolak kedatangan anda, janganlah pula anda terasa! Mereka pasti sangat risau lagi-lagi dengan keadaan sekarang.
Mereka juga baru sahaja keluar daripada hospital, jadi pastikan anda juga mengambil langkah untuk melindungi diri sendiri. Sebelum melawat bayi baru lahir pastikan anda telah melakukan rapid test untuk elakkan kecelakaan.
Semasa melawat, tak salah jika anda terus memakai topeng muka bagi memastikan bayi baru lahir sentiasa selamat. Jika anda membawa anak kecil, pastikan mereka ikut adab ini dan cuba elak mereka memegang bayi.
Memandangkan keadaan sekarang sudah melangkah ke fasa peralihan endemik, jangan anda leka dan tidak mengambil berat dengan perubahan ini.
Berikut adalah langkah yang perlu anda beri perhatian sebelum anda ingat melawat bayi baru lahir:
Pasti teruja dan tidak sabar jika mendengar kelahiran bayi, pastinya anda mahu melihat si manja itu. Periksa kesihatan anda terlebih dahulu jika mahu melawat bayi baru lahir di rumah. Jika anda berasa tidak sihat, batalkan niat anda. Seeloknya buat rapid test sebelum menziarah.
- Telefon dahulu sebelum datang
Telefon dahulu jika anda ingin datang melawat. Jangan datang sesuka hati. Pastikan anda beritahu masa bila untuk anda datang. Ini mudah untuk ibu membuat persiapan untuk menerima kunjungan anda nanti.
Jika tidak dibenarkan melawat, sabar. Jangan bercakap macam-macam. Hormati keputusan mereka, bersikap terbuka dan berfikir keadaan ibu. Keadaan sekarang, pasti ibu juga risaukan keaadaan bayinya. Apa-apa pun terima keputusan ibu dengan hati terbuka jangan salah sangka pula yaa.
Semoga bermanfaat.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!