TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kecewa Dibuang Kerja, Bekas Juruterbang Syarikat Tempatan Terjun Bangunan

5 Aug, 2020
Kecewa Dibuang Kerja, Bekas Juruterbang Syarikat Tempatan Terjun Bangunan

Seorang bekas juruterbang maut selepas bertindak nekad terjun dari tingkat 12, dipercayai akibat tertekan dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Tahun 2020 ibarat tahun ‘ujian’ untuk masyarakat dunia. Pandemik Covid-19 yang menyerang bukan sedikit kesannya, ada yang terpaksa berhadapan dengan hakikat dibuang kerja, lebih perit tidak dapat terima kenyataan dan akhirnya nekad bunuh diri.

Hanya yang pernah alami saja tahu bagaimana perasaan dibuang kerja, lebih perit jika sudah lebih lima tahun berkhidmat di tempat atau syarikat sama.

Peritnya hanya yang mengalami saja tahu. Seperti dilaporkan Harian Metro, seorang bekas juruterbang maut selepas bertindak nekad terjun dari tingkat 12, dipercayai akibat tertekan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Dibuang kerja, juruterbang dipercayai bunuh diri akibat tertekan

Menurut Harian Metro, berdasarkan kenyataan pihak polis difahamkan juruterbang yang berusia 35 tahun itu terjun dari rumahnya di tingkat 12 sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Puchong.

Difahamkan, mangsa seorang juruterbang yang pernah berkhidmat di syarikat tempatan diberhentikan kerja sejak dua bulan lalu.

Akibat tekanan melampau, dia dipercayai hilang pertimbangan dan membunuh diri dengan cara dan terjun dari tingkat 12 rumahnya.

Menurut polis, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

Step patut anda ambil bila dibuang kerja

dibuang kerja

Dibuang kerja bukan perkara main-main. Hanya yang pernah mengalami saja tahu rasanya. Rasa tidak berguna dan ibarat dunia gelap seketika. Nak-nak pula ada tanggungan yang banyak boleh buntu, dibuatnya jika tidak kuat semangat.

Bercakap memang mudah, bak kata orang di sekeliling, boleh dapat kerja baharu nanti, tapi yang menghadapnya ini Tuhan saja tahu.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, macam-macam perkara boleh terjadi. Seperti dilaporkan media sebelum ini, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.

Difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan hingga sejak Covid-19 melanda. 

Lihat sahaja baru-baru ini bukan sedikit pengamal media tempatan kehilangan kerja akibat masalah yang dihadapi oleh syarikat mereka.

Ujian seperti itu sememangnya tak dapat untuk kita bayangkan. Hanya mereka yang berdepan dengan situasi itu mampu merasainya. Akan tetapi jika perkara sama berlaku kepada anda apakah yang boleh anda lakukan?

#1. Bertenang

dibuang kerja

Paling penting bertenang dahulu. Bertenang ya. Jangan panik. Dibuang kerja atau kehilangan pekerjaan bukanlah pengakhiran hidup anda. Dibuang kerja tidak bermakna hidup anda sudah berakhir.

Ya, semuanya nampak gelap di mata anda, tetapi adalah sangat penting untuk anda ambil masa tenangkan diri, jika panik dan menggelabah, anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional malah makin kusut jadinya.

Jangan lupa anda mungkin ada anak, isteri atau suami dan juga keluarga, jangan berputus ada demi mereka. Jika anda bujang, tidak berbaloi anda meratapi nasib terlalu lama sedangkan perkara sudah pun berlaku. 

#2. Rundingan, bertanya apa yang anda ingin tahu

Jika dibuang kerja secara tiba-tiba atau dengan notis sekalipun anda berhak tahu mengapa anda dibuang kerja. Itu adalah hak anda. Jangan senyap dan membisu tetapi terus hidup dalam tanda tanya.

Syarikat wajib mengemukakan sebab kenapa anda dibuang kerja. Jangan terus mengamuk atau ambil tindakan tinggalkan terus pejabat pergi ke Jabatan Sumber Manusia dan selidik mengenai gaji, pampasan, pampasan baki cuti, insurans, faedah dan sebagainya yang bakal memanfaatkan anda selepas diberhentikan kerja.

Ambil tahu jika syarikat ada mencarum dengan PERKESO kerana anda layak menuntut pampasan kehilangan pekerjaan.

#3. Kawal perbelanjaan

Ada yang diberhentikan kerja dengan pampasan ada pula dengan tangan kosong. Walau di kategori mana pun anda, kawallah perbelanjaan. Ubah gaya hidup jika anda merasakan tidak mampu untuk bertahan.

Ini bagi mengelak anda diburu bank jika tidak dapat membayar hutang atau komitmen yang anda ada sebelum dibuang kerja. 

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya

#4. Bersedia untuk move on

dibuang kerja

Jangan terus bersedih dan meratapi nasib. Bersedialah untuk move on dan mencari pekerjaan baharu. Inilah masanya untuk anda update resume yang mungkin sudah lama tersimpan. Jika mahu buat bisnes, buatlah. Jangan terus dibelenggu kesedihan kerana duit tidak turun dari langit ya!

#5. Nikmati waktu ‘rehat’ anda

Boleh jadi dulu anda kerja tak ikut masa. Jumpa orang pun tidak sempat, tiada life bak kata orang. Terlalu sibuk dengan tugas hingga diri atau keluarga terabai.

Mungkin ini masanya untuk anda tebus balik masa itu. Ambil masa untuk berehat, pergilah ‘bertukar’ angin untuk anda dapatkan semua energy positif yang dulu! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harian Metro, maskulin

Baca juga: 

3 Cara Isteri Patut Buat Bila Hadapi Masalah Suami Hilang Sumber Pendapatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kecewa Dibuang Kerja, Bekas Juruterbang Syarikat Tempatan Terjun Bangunan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham