Anak Buat 'Eksperimen' Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah

Cukur kening hingga botak menyebabkan seorang kanak-kanak menangis tidak henti kerana berasa malu untuk ke sekolah dan bermain dengan rakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak sememangnya ada pelbagai suka dan duka. Seperti yang dilalui oleh ibu ini, dia tidak tahu hendak marah atau ketawa apabila anak perempuannya cukur kening hingga botak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak cukur kening hingga botak, menangis malu nak ke sekolah dan bermain dengan kawan
  • Anak menyesal main benda tajam, nekad tidak akan cukur kening lagi

Mengimbas kembali kisah yang berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri tahun lalu, seorang ibu bernama Nur Farhana berkata kejadian tersebut berlaku sewaktu anaknya mandi bersendirian dalam bilik air.

Anak cukur kening hingga botak, menangis malu nak ke sekolah dan bermain dengan kawan

Pada ketika itu, dia ada memanggil anaknya, Auni untuk segera mandi dan tidak bermain dalam bilik air.

”Saya ada panggil dia suruh mandi cepat sikit. Dia kemudiannya jawab Ya, kejap, lepas itu tiba-tiba dia keluar dari bilik air dengan muka yang pucat dan ketakutan,” ceritanya.

Nur Farhana yang seorang suri rumah berkata, rupa-rupanya anaknya itu berjaya memanjat mangkuk tandas bilik air dan mengambil pisau cukur milik bapanya.

Dia cukur kening sebelah kiri hingga botak.

”Bila saya tengok, ya Allah Auni. Terkejut juga sebab kening sebelah kirinya memang habis kena cukur. Saya sebagai ibu tidak tahu hendak gelak ke menangis.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya ada juga tanya kenapa dia cukur kening, tapi dia jawab tidak tahu. Memang dia tak nak beritahu kenapa.”

”Saya cakap dekat dia. Tengok apa dah jadi, bulu kening dah hilang. Awak tu perempuan, lepas itu dia terus menangis. Saya pun tak jadi nak marah,” kongsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak menyesal main benda tajam, nekad tidak akan cukur kening lagi

Menurut wanita berkenaan, disebabkan oleh kening anaknya sudah botak, dia berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain dengan rakan-rakannya.

”Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis sampai saya dah tidak tahu cara nak pujuk. Saya ada lukis kening dia, tapi bila balik sekolah keningnya sudah hilang.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Bila dekat rumah, dia memang tidak keluar walaupun depan rumah sebab malu. Hanya tengok kawan-kawan main melalui tingkap sahaja. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis minta nak kening dia balik.” jelasnya.

Menurut Nur Farhana, kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sedia kala selepas lebih kurang sebulan.

”Mula-mula tu saya ada letak Vaseline, menjadi juga dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh. Mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi.” kongsi Farhana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bertuah Betul Anak! Teringin Mandi Kolam, Diam-Diam Berendam Dalam Mesin Basuh

Baca juga: Patutlah Senyap & Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Ais!

Baca juga: Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak