X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sadisnya, Bayi 8 Bulan Dibunuh Bapa Yang Dipercayai Alami Gangguan Mental

14 Oct, 2020
Sadisnya, Bayi 8 Bulan Dibunuh Bapa Yang Dipercayai Alami Gangguan Mental

Seorang bapa yang telah membunuh bayinya yang berusia 8 bulan akibat mengalami gangguan mental dan depresi di Bachok, Kelantan. 

Seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini bagi memupuk kesedaran betapa pentingnya kesihatan mental dalam kehidupan kita. Dan hari ini kita mendapat berita tragis seorang bapa yang telah membunuh bayinya yang berusia 8 bulan akibat mengalami gangguan mental dan depresi di Bachok, Kelantan. 

Apa yang lebih menyedihkan, mengikut laporan Berita Harian bayi itu dipercayai  telah dipukul dengan objek tumpul dan mayatnya dilumuri dengan garam sebelum dibungkus di dalam guni dan disorok bawah dapur. 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata siasatan awal mendapati bapa bayi itu dipercayai mengalami gangguan mental.

Menurutnya lagi, mayat bayi berkenaan mempunyai kesan cedera parah dan lebam di beberapa bahagian badan turut dilumur garam kasar dipercayai dilakukan bapa yang berusia 40 tahun itu. 

Sepupu membuat aduan

depresi

Aduan kejadian itu telah dilakukan oleh sepupu kepada bapa bayi berikut yang dalam lingkungan 50-an. 

Kata sepupunya itu, bapa bayi berkenaan telah menghubunginya untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu. Namun sebaik tiba dirumah suspek, sepupu terbabit melihat bayinya itu sudah pun tidak bernyawa dan dalam keadaan yang cukup mencurigakan. 

Lantas sepupunya itu terus membuat laporan polis. Ekoran aduan itu, polis telah menyerbu masuk rumah bapa berkenaan kerana pintunya telah dikunci dari dalam. 

Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, pihak polis telah menahan seorang lelaki dan membawa keluar seorang wanita dipercayai ibu mangsa berusia 32 tahun dalam keadaan trauma dan sedang menangis.

Hasil pemeriksaan menemui guni berisi mayat bayi itu yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur rumah mereka. 

Samsulmuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bayi berkenaan, mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada seluruh badan termasuk kesan lelasan di leher kiri dan kanan bayi berkenaan.

Tiada kesan luka berdarah pada badan bayi malang tersebut, namun pihak forensik juga masih menyiasat sekiranya bayi berkenaan juga dicekik. 

Mempunyai masalah mental & depresi sejak dua minggu lepas

depresi

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja kampung dipercayai mengalami masalah mental dan depresi sejak dua minggu yang lepas.

Bukan itu sahaja, ibu bayi berkenaan juga didapati ada kesan lebam dan calar di kedua-dua belah tangan. Dan dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Walau bagaimanapun, ibu saudara si ibu berkata beliau terkejut apabila mendapat berita kematian cucu saudaranya itu, kerana katanya dia baru sahaja melawat keluarga berkenaan. 

Kata ibu saudaranya itu, kali terakhir dia ke rumah pasangan itu ialah pada Rabu lalu kerana melawat suspek yang demam akibat bisul.

Malah dia turut menekankan yang keluarga tersebut tidak mempunyai masalah selama ini, aman saja hidup mereka. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Ia bertujuan untuk memfokuskan kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri.

Mengenai Hari Kesihatan Mental Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Ia bertujuan untuk memfokuskan kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri akibat depresi.

Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012.

Kajian yang sama juga mendapati prevalen kemurungan adalah 18.3% di mana 1 daripada 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres.

Stories Rakan Kongsi
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids

Kebanyakan individu yang terlibat dalam cubaan bunuh diri dan kematian bunuh diri mempunyai beberapa faktor risiko yang mendorong perbuatan tersebut iaitu antaranya mempunyai sejarah cubaan bunuh diri, mengalami kemurungan dan penyakit mental, penyalahgunaan alkohol dan substans, mempunyai sejarah keluarga bunuh  diri, sejarah penyakit kronik dan sering kesunyian atau berasa keseorangan.

Cegah & bantu mangsa gangguan mental

depresi

Mencegah tingkahlaku bunuh diri adalah tanggungjawab bersama. Kita semua boleh belajar mengenali tanda-tanda amaran bunuh diri dan mengambilnya dengan serius.

Sama ada orang yang kita kenali itu adalah kawan, ahli keluarga atau rakan netizen dalam rangkaian sosial anda, sebagai ahli masyarakat, kita berada dalam kedudukan untuk memberikan harapan dan menyelamatkan nyawa dengan cara-cara berikut:

  • ambil serius tentang masalah mereka;
  • ambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
  • ambil berat dan berikan sokongan sosial kepada mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan empat buah institusi mental, 60 hospital kerajaan dan 25 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh Malaysia turut menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada

individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri. Terdapat juga Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti The Befrienders, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Mental Illness Awareness Support Association (MIASA) yang turut menawarkan perkhidmatan sokongan kepada individu yang mengalami masalah emosi, kemurungan, dan keinginan untuk membunuh diri.

Sumber: Berita Harian, MOH

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comemosi-wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sadisnya, Bayi 8 Bulan Dibunuh Bapa Yang Dipercayai Alami Gangguan Mental
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham