Musim demam influenza sudah bermula. Jadi ibu ayah harus peka dengan keadaan kesihatan anak-anak kerana dilaporkan ramai kanak-kanak taska dan pelajar sekolah dijangkiti.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Demam influenza jangkiti kanak-kanak selain RSV
- Dapatkan vaksin tahunan influenza sebelum jadi outbreak
- Cara elak jangkitan influenza
Influenza (flu) adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza A, B dan C. Virus influenza A adalah paling berbahaya.
Punca influenza ini tersebar melalui titisan cecair (mulut dan hidung) ketika bercakap, bersin atau batuk dan masuk ke saluran pernafasan.
Menurut, Pakar Kanak-Kanak, Dr Lim Wee Yi sepanjang dua minggu ini, selain jangkita RSV, kanak-kanak taska dan pelajar sekolah banyak terjangkit dengan influenza A.
Demam influenza jangkiti kanak-kanak selain RSV
Dr Lim berkata dia tahun kebelakangan ini penyakit berkenaan jarang nampak disebabkan oleh Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Golongan berisiko tinggi jika dijangkiti adalah kanak-kanak lima tahun ke bawah, wanita hamil, warga tua lebih 65 tahun, pesakit kronik seperti kencing Manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Namun, kali ini nampaknya ia datang kembali. Katanya, ibu ayah perlu peka jika anak-anak alami simptom ini, segeralah ke klinik dan buat swab influenza jika ujian Covid-19 negatif.
Antara simptomnya termasuklah:
- Demam panas lebih 38.5 darjah celcius
- Batuk
- Sakit tekak
- Sakit-sakit otot
- Muntah
- Cirit birit
- Sakit kepala
- Sukar bernafas
Dapatkan vaksin tahunan influenza sebelum jadi teruk
Menurutnya, beza utama Influenza dan Covid-19 ialah influenza ada ubat Oseltamivir yang amat berkesan kalau dimulakan awal sebelum 48 jam demam bermula.
Menurutnya, minggu lalu ada seorang kanak-kanak 12 tahun dimasukkan ke wad selama seminggu disebabkan oleh jangkitan influenza dengan radang hati yang serius. Mujurlah dapat diberikan rawatan dan radang hati kanak-kanak itu bertambah pulih.
Katanya, sesiapa yang terlepas booster atau vaksin influenza tahunan, dapatkan ia sekarang sebelum menjadi outbreak besar-besaran.
Cara elak jangkitan penyakit influenza
Anda boleh elakkan jangkitan influenza dengan cara:
- Menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin
- Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin atau selepas menyentuh permukaan tercemar
- Hindari tempat awam dan jauhi tempat tertutup dan sesak
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza
- Pastikan anak-anak mendapat suntikan vaksin influenza
Sekiranya sudah mendapat jangkitan kita perlulah:
- Mengambil ubat demam (untuk melegakan demam dan sakit kepala)
- Minum air/minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
- Tidur/rehat secukupnya
- Hindarkan stres
- Jaga kebersihan makanan dan persekitaran
- Tingkatkam imuniti badan melalui pemakanan sihat dan pengambilan vitamin
- Jika berlarutan, dapatkan rawatan doktor
Kredit gambar: Shafinas Buang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Mudah Penat & Demam Bila Bermain, Doktor Pesan Ibu Waspada Tanda Kekurangan Zat Besi
Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!
Baca juga: Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak