TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pasport Jepun Kini Paling Berkuasa Di Dunia, Tolak Singapura Kepada Kedudukan Kedua

4 min bacaan
Pasport Jepun Kini Paling Berkuasa Di Dunia, Tolak Singapura Kepada Kedudukan Kedua

Jepun berjaya memperoleh akses tambahan satu lagi destinasi percutian. Ia sekaligus telah menolak kedudukan Singapura ke tempat yang kedua.

Bagi tujuan melancong ke luar negara, anda pastinya memerlukan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport bagi membolehkan anda memasuki destinasi percutian sesebuah negara secara selamat untuk beberapa jangka masa tertentu.

Jepun dikenali sebagai negara matahari terbit dan dinobatkan sebagai salah satu negara yang maju dalam setiap aspek termasuklah budaya, sosial dan sains teknologi yang dimiliki.

Pastinya, setiap kali terhasilnya ciptaan terbaru dari negara Jepun, ia akan memperoleh ‘ranking’ paling atas kerana inovasi yang dihasilkan menjangkaui fikiran anda.

Pertambahan destinasi percutian

lokasi percutian

Credit to sources

Jika sebelum ini, Jepun, Singapura dan Korea Selatan antara negara yang memiliki pasport yang paling berkuasa di dunia kerana mereka sentiasa melangkah ke hadapan.

Walaupun negara-negara Asia ini terus memegang tiga tempat teratas dalam ranking akses global, pada ketika ini Jepun telah mengukuhkan kedudukannya sebagai paling kuat di dunia dalam Henley Passport Index 2020.

Menurut firma penasihat kerakyatan dan penempatan Henley & Parteners, pasport Jepun menawarkan mobiliti perjalanan yang tertinggi.

Ia membolehkan pemegangnya melakukan perjalanan ke 191 negara tanpa visa atau dengan visa ketibaan.

Berdasarkan laporan laman berita Channel News Asia (CNA), kejayaan ini disebabkan oleh pasport Jepun meraih akses tanpa visa ke negara Myanmar awal bulan ini dan  dokumen perjalanan negara itu membolehkan pemegangnya melancong ke negara tersebut. 

Pertambahan terhadap pasport Jepun ini telah menolak negara Singapura jatuh ke tangga kedua dengan akses tanpa visa ke 190 negara.

Bukan itu sahaja, kedua-dua negara ini saling bersaing secara sengit memandangkan masing-masing ingin meraih kedudukan pertama pada Februari yang lalu.

Indeks Henley mencatatkan pasport dunia mengikut berapa banyak destinasi yang boleh dituju oleh pemegangnya tanpa visa. Ia dikemas kini sepanjang tahun apabila perjanjian visa mulai berkuatkuasa.

negara yang boleh bercuti

foto: unsplash

Menurut pengerusi firma perunding Henley & Partners, Dr Christian Kaelin berkata indeks menunjukkan bahawa dunia telah menyesuaikan diri dengan “pergerakan sebagai keadaan kekal kehidupan global”.

Beliau berkata, “Kedudukan terbaru menunjukkan bahawa negara-negara yang dikategori sebagai negara maju telah membolehkan rakyat mereka menikmati kuasa pasport yang semakin meningkat dengan pelbagai faedah.”

Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dijadikan destinasi percutian yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara visa bebas dan visa ketibaan.

Kedudukan ini berdasarkan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.

10 negara yang boleh dikunjungi oleh pemegang pasport Malaysia

memilih destinasi percutian

foto: luxury travel

Pasport adalah pengenalan diri yang membuktikan anda adalah warganegara bagi sesebuah negara yang digunakan apabila berada di luar Malaysia sebelum anda diterima masuk ke negara lain di dunia ini.

Tahukah anda bahawa pasport Malaysia merupakan salah satu di antara pasport paling berkuasa di dunia? Ya, anda boleh melancong ke banyak negara tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu.

Pada ketika ini, Malaysia berada pada kedudukan tempat ke-13 dengan membolehkan anda melawati hampir 180 negara dengan kebenaran perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

#1. Argentina

#2. Itali

#3. Perancis

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

#4. Iceland

#5. Indonesia

#6. Jerman

#7. Greece

#8. Finland

#9. Mesir

#10. Turki

Kedudukan pasport Malaysia mungkin berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah Visa-Free Score yang diterima.

Dalam anda seronok berada di destinasi percutian pilihan, pastikan anda sentiasa berhati-hati kerana pasport Malaysia menjadi rebutan bagi si pencuri.

Bukan itu sahaja, sebanyak 77,945 pasport antarabangsa Malaysia dilaporkan dicuri atau hilang bagi tempoh antara Januari hingga November tahun 2017 yang bersamaan 233 kes kehilangan dokumen itu setiap hari.

Menurut laporan akhbar Utusan, nilai pasport Malaysia kini dikatakan boleh mencecah sehingga RM250,000.

Sumber: The Straits Time, Yoy Network 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Pasport Jepun Kini Paling Berkuasa Di Dunia, Tolak Singapura Kepada Kedudukan Kedua

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comcuti-2020

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Pasport Jepun Kini Paling Berkuasa Di Dunia, Tolak Singapura Kepada Kedudukan Kedua
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

powered by
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham