Alamak, Anak Kena Demam Campak Pula! Apa Ibu Patut Buat Sekarang?

Alamak, Anak Kena Demam Campak Pula! Apa Ibu Patut Buat Sekarang?

Sudahkah anak anda diberi vaksin demam campak? Jika belum, anak anda mempunyai 90% peluang untuk dijangkiti demam campak jika bersentuhan dengan virus ini.

Demam campak adalah sejenis virus yang dipanggil paramyxovirus. Apaibila seseorang yang mempunyai virus ini bersin atau batuk, titik kecil yang mengadungi virus ini merebak ke udara.

Titik kecil ini akan aktif selama dua jam di udara atau di permukaan. Kanak-kanak yang bernafas atau bersentuh dengan virus ini boleh dijangkiti.

Jika anak anda tak diberi vaksin dan belum pernah terkena demam campak, dia mempunyai 90% peluang untuk dijangkiti jika bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Selalunya, ia mengambil masa lapan ke 10 hari untuk anak terdedah kepada virus dan jatuh sakit. Demam campak boleh berjangkit selama empat hari sebelum dan empat hari selepas mengalami ruam..

Apa tanda demam campak bayi?

demam campak, anak demam campak, chicken pox, measles, rubeala, ruam pada badan

Kanak-kanak dengan demam campak akan mula demam, selsema teruk, batuk, mata kemerahan dan mungkin tidak bermaya dan kurang selera makan.

Beberapa hari selepas itu, dia akan mula mengalami bintik-bintik di dalam mulut, lebih-lebih lagi pada membran mukus. Bintik-bintik ini dipanggil Koplik, kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna putih seperti garam atau pasir.

Beberapa hari selepas ini, ruam campak mula muncul pada muka dan leher, berlanjutan hingga belakang badan dan kemudian pada tangan dan kaki.

Ruam ini akan bermula dengan bintik-bintik merah rata dan kemudian bertukar menjadi benjolan. Ketika ruam muncul, demam akan mula naik sehingga 40 darjah celcius.

Ruam juga mungkin akan gatal. Anak demam campak mungkin akan mengalami mual, muntah, cirit-birit dan sakit tekak. Mereka juga akan rasa sakit bila batuk.

Ruam ini biasanya akan berlanjutan hingga lima hari dan akan mula berkurang dan bertukar menjadi warna coklat. Apabila ruam pudar, ia akan menyebabkan kulit kering dan bersisik.

Apa komplikasi demam campak baby yang boleh berlaku?

demam campak, anak demam campak, chicken pox, measles, rubeala, ruam pada badan

Kebanyakan kanak-kanak yang sihat akan pulih dari demam campak dengan baik, tapi 30% orang yang mengidap campak akan mendapat satu atau lebih komplikasi.

8% kanak-kanak akan mendapat cirit-birit. 6% kanak-kanak mendapat radang paru-paru akibat campak dan ia merupakan penyebab kematian akibat komplikasi demam campak pada kanak-kanak.

Komplikasi yang jarang berlaku termasuk hepatitis, myocarditis (radang hati), meningitis, encephalitis (radang otak) dan paling jarang adalah komplikasi serius pada otak.

Komplikasi kebanyakannya terjadi pada kanak-kanak bawah 5 tahun dan dewasa atas 20 tahun.

Cara menjaga campak baby 

demam campak, anak demam campak, chicken pox, measles, rubeala, ruam pada badan

Jika anda suspek anak anda terkena campak, jumpa doktor secepat mungkin. Jabatan Kesihatan di Malaysia mewajibkan dotor untuk melaporkan kes demam campak untuk menghalang virus dari merebak.

Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mempunyai campak, tak banyak yang boleh anda lakukan untuk merawat anak. Jauhkan anak anda dari orang lain supaya mereka tidak menjangkiti orang lain dan cuba buat mereka selesa.

Pastikan anak anda dapat rehat yang banyak dan cecair yang banyak seperti air dan jus untuk mengelakkan dehidrasi akibat demam.

Anda juga boleh beri ubat demam dan selsema pada anak anda. Rujuk dotor sebelum memberikan apa-apa ubat. Untuk ruam pada badan anak, anda boleh sapukan losyen Calamine. 

Air kelapa juga dikatakan mujarab untuk merawat campak di samping dapat menyejukkan badan anak anda.

Petua merawat campak baby dan kanak-kanak

1) Pakai bedak sejuk yang boleh disapu pada ruam bagi membantu menghilangkan gatal dan ruam dengan cepat.

2) Kata orang tua, kalau campak, jangan makan kicap selagi mana ruam belum kering sepenuhnya lagi. Ia bertujuan supaya parut tidak gelap atau buruk.

3) Elakkan juga badan yang terkena ruam campak daripada hujan bagi mengelakkan parut menjadi buruk atau tidak cantik.

4) Apabila anak minum air kelapa, ruam akan keluar dengan lebih cepat sekaligus memendekkan tempoh masa mereka terkena campak. Jadi, kalau ruam cepat keluar maka lebih cepat anak sihat. Tapi pastikan umur mereka sudah besar sedikit. 

Alamak, Anak Kena Demam Campak Pula! Apa Ibu Patut Buat Sekarang?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Baby Center

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner