Wow, Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta, Boleh Rehat Sambil Jaga Anak!

Pekerja sektor swasta tentu teruja bila kementerian mencadangkan cuti bersalin dinaikkan hingga 98 hari. Wow, boleh berehat jaga anak lama sikit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masyarakat Melayu, berpantang adalah amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana ada banyak manfaat dengan amalan tersebut. Tambahan pula, ada berita gembira baru-baru ini apabila Kementerian Sumber Manusia mencadangkan jumlah cuti berpantang selepas bersalin bagi sektor swasta dinaikkan dari 60 hari ke 98 hari. 

    

Tentunya cadangan ini disokong ramai kerana ibu lebih bersedia sebelum tinggalkan anak di rumah pengasuh atau taska kerana perkembangan mereka sudah semakin kuat.

Namun begitu buat masa ini, majikan sektor swasta hanya digalakkan untuk mengikuti pengumuman Bajet 2018 iaitu cuti berpantang ini diberikan sebanyak 90 hari.

Kementerian cadang cuti berpantang dinaikkan 98 hari

Sehubungan dengan cadangan itu, 38 hari tambahan cuti bersalin itu dirangkumkan kepada dua bahagian iaitu majikan akan tanggung kos elaun bersalin selama 19 hari dan baki 19 hari lagi adalah cuti tanpa gaji.

Terdahulu buat pengetahuan pembaca, dalam sektor perkhidmatan awam atau kerajaan pekerja wanita layak mendapat 90 hari cuti berpantang selepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kementerian lagi, ini merupakan salah satu langkah untuk meneliti cadangan bagi meningkatkan jumlah cuti bersalin kepada 98 hari bersamaan 14 minggu adalah di bawah Akta Kerja.

Dalam pada itu, kementerian turut mencadangkan majikan tidak boleh menamatkan khidmat pekerja yang hamil melainkan dapat membuktikan penamatan khdimat mereka bukan disebabkan mengandung.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut perlu mendapatkan kelulusan kabinet dan belum ada tarikh yang diberikan untuk kabinet memutuskan tentang hal ini.

Kenapa isteri perlu berpantang? 

Secara normal, wanita akan berpantang selama 44 hari tapi ada juga yang berpantang selama 100 hari supaya tubuh lebih sihat selepas melahirkan, mengembalikan bentuk badan kepada asal, pulihkan organ pembiakan, sembuhkan luka bersalin, betulkan keadaan rahim dan kembalikan ketegangan faraj.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, masih ada masyarakat di zaman kini yang percaya jika amalan berpantang tidak dilakukan dengan sempurna ia boleh menyebabkan wanita kelihatan lebih tua dari usia. Berikut adalah kelebihan berpantang yang patut anda tahu. 

  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas bersalin
  • Membetulkan peredaran darah
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Kurangkan sakit kepala selepas beranak
  • Melancarkan produksi susu badan
  • Mengelakkan meroyan, kemurungan atau depresi
  • Bantu stabilkan emosi dan perasan

Cara berpantang tradisional

#1. Dengan mandian herba seperti campuran serai wangi, halia dan limau purut dapat melancarkan peredaran darah, kembalikan mood dan membuang angin.

#2. Boleh berurut sama ada sebelum atau selepas bangun tidur selama 15 minit di bahagian leher, bawah ketiak, hulu hati, pinggang, celah kelangkang, kaki dan buku lali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bagi melancarkan susu badan, urut belakang payudara sebanyak 2 kali sehari selama 10 minit.

#4. Amalkan bertungku yang dapat memberikan kehangatan pada tubuh ibu. Ia boleh dilakukan selepas mandi di waktu pagi, petang atau sebelum tidur malam. Percayalah ia sangat aman bagi badan anda.

#5. Bagi membentuk bahagian pinggang dan perut, wanita disarankan untuk berbengkung dan mengawal pemakanan semasa berpantang. Pakai bengkung dua kali sehari selama empat jam.

#6 Buat rawatan bertangkas yang dapat bantu hilangkan keputihan, ketatkan rahim dan hilangkan bau badan yang kurang enak. Bertangkas ini boleh dilakukan dengan cara bakar arang bersama manjakani dan daun sireh serta dilakukan selama 20 minit sehari.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Vitdaily, Wanista

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan