Demam campak pada bayi adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil paramyxovirus. Apabila seseorang mempunyai virus ini, jika dia bersin atau batuk, titik kecil yang mengandungi virus demam campak akan tersebar ke udara.
Titik kecil ini akan mampu bertahan dan aktif selama dua jam di udara atau permukaan. Kanak-kanak yang bernafas atau bersentuhan dengannya berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Isi Kandungan
Apakah tanda demam campak pada bayi?
Jika anak anda tak diberi vaksin dan belum pernah terkena demam campak, dia mempunyai 90% peluang untuk dijangkiti jika bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai virus ini.
Selalunya, ia mengambil masa lapan ke 10 hari untuk anak terdedah kepada virus dan jatuh sakit. Demam campak pada bayi boleh berjangkit selama empat hari sebelum dan empat hari selepas mengalami ruam.
Tanda demam campak pada bayi pada mulanya mereka akan mengalami demam, masalah selesema teruk, batuk, mata kemerahan, tidak bermaya dan kurang selera makan.
Beberapa hari selepas itu, dia akan mula mengalami bintik-bintik di dalam mulut, lebih-lebih lagi pada membran mukus. Bintik-bintik ini dipanggil Koplik, kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna putih seperti garam atau pasir.
Beberapa hari selepas ini, ruam campak mula muncul pada muka dan leher, berlanjutan hingga belakang badan dan kemudian pada tangan dan kaki.
Cara mencegah anak terkena demam campak
- Cucuk Vaksin MMR. Ia adalah kombinasi 3 dalam 1 iaitu antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella yang diberikan sebagai satu suntikan. Dos pertama diberikan apabila anak berumur 9 bulan dan dos kedua diberipada usia setahun.
- Penggunaan paracetamol, buprofen dan aspirin boleh melegakan demam dan sakit badan semasa dijangkiti demam campak. Penggunaan aspirin hanya untuk mereka berusia 16 tahun ke atas sahaja.
- Hidangkan makanan yang kaya dengan vitamin A untuk mengelakkan terjadi sebarang komplikasi kesan campak.
- Pastikan persekitaran anak sihat. Jauhi dari sebarang jenis asap samada asap kenderaan atau asap rokok.
- Asingkan tempat tidur kerana penyakit ini boleh berjangkit.
- Jaga kebersihan diri. Pastikan sentiasa mencuci tangan, tidak berkongsi makanan dan pakaian serta menutup mulut ketika bersin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia