Cyst ialah kantung tisu membran yang mengandungi cecair atau bahan lain. Ia boleh tumbuh hampir di mana-mana di dalam badan anda atau di bawah kulit. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja. Jadi apa perlu buat jika anda mendapat cyst ketika hamil?
Adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung mendapat cyst ovari namun ia jarang bagi bakal ibu mengetahuinya mereka mempunyainya ketika hamil.
Sebahagian besar cyst ovari tidak berbahaya malah tidak menyebabkan masalah dalam kehamilan. Namun apakah tanda tanda cyst yang perlu anda ketahui?
Apa Itu Cyst?
Cyst adalah struktur seperti kantung yang biasanya mengandungi cecair, separuh pepejal atau kosong, sama seperti lepuh. Saiznya juga berbeza daripada sangat kecil kepada sangat besar.
Cyst bukanlah bahagian normal tisu di mana ia berlaku. Ia adalah membran yang berbeza dan berasingan daripada tisu berdekatan. Bahagian luar, atau kapsul cyst dikenali sebagai dinding cyst.
Jika kantung telah dipenuhi dengan nanah, cysrt dijangkiti dan akan berubah menjadi abses. Ia biasanya tidak berbahaya atau merebak namun sesetengah cyst boleh menjadi kanser atau prakanser.
Jenis Cyst
Ada pelbagai jenis cyst boleh dialami seseorang ia termasuklah:
#1. Jerawat
Jerawat nodulocystic adalah jenis jerawat yang teruk di mana pori-pori kulit menjadi tersumbat, yang membawa kepada jangkitan dan keradangan.
#2.Arachnoid
Institut Gangguan Neurologi dan Strok Kebangsaan menyatakan bahawa cyst arachnoid berkembang di antara membran araknoid dan otak atau saraf tunjang. Ia mengandungi cecair serebrospinal dan boleh menjejaskan bayi yang baru lahir.
Membran araknoid menutupi otak. Semasa perkembangan janin, ia berganda atau berpecah untuk membentuk kantung cecair serebrospinal yang tidak normal. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin perlu mengeringkan cyst ini.
Cyst arachnoid boleh berkembang akibat kecederaan kepala, tumor atau meningitis.
#3. Baker
Ia juga dikenali sebagai cyst popliteal. Ada yang tidak menyebabkan sebarang gejala. Ia biasanya berkembang kerana masalah berkaitan sendi lutut, seperti arthritis atau koyak tulang rawan.
Seseorang yang mempunyai cyst jenis ini boleh mengalami:
- sakit lutut
- ketulan di belakang lutut
- rasa berat di belakang lutut
- bengkak pada lutut dan kaki bawah
kekakuan yang terletak di bahagian belakang lutut
#4. Bartholin
Ia boleh berlaku jika saluran kelenjar Bartholin, yang berada di dalam faraj, tersumbat. Doktor mungkin mengesyorkan pembedahan atau antibiotik sebagai rawatan.
#5. Payudara
Ia adalah perkara biasa dan mungkin menyakitkan. Pada wanita, kantung ini boleh berkembang atau berubah daripada segi saiznya sepanjang kitaran haid dan akan hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, doktor boleh mengeluarkan cecairnya jika ia menyebabkan ketidakselesaan.
Menurut American Cancer Society, cyst yang tidak kompleks tidak meningkatkan risiko kanser payudara. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan kecil cyst yang kompleks mungkin mengandungi kanser atau meningkatkan risiko kanser seseorang di kemudian hari.
#6. Chalazion
Kelenjar kelopak mata yang sangat kecil, dikenali sebagai kelenjar meibomian yang menghasilkan pelincir yang keluar daripada bukaan kecil di tepi kelopak mata. Cyst boleh terbentuk di sini jika saluran tersumbat. Ini dikenali sebagai cyst chalazion.
#7. Koloid
Ia berkembang di dalam otak dan mengandungi bahan gelatin. Rawatan bergantung kepada sama ada ia menyebabkan gejala atau pengumpulan cecair di dalam otak atau sebaliknya. Dalam kes ini, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.
#8. Dermoid
Ia terdiri daripada kulit matang, folikel rambut, kelenjar peluh dan gumpalan rambut panjang serta lemak, tulang, rawan dan tisu tiroid. Ia boleh terbentuk di mana-mana di badan.
#9. Epididimis
Dikenali juga sebagai spermatocele, ia terbentuk di dalam saluran yang melekat pada testis. Ia mengandungi cecair yang berwarna putih dan keruh serta mengandungi sperma.
Ia bukan masalah perubatan yang serius dan jarang memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, rawatan mungkin diperlukan jika ia menyebabkan kesakitan atau menjadi terlalu besar.
#10. Ganglion
Ia adalah kecil dan terbentuk pada atau berhampiran sendi atau hujung tendon. Ia biasanya berkembang pada pergelangan tangan dan tangan tetapi boleh juga muncul pada kaki, buku lali atau lutut.
#11. Hidatid
Ia berkembang disebabkan oleh cacing pita yang agak kecil dan biasanya terbentuk di dalam paru-paru atau hati.
#12. Buah pinggang
Terdapat beberapa jenis cyst buah pinggang. Ia adalah kantung tunggal mengandungi cecair kadangkala termasuk darah. Ada yang wujud semasa lahir, manakala penyumbatan tiub menyebabkan yang lain.
Orang yang mempunyai penyakit vaskular buah pinggang mungkin mempunyai cyst yang terbentuk akibat pembesaran saluran darah.
#13. Cyst ovari
Ia adalah perkara biasa pada wanita yang mempunyai haid yang teratur dan ia terbentuk semasa ovulasi. Majoriti cyst ovari tidak menyebabkan gejala. Walau bagaimanapun, sesetengahnya boleh menjadi sangat besar sehingga perut kelihatan buncit.
Sindrom ovari polikistik (PCOS) merujuk kepada apabila ovari membina banyak cyst kecil.
#14. Cyst pankreas
Pakar kesihatan mungkin merujuk kepada mereka sebagai pseudocysts kerana ia tidak mengandungi jenis sel yang terdapat dalam cyst sebenar.
Ia berlaku apabila sel-sel pankreas cedera atau meradang. Ia juga boleh berlaku apabila enzim pankreas bocor dan merosakkan tisu pankreas.
Cyst Ketika Hamil, Apa Perlu Buat?
Majoriti cyst ovari tidak akan menjejaskan kehamilan anda sama sekali. Sebagai contoh, apabila ia berkaitan dengan cyst korpus luteum, kemungkinan besar ia akan hilang dengan sendirinya menjelang trimester kedua.
Jenis cyst lain boleh terus membesar semasa kehamilan dan dalam sesetengah kes boleh menyebabkan kesakitan tetapi walaupun dalam kes tersebut, cyst tersebut biasanya tidak menyebabkan masalah untuk kehamilan.
Untuk memastikan bahawa cyst ovari tidak memberi kesan kepada kehamilan anda dan untuk memantau sebarang cyst sedia ada, doktor anda akan menjadualkan ultrasound biasa untuk memantau ovari anda.
Ultrasound cyst ovari akan menjejaki saiz dan keadaan mana-mana kantung untuk memastikan ia tidak membesar atau berubah dengan cara yang boleh membimbangkan.
Tanda cyst ovari:
Walaupun kebanyakannya tidak menunjukkan simptom, sesetengahnya boleh menyebabkan perkara yang berikut:
- Kesakitan boleh berlaku di bahagian bawah perut atau kawasan pelvis di sebelah cyst ada – Kesakitan sedemikian boleh menjadi mengilu. Ia mungkin datang dan pergi
- Jika ia pecah, rasa sakit mungkin lebih sederhana atau tiba-tiba dan teruk. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan kilasan ovari. Ini boleh menjadi sangat menyakitkan, dan ia memerlukan pembedahan kecemasan untuk membuka lilitan ovari.
- Kembung perut
- Perut senak
Rawatan:
Kebanyakannya hilang dengan sendirinya dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Dalam kes yang jarang berlaku, seperti dalam kes pecah atau kilasan ovari, rawatan berikut mungkin diperlukan:
- Rehat
- Ubat tahan sakit
- Pembedahan. Jika pembedahan diperlukan semasa kehamilan, doktor anda akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan pembedahan secara laparoskopi (melalui hirisan kecil pada umbilicus dan abdomen). Jika saiznya besar, pembedahan laparoskopi mungkin tidak boleh dilakukan dan anda mungkin memerlukan pembedahan perut terbuka (laparotomi).
Adakah Cyst Perlu Dibuang
Jika perlu, cyst ovari boleh dikeluarkan dengan selamat semasa kehamilan, walaupun anda mungkin akan mengelak daripada membuangnya melainkan mengalami kesakitan atau berdarah.
Jika anda memerlukan pembedahan, anda mungkin boleh menjalani pembedahan laparoskopi invasif minimum melalui hirisan kecil. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pembedahan abdomen tetap diperlukan.
Jika anda mempunyai cyst korpus luteum yang dikeluarkan pada awal kehamilan (sebelum 10 minggu), anda mungkin akan disaran mengambil suplemen progesteron selepas itu untuk menyokong kehamilan. Biasanya, korpus luteum menyediakan progesteron untuk menyokong kehamilan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda-Tanda Cyst Ovari Yang Wajib Wanita Alert, Ada Bezanya Dengan Sakit Perut Biasa!
Baca juga: Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan
Baca juga: Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!