Makan Coklat Ketika Mengandung, Ia Mampu Membuatkan Ibu & Bayi Rasa Bahagia

Coklat antara snek atau kudapan sering menjadi pilihan ibu mengandung. Ia dikatakan mampu meredakan stres dan meningkatkan metabolisme

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain makanan yang masam, ada sesetengah ibu mengandung amat menyukai makanan manis seperti coklat, aiskrim mahupun puding. Ia adalah keinginan yang agak populor semasa kehamilan.

Semua jenis coklat (susu, gelap dan putih) adalah selamat dimakan pada awal kehamilan, secara sederhana. Namun tahukah anda bahawa pengambilan coklat memberikan manfaat tersendiri terhadap ibu dan bayi dalam kandungan? 

Makan coklat ketika hamil

Dalam masyarakat Melayu, ibu mengandung yang suka makanan manis memiliki kebarangkalian yang agak tinggi menimang bayi perempuan.

Walau bagaimanapun jangan terlalu berharap, untuk memastikannya adalah lebih baik anda melakukan imbasan terlebih dahulu. Jika ibu suka makan coklat, ada beberapa manfaat yang baik untuk diri dan bayi dalam kandungan iaitu:

#1. Bayi yang lebih bahagia

Menurut kajian yang dijalankan di Finland, wanita yang makan coklat semasa mengandung melaporkan mempunyai bayi yang lebih lincah dan ceria.

Selain itu kajian yang dilakukan pada 300 ibu hamil mendapati mereka yang mengambil coklat setiap hari mempunyai anak dengan perangai yang lebih positif selepas beberapa bulan dilahirkan.

#2. Membantu mengurangkan tekanan

Memandangkan hormon anda sering berubah-ubah selama sembilan bulan ini, ia boleh menjadi sangat tertekan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Coklat boleh membantu dalam menurunkan tahap tekanan anda, kata penyelidikan. Kajian juga mendapati bahawa makan coklat hitam setiap hari mengurangkan tahap tekanan dengan ketara.

#3. Mengurangkan risiko keguguran

Walaupun tiada satu ubat yang boleh anda ikuti untuk mengelakkan keguguran. Tetapi didapati bahawa wanita hamil yang makan coklat setiap hari mempunyai 20 peratus kurang peluang untuk mengalami keguguran semasa trimester pertama.

#4. Membantu mengekalkan berat badan anda

Sekeping coklat boleh membantu mengekalkan peningkatan berat badan yang normal ketika mengandung. Katakan ya kepada coklat gelap, untuk mengekalkan penambahan berat badan yang sihat dan menurunkan tahap kolesterol.

#5. Mengurangkan kemungkinan preeklampsia

Salah satu kajian terbaru melaporkan bahawa pengambilan coklat setiap hari boleh mengurangkan risiko preeklampsia (tekanan darah tinggi) yang menjadi punca kelahiran pramatang, sawan, darah beku dan juga kematian. Mengambil coklat mengurangkan risiko preeklampsia sebanyak 50 peratus.

#6. Perkembangan janin yang lebih baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita yang mengambil coklat setiap hari semasa kehamilan mereka mempunyai pertumbuhan plasenta dan janin yang lebih baik, kata beberapa kajian.

Dalam kajian 2016 ke atas dua kumpulan wanita hamil, peserta mengambil 30 gram coklat setiap hari selama 12 minggu. Kedua-dua kumpulan – satu mengambil flavonol rendah dan satu mengambil coklat flavanol tinggi – menunjukkan peningkatan aliran darah kepada janin pada ultrasound mereka.

Berapa banyak coklat yang boleh dimakan semasa hamil?

Coklat hendaklah dihadkan kepada jumlah yang kecil. Kira-kira 20g (0.7oz) sehari sepatutnya OK.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Coklat gelap adalah lebih baik kerana ia mengandungi sedikit kalori dan gula.

Berapa banyak coklat yang boleh anda makan dengan selamat bergantung pada jumlah kafein yang terkandung di dalamnya. Wanita hamil harus mengehadkan pengambilan kafein harian mereka kepada tidak lebih daripada 200mg (sumber: NHS).

Jenis coklat perlu dielakkan ketika mengandung

Selain itu, terdapat beberapa hidangan coklat yang mungkin tidak selamat semasa kehamilan iaitu:

  • Coklat tinggi kalori
  • Kandungan lemak dan gula yang banyak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda harus berhati-hati untuk mengehadkan pengambilan coklat jika:

  1. Memiliki berat badan yang berlebihan dan perlu mengawal pengambilan kalori 
  2. Disahkan diabetes semasa mengandung
  3. Anda perlu mengawal gula dalam darah

Makan coklat pada trimester ketiga

Pada trimester ketiga kehamilan, anda harus mengurangkan makanan yang mengandungi polifenol, dan coklat adalah salah satu makanan tersebut.

Ini kerana kajian 2010 mendapati bahawa sumber makanan polifenol boleh mencetuskan penyempitan duktus arteriosus janin, keadaan yang jarang berlaku tetapi serius yang menyebabkan terlalu banyak darah beredar dalam paru-paru dan jantung bayi.

Ingat, pengambilan coklat secara sederhana biasanya sangat baik semasa kehamilan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang diet harian, dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Benarkah Nanas Boleh Menyebabkan Keguguran Kepada Ibu Hamil?

Baca juga:  Makan Coklat Ketika Pantang? Benarkah Ia Boleh Sebabkan Sembelit?

Baca juga:  Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!