Demam kuning bayi biasanya dapat dikesan dua atau tiga hari selepas bayi dilahirkan. Ibu atau ayah hendaklah membawa si kecil ke klinik bagi membuat pemeriksaan darah untuk memastikan bacaan kuning berada di tahap yang bersesuaian dengan usianya.
Dalam sesetengah kes, bacaan kuning yang begitu tinggi memerlukan si manja dimasukkan ke dalam wad beberapa hari untuk pemantauan pihak hospital. Jika berlarutan melebihi 14 hari, ia dipanggil sebagai prolonged jaundice.
Punca demam kuning bayi atau jaundis
Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning lantas menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.
Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku di kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.
Antara beberapa penyebab jaundis pada bayi baru lahir adalah:
- Masalah hati
- Jangkitan kuman
- Kekurangan enzim G6PD
- Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain
- Kelainan sel darah merah
- Darah bayi tidak sesuai dengan jenis darah ibu. Tubuh si manja boleh meningkatkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah dan sekaligus mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin dengan tiba-tiba
- Bayi tidak memperoleh susu ibu atau formula yang cukup
Ciri-ciri baby kuning
Menurut Doctor On Call, penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai jaundis merupakan sebuah keadaan di mana kulit pada badan akan berwarna kuning serta sklera di mata juga akan berwarna kuning.
Gejala jaundice ini akan datang membawa sedikit petunjuk yang dapat memudahkan ibu ayah mengenal pastinya dengan lebih baik.
Antara gejala masalah baby kuning yang dapat dilihat pada bayi ialah:
- Kulit berwarna kuning
- Sklera (bahagian putih mata) berwarna kuning
- Mukosa mulut dan hidung berwarna kuning
- Cepat menangis
- Tidak suka apabila diangkat
- Tangisan bernada ‘high pitch’
- Kegatalan kulit
Bacaan kuning bayi yang perlu ibu ayah tahu
Berikut adalah tahap bacaan kuning bayi yang dilahirkan cukup bulan dan mengalami jaundice mengikut usianya:
-
Bayi kuning ketika usia 1 hari <6.0 mg/dL @ 102.6 umol/L
-
Usia 1-2 hari <8.7 mg/dL @ 148.8 umol/L
-
Tahap kuning bayi: usia 2-3 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! -
Usia 3-4 hari <11.0 mg/dL @ 188.1 umol/L
-
Kuning bayi pada usia 4-5 hari <12.0 mg/dL @ 205.2 umol/L
-
Tahap kuning bayi usia 5-14 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
-
Usia 14-28 hari <2.0 mg/dL @ 34.2 umol/L
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you!
Bacaan normal kuning bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai baby kuning.
Sekiranya lebih tinggi dari bacaan normal kuning bayi, doktor akan menasihati untuk rawatan fototerapi.
Ia menggunakan lampu khas untuk mengubah bilirubin menjadi lumirubin, yang kemudiannya dikeluarkan ke saluran hempedu atau air kencing bayi.
Jenis demam kuning yang berlaku pada bayi baru lahir
Penyakit bayi demam kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu physiologic jaundice dan pathologic jaundice.
Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.
Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera.
Cara turunkan kuning bayi menggunakan daun pisang
Seperti dikongsikan di laman sosial Facebook, Kelab Ibu Mengandung Malaysia, ramai ibu mengatakan penggunaan daun pisang berhasil dalam menurunkan penyakit kuning bayi.
Caranya adalah dengan buka baju dan seluar bayi, pakaikan lampin atau pampers dan baringkan bayi di atas daun pisang sehingga ia layu.
“Selain BF (breastfeed) lapik dengan daun ini je..alhamdulillah hari pertama 222, hari kedua 23, hari ketiga 213 dan hari keempat 197…”
“Memang bagus, daun berkenaan sejuk..kuning bayi tu panas”
“Saya lapik di kepala je..sebab kuning bayi di mata dan muka..bebas jaundis”
“Dari anak sulung saya gunakan daun pisang kelat…memang turun”
Khasiat daun pisang yang ramai tidak tahu
Daun pisang sama ada kering atau segar ternyata memiliki banyak manfaat untuk menjaga kesihatan tubuh dan menyembuhkan penyakit.
Ini kerana daun pisang memiliki kandungan zat tertentu yang mampu menjaga kesihatan tubuh badan.
Dalam daun pisang kering mempunyai entiti penting untuk menjaga kesihatan tubuh seperti polifenol (sebagai antioksidan), lignin, hemiselulosa, protein dan allantoin.
#1. Mengubati luka
Siapa sangka daun pisang di tepi jalan, yang biasa digunakan untuk bungkus nasi lemak boleh mengubati luka. Ia juga boleh mengatasi masalah ketumbit dan juga kesan terbakar kerana matahari.
Caranya adalah rendamkan daun pisang dalam air dingin dan sapu di kawasan yang terjejas.
#2. Sumber antioksida
Seperti yang kita tahu, radikal bebas yang ada di dalam tubuh adalah merbahaya jika dibiarkan. Daun pisang boleh dimanfaatkan sebagai sumber antioksida. Ada yang memberi petua daun pisang direndam seperti teh dan diminum 2 hingga 3 kali sehari.
#3. Menurunkan suhu badan ketika demam
Kandungan antioksidan yang tinggi membantu menurunkan suhu badan yang panas. Ketika demam, daun pisang boleh dimanfaatkan untuk meredakan radang serta kegelisahan yang dialami.
#4. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
Daun pisang ternyata mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Ia mengandungi sebatian allantoin yang baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Itu akan membantu tubuh dalam meningkatkan ketahanan badan dan membuat penyembuhan menjadi cepat.
#5. Melembutkan rambut
Ekstrak daun ini disapukan ke kepala mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti kulit kepala kering. Selain itu, masker dari daun pisang juga sangat berkesan untuk meredakan kulit kepala yang gatal.
Cara hilangkan kuning bayi yang lain
#1. Susukan bayi dengan kerap
Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk dan tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya.
Susu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap supaya dia dapat membuang air kecil lebih kerap dan menghilangkan kuning dengan cepat.
#2. Mandikan bayi dengan air daun inai
Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air itu setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.
#3. Perahan anggur hitam
Berikan bayi air perahan anggur hitam. Bukanlah hingga segelas, cukup sekadar titiskan ke mulut bayi.
#4. Sengkuang Cina
Petua hilangkan kuning yang seterusnya adalah menggunakan sengkuang cina. Caranya adalah dengan mengupas kulit dan kisar sehingga lumat.
Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukkan badan bayi sekaligus mengurangkan kuning.
Ingat, hanya titiskan ke mulut bayi, bukannya bagi minum sehingga kenyang. Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari jaundis.
#5. Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi
Petua hilangkan kuning bayi dengan menjemurkannya di bawah sinaran matahari paling mudah untuk dilakukan.
Awal pagi, kira-kira jam pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar.
Jemur sekejap saja, lebih kurang 10 minit. Ingat ya, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik!
Makanan ibu untuk bayi kuning
#1. Makanan yang kaya dengan magnesium
Makanan yang kaya magnesium seperti kekacang, bijiran, pisang dan kurma boleh diambil ketika bayi mengalami jaundis.
#2. Makanan yang kaya vitamin D
Hasil kajian yang dilakukan mendapati bayi demam kuning berdepan masalah kekurangan vitamin D dalam tubuhnya.
Justeru ibu hendaklah membantu si kecil mendapatkan vitamin ini dengan mencukupi. Antara sumber vitamin D ialah:
- Ikan salmon, tuna dan lain-lain jenis berlemak
- Produk tenusu seperti keju, mentega dan susu
- Kuning telur
- Hati lembu
- Bijirin penuh seperti oat
#3. Makanan tinggi serat
Makanan ibu untuk bayi kuning yang seterusnya adalah tinggi serat larut. Ia dapat membantu memindahkan hempedu keluar dari hati dan mengurangkan toksik dalam badan.
Antaranya ialah sayur brokoli, badam, beras perang, buah beri dan quinoa.
#4. Pengambilan buah-buahan yang tinggi vitamin C
Buah-buahan mengandungi antioksidan dan serat yang tinggi dapat membantu mengehadkan kerosakan hati semasa metabolisme dan melancarkan proses penghadaman.
Antara buah yang boleh ibu ambil ialah buah tomato, betik, limau, labu, buah zaitun, avokado, beri biru dan anggur.
Adakah selamat berikan susu kambing untuk bayi kuning?
Ada sesetengah ibu ayah yang mengikuti petua tradisional mengatakan bayi baru lahir perlu dititiskan susu kambing ke dalam mulutnya.
Namun sebenarnya ia merupakan tindakan beri minum susu kambing untuk bayi kuning adalah salah dan tidak digalakkan. Hal ini kerana:
- Susu kambing mempunyai kandungan kalium dan mineral natrium klorida yang tinggi. Ia boleh memberikan beban terlalu tinggi pada bayi di bawah usia 12 bulan. Kesannya boleh menyebabkan pendarahan dalam usus, anemia dan menganggu perkembangan si manja
- Susu kambing rendah kandungan asid folik
Tanda kuning bayi hilang
Salah satu tanda kuning bayi hilang ialah warna kuning pada kulit dan putih mata mula berkurangan.
Untuk memeriksa sama ada warna kuning masih ada, anda boleh menekan perlahan-lahan dahi atau hidung bayi di tempat yang terang.
Jika kulit bayi kelihatan lebih cerah daripada warna kulit aslinya, bermakna dia telah pulih daripada penyakit kuning.
Manakala jika kulit bayi masih kelihatan kuning, bermakna jaundisnya masih belum sembuh.
Selain itu, anda juga boleh memeriksa bahagian putih mata bayi untuk memastikan warna kuning akibat jaundis telah hilang atau tidak.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!
Baca juga: Kurangkan Kuning Bayi Dengan Air Cincau, Doktor Minta Ibu STOP Petua Mengarut Ini!
Baca juga: Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!