Dalam mengatasi pandemik Covid-19, masyarakat Malaysia diwajibkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, Cleverin Japan mengeluarkan beberapa produk terbukti dapat menghilangkan sehingga 99 peratus virus bakteria dan udara dengan memanfaatkan kekuatan Klorin Dioksida atau Clo2.
Perkara paling utama adalah sentiasa mempraktikkan langkah berjaga-jaga melindungi diri dan keluarga bukan sahaja dari Coronavirus, tetapi kuman berbahaya lain yang boleh menjejaskan kesihatan diri.
Keluaran produk anti-virus dari Cleverin Japan
foto: freepik
Rutin harian seperti memakai topeng pelitup muka, menjaga kebersihan dan penjarakan sosial telah menjadi kebiasaan tahun 2021 ini. Meskipun ia terbukti bermanfaat dalam melindungi diri, masih ada banyak cara lebih lengkap bagi memastikan tahap perlindungan secara optimum berdasarkan bukti saintifik.
Justeru sebuah syarikat Jepun, Taiko Pharmaceutical dengan memiliki pengalaman dan kepakaran lebih 70 tahun telah terbukti dapat melindungi berjuta-juta orang di seluruh dunia melalui produk nyahkuman di udara.
Kini rakyat Malaysia boleh menikmati produk unik ini dalam pasaran tempatan.
”Kami yakin bahawa Cleverin dapat memenuhi keperluan seluruh isi rumah di Malaysia pada masa kini sebagai pembasmi kuman, sterilisasi, penghilang bau dan penghapus virus.”
”Hal ini kerana ia adalah produk yang terlaris di negara Jepun, di mana satu produk Cleverin ini berjaya dijual setiap 5 saat. Faktor-faktor ini telah membuktikan bahawa Cleverin mendapat tempat di hati pengguna, disokong oleh sains dan penyelidikan yang luas.” jelas Naib Presiden Kanan Perniagaan Luar Negara Taiko Pharmaceutical Co., Mitsuhiro Yamashita.
Tambahnya lagi, sejumlah besar hasil penyelidikan dan ujian ilmiah telah berjaya menunjukkan keberkesanan Klorin Dioksida yang mampu melawan virus, bakteria dan patogen di udara.
Keluaran unik dengan penggunaan Klorin Dioksida yang selamat untuk seisi keluarga
Setakat ini ada dua produk teras Cleverin disediakan untuk pasaran Malaysia. Yang pertama ialah Cleverin Gel. Ia sangat sesuai sekiranya digunakan di bilik atau ruang tertutup tanpa penggunaan bekalan kuasa.
Cleverin Gel ini dicipta dalam dua saiz iaitu 60 gram (RM58), mampu membasmi kuman di bilik tidur sehingga 13 meter persegi dan tahan sehingga sebulan. Manakala saiz 150 gram (RM98) sangat sesuai untuk bilik sehingga 20 meter persegi. Ia tahan sehingga dua bulan.
Seterusnya ialah Cleverin Stick Pen Type. Ia dicipta untuk menjadi peranti mudah alih yang dapat digunakan di mana sahaja anda berada. Bahkan di poket baju bagi menghilangkan virus dan bakteria dalam udara di sekitarnya.
Cleverin Stick Pen ini boleh didapati dalam satu pek. Harganya sangat mampu milik iaitu RM49 sahaja, disertakan bersama dua isian semula (setiap isian mampu bertahan sekitar tempoh dua minggu). Terdapat juga bungkusan isian semula (RM48) yang masing-masing mengandungi enam pek isian semula.
Cleverin Gel dan Cleverin Stick Pen mudah digunakan di mana sahaja, tidak kira rumah, pejabat, sekolah, hospital ataupun restoran kesukaan anda. Kini, rangkaian Cleverin boleh didapati secara dalam talian iaitu Lazada dan Shopee.
Terbukti berkesan berdasarkan ujian keselamatan
Menerusi laporan oleh syarikat Taiko Pharmaceutical menjelaskan mekanisme di mana molekul Klorin Dioksida menghalang jangkitan oleh virus Covid-19 dalam tubuh manusia. Ia telah diterbitkan dalam jurnal akademik Inggeris, Annals of Pharmacology and Pharmaceutics di bawah tajuk ‘Inhibition of the Binding of Spike Protein of SARS Cov 2 Coronavirus to Human Angiotensin Converting Enzyme 2 by Chloride Dioxide.
Cleverin Japan juga terbukti selamat dan berkesan. Semua produk terhasil menggunakan bahan yang telah lulus prosedur dan ujian keselamatan ketat di Jepun serta seluruh dunia.
Ibu ayah juga tidak perlu risau kerana produk Cleverin tidak beracun, ia selamat digunakan oleh kanak-kanak, haiwan peliharaan dan warga emas. Keselamatan dan keberkesanan produk ini turut mendapat sokongan dari klinik, pihak profesional kesihatan dan kerajaan.
Seterusnya, ia memberikan kredibiliti keaslian Cleverin dalam kalangan pengguna. Syarikat Taiko juga merancang untuk memperluaskan pengedaran ke seluruh kedai runcit pada tahun ini.
Kredit foto: freepik & running with passion
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: (Video) Bagaimana Batuk Boleh Menyebarkan Covid-19 Di Pasaraya & Bertahan Di Udara
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!