Perjalanan menjadi ibu adalah pengalaman yang mendalam dan transformatif, dan sebagai ibu yang bekerjaya, perancangan cuti bersalin 2023 adalah aspek penting dalam persediaan untuk ‘episod’ yang mengubah hidup ini.
Peraturan cuti bersalin berbeza bagi setiap negara. Justeru ibu perlulah selidik dan fahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan cuti bersalin di negara anda, termasuklah berapa hari cuti bersalin serta kriteria kelayakan.
Maksud cuti bersalin 2023
Cuti bersalin 2023 adalah tempoh cuti kerja yang membolehkan anda pulih selepas bersalin, membina ikatan dengan bayi baru lahir, dan menyesuaikan diri dengan peranan baharu sebagai ibu bapa.
Cuti bersalin berapa hari
Bagi bakal ibu yang bekerja tentu sekali ingin tahu segalanya mengenai cuti bersalin kerajaan dan cuti bersalin swasta bila tiba masanya nanti bukan?
Ketika ini, wanita hamil yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta boleh menikmati cuti bersalin selama 98 hari.
Bermula Januari 2023, kerajaan sebulat suara bersetuju untuk meminda Akta Kerja 1955, termasuklah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari.
Bagaimanapun, akta yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September tahun lepas telah ditangguhkan kepada 1 Januari tahun ini.
Hak ketika cuti bersalin kerajaan atau swasta
Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44.
Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan.
Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:
- pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
- adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin swasta atau kerajaan kecuali atas alasan penutupan syarikat
- Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin swasta atau kerajaan yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
- tempoh cuti bersalin kerajaan atau swasta tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
- pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin kerajaan atau swasta
Syarat cuti bersalin di Malaysia
Cuti bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan kini ia telah dilanjutkan kepada 98 hari berturut-turut baik untuk sektor kerajaan dan swasta. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955).
Namun dijangka bermula 1 Januari 2023, cuti bersalin akan dilanjutkan kepada 98 hari, berbanding cuti bersalin 90 hari (kini) serta penetapan cuti paterniti tujuh hari.
- Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita sama ada berkahwin atau tidak berkahwin.
- Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin diambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
Elaun bersalin (Maternity Allowance)
Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.
Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.
Elaun cuti bersalin 98 hari
Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
- Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
- Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya kepada tidak kurang daripada 98 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin
Cara mohon cuti bersalin 2023
Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, anda mesti memberitahu majikan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin.
Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Kegagalan memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun.
Syarat cuti bersalin kerajaan
- Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh Cuti Bersalin diantara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
- Maksimum Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari dengan (5) lima kali kelahiran sepanjang perkhidmatan.
- Boleh diberikan 14 hari awal sebelum tarikh jangkaan bersalin melalui perakuan pegawai perubatan. Tempoh tersebut diambilkira daripada keseluruhan cuti bersalin.
- Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh cuti bersalin tersebut melalui turutan kemudahan seperti berikut:
i. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang layak;
ii. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
iii. Menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji
Penuh
- Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, pegawai boleh memohon cuti seperti kemudahan berikut:
i. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan mulai dari
tarikh bersalin; dan
ii. Mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau;
iii. Menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin
- Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
- Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak diberi cuti bersalin.
- Pegawai yang bersalin dalam tempoh cuti tanpa gaji / separuh gaji tidak mengurangkan kelayakan kemudahan cuti bersalin.
Bila perlu ambil cuti bersalin?
Wanita hamil perlu merancang cuti bersalin kerajaan atau cuti bersalin swasta bagi memastikan kelancaran tugasan kerja di pejabat sepanjang tempoh ketiadaan nanti.
Elak melakukan persediaan di saat-saat akhir bagi memastikan anda boleh mula cuti bersalin dengan tenang dan dapat memberi fokus akan kelahiran bayi.
Untuk pekerja swasta, anda layak untuk mendapat cuti bersalin swasta 30 hari sebelum melahirkan bayi, manakala bagi pekerja kerajaan pula, anda boleh mula nikmati cuti bersalin kerajaan 14 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin anda.
Oleh itu, bergantung kepada individu, anda boleh cuti bersalin beberapa minggu lebih awal sebelum melahirkan anak (ikut tempoh yang diberikan), atau hanya beberapa hari lebih awal sahaja sebelum bersalin dan nikmati lebihan cuti 90 hari itu untuk bersama dengan bayi anda.
Cuti bersalin suami
Undang-undang rasmi menggubal seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, dan kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini.
Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin selama 7 hari, segelintir kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari.
Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa.
Berapa lama cuti bersalin paling ideal
Beberapa pakar masih beranggapan bahawa cuti bersalin kerajaan atau swasta selama tiga bulan belum cukup ideal untuk ibu dan bayi. Bahkan, ada pakar yang berpandangan bahawa tempoh cuti bersalin swasta atau kerajaan yang ideal untuk wanita yang baru melahirkan anak perlu lebih daripada 12 minggu selepas bersalin.
Selain itu, segelintir pakar juga beranggapan bahawa cuti bersalin lebih dari enam bulan, namun kurang dari setahun dinilai sebagai waktu yang paling ideal.
Panduan dan tips memohon cuti bersalin
#1. Berkomunikasi dengan majikan
Maklumkan majikan anda tentang kehamilan sebaik sahaja anda selesa berkongsi berita. Ini membolehkan majikan anda merancang untuk ketidakhadiran anda dan membuat pengaturan yang perlu.
#2. Bincangkan rancangan cuti bersalin
Jadualkan mesyuarat dengan penyelia atau wakil HR anda untuk membincangkan rancangan cuti bersalin, termasuk tarikh mula dan tamat, dan bagaimana beban kerja anda akan diuruskan semasa ketiadaan anda.
#3. Memahami Pilihan Cuti Bersalin
- Cuti Bersalin Berbayar: Banyak negara menawarkan cuti bersalin berbayar, yang merupakan sebahagian daripada gaji tetap anda yang disediakan oleh majikan anda atau melalui program kerajaan.
- Cuti Bersalin Tanpa Gaji: Dalam sesetengah kes, anda mungkin mempunyai pilihan untuk mengambil cuti tambahan sebagai cuti tanpa gaji jika anda memerlukan lebih banyak masa untuk pemulihan dan ikatan.
- Cuti Sakit dan Hilang Upaya: Jika anda mengalami komplikasi semasa mengandung atau bersalin, anda mungkin layak mendapat cuti sakit atau faedah hilang upaya jangka pendek.
#4. Perancangan kewangan
- Belanjawan: Teliti kewangan anda dan buat belanjawan yang mengambil kira pengurangan pendapatan anda semasa cuti bersalin. Pertimbangkan perbelanjaan seperti bil perubatan, bekalan bayi dan kos penjagaan anak.
- Simpanan: Jika boleh, mulakan simpanan untuk cuti bersalin anda lebih awal untuk membantu menampung perbelanjaan yang tidak dijangka.
#5. Membimbing rakan sekerja
- Tanggungjawab Perwakilan: Bekerjasama dengan penyelia anda untuk mewakilkan tanggungjawab anda kepada rakan sekerja atau ahli pasukan semasa ketiadaan anda.
- Prosedur Dokumen: Cipta dokumentasi lengkap tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk memastikan peralihan yang lancar untuk rakan sekerja anda.
#6. Kekal terhubung semasa cuti
- Kekal Maklum: Sentiasa dikemas kini dengan perkembangan kerja dan kekalkan komunikasi dengan rakan sekerja untuk memastikan penyepaduan semula yang lebih lancar ke tempat kerja.
- Tetapkan Sempadan: Tetapkan sempadan yang jelas untuk memisahkan kerja dari masa peribadi semasa cuti bersalin anda.
Kesimpulannya, merancang cuti bersalin memerlukan pertimbangan yang teliti terhadap pelbagai faktor, daripada hak undang-undang kepada keutamaan peribadi.
Perancangan cuti bersalin 2023 yang baik dapat memastikan anda mempunyai masa yang diperlukan untuk pulih, ikatan dengan bayi, dan kembali bekerja dengan yakin.
Dengan memahami pilihan anda, berkomunikasi secara berkesan dengan majikan anda, dan mengambil langkah untuk menyediakan kewangan dan emosi, anda boleh mencipta pengalaman cuti bersalin yang lancar.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Syarikat Swasta Ini Menawarkan Cuti Bersalin Selama 1 Tahun! Untungnya
Baca juga: Cuti Bersalin: Persiapan & Tempoh Ideal Buat Para Ibu Bekerja, Tapi Rindu Anak Tak Boleh Elak!
Baca juga: Kerajaan Diminta Tidak Abaikan Hak Wanita, Pertimbangkan Cuti Sakit Haid Setiap Bulan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!