Boleh Cukur Jambul Bayi Dahulu, Baru Buat Aqiqah Jika Ibu Ayah Tidak Berkemampuan

Cukur jambul bayi adalah amalan sunat yang disarankan oleh agama Islam. Ia bertujuan untuk membersihkan diri si manja dan mengelakkan jangkitan penyakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Upacara tradisi cukur jambul bayi adalah untuk meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga. Dalam ajaran Islam, mencukur rambut adalah lebih afdal dilakukan pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan.

Selain meletakkan nama dengan makna yang baik kepada bayi, ibu ayah juga disunatkan mencukur rambut bayi sehingga botak.

Baca juga: Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Sila Take Note!

Sebab mengapa ibu ayah perlu cukur jambul bayi

Sesetengah bayi memiliki kelebihan dengan rambut yang cantik dan lebat sehingga ada ibu ayah berasa sayang untuk mencukurnya. Namun hakikatnya saranan agama Islam ini adalah untuk menjaga kebersihan serta menjauhkan si manja dari sebarang jenis penyakit.

Cukur jambul bayi dapat membuang rambut si manja yang pernah diselaputi oleh darah semasa dia berada dalam kandungan dan proses kelahiran. 

Bagi ibu ayah yang berasa buntu adakah boleh untuk mencukur rambut bayi baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah pada hari ke-7 kelahiran akibat masalah kewangan, Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa adalah sunat untuk cukur rambut bayi pada hari ke-7.

Pahala sunat tetap dikira biarpun ia adalah lebih baik melakukan aqiqah terlebih dahulu menurut hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama.

Jika anda tidak mempunyai kelapangan waktu atau halangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah pada hari ke-14 atau ke-21, atau mana-mana hari yang kelapangan.

Sekiranya masih tidak berkelapangan juga, ibu ayah boleh melakukannya pada bila-bila masa yang berkelapangan sebelum bayi akil baligh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara cukur rambut bayi dengan betul

Bagi ibu ayah baru, anda boleh mengikuti beberapa panduan ini:

  • Sediakan 1 bekas berisi air
  • Basahkan bahagian kepala si manja dan letakkan sedikit syampu bayi
  • Kemudian gunakan pisau cukur yang baru dan tajam
  • Setiap kali mencukur, celupkannya ke dalam bekas berisi air tadi
  • Setelah selesai, lapkan kepala bayi dan sapukan dengan sedikit bedak sejuk
  • Letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air dan rambut dalam bekas tadi
  • Biarkan penapis kering dihembus angin suhu bilik sahaja. Apabila sudah kering, angkat tisu sahaja dan rambut yang tertapis. Kemudian, lipat rapi masuk dalam bekas.

Tips mencukur kepala bayi yang selamat agar tidak mendatangkan kecederaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sediakan peralatan yang mencukupi

Ibu ayah hendaklah memastikan peralatan yang diperlukan sudah siap dan lengkap sebelum mula mencukur rambut bayi. Antaranya ialah bekas berisi air, tuala, bedak sejuk atau bedak bayi dan pisau pencukur.

Untuk menjaga kebersihan, anda bolehlah beli gunting atau pisau cukur yang baru bagi kegunaan majlis cukur jambul ini.

Sekiranya anda ingin mencukur rambut si manja sehingga botak, sapukan losyen antiseptik atau krim bagi menyembuhkan luka di kepala bayi. Menurut pakar runding pediatrik, Dr Winston Yong berkata dia pernah menerima kes impetigo atau jangkitan kulit selepas kepala bayi dicukur.

#2. Persiapan sebelum mencukur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum mula mencukur kepala bayi, ibu ayah hendaklah bersedia dengan:

  • Cuci tangan sebelum mencukur
  • Memastikan diri anda kekal tenang dan tidak gementar. Jika anda berasa berdebar atau takut-takut, bayi juga boleh terkesan
  • Pastikan bayi dalam keadaan selesa atau sedang tidur
  • Jika bayi berjaga, anda dan pasangan hendaklah bekerjasama

#3. Mengenakan pakaian yang sesuai

Ibu hendaklah memastikan bayi memakai pakaian yang sesuai. Sekiranya cuaca agak panas dan haba terkumpul di dalam rumah ketika tetamu ramai datang, pakaian jenis kapas asli adalah bahan yang terbaik bagi membuatkan bayi selesa.

Selain itu anda juga perlu memastikan si manja memperoleh rehat dan kenyang menyusu sebelum majlis cukur rambut bayi diadakan. Ini adalah untuk mengelakkan bayi meragam sehingga menjejaskan proses mencukur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika suami yang melakukannya sendiri di rumah, pastikan kepala bayi tidak terluka dengan beberapa panduan mencukur rambut bayi dengan betul iaitu:

  • Sekiranya rambut bayi lebat, potong dahulu sependek mungkin menggunakan gunting
  • Mulakan mencukur dari bahagian atas ke bawah
  • Setelah siap, rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas sehingga habis sisa rambut terbuang

Cara timbang rambut

  1. Timbang berat beg plastik kosong
  2. Kemudian masukkan rambut ke dalam beg plastik tadi dan timbang
  3. Tolak perbezaan berat bagi mendapatkan berat rambut sahaja tanpa berat plastik
  4. Seterusnya, darab berat rambut dengan nilai emas semasa. Sekiranya ibu ayah tidak berkemampuan, anda boleh menggunakan nilai perak

Sumber: Korban aqiqah, muftiwp

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan