Belum Sempat Kena Induce Dah Bersalin, Ibu Ini Kongsi Rahsia Amal Surah Abasa Ayat 20

Doa bersalin normal dan mudah yang dikongsikan oleh ibu ini sangat mujarab. Dia sentiasa amalkan surah Abasa ayat 20 sejak awal kandungan lagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan mengandungkan setiap anak memberikan pengalaman yang berbeza bagi para ibu. Mungkin anak pertama agak sukar, namun melahirkan yang kedua lebih senang. Meskipun tidak mudah mengharunginya sehingga tempoh 9 bulan, ada beberapa doa bersalin mudah yang boleh anda amalkan.

Kehadiran cahaya mata adalah pelengkap bagi kehidupan rumah tangga. Ia adalah suatu pengalaman yang menggembirakan lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah lama menanti untuk merasai detik ini.

Doa bersalin mudah dan pendek, para ibu hamil boleh amalkan setiap hari

Berdasarkan perkongsian oleh ibu kepada 7 orang anak, Nur Najwa Najdi dia juga seperti ibu-ibu yang lain ketika mengandung. Perjalanan kehamilannya berdepan pelbagai ujian masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun dengan amalan doa dan kebergantungannya kepada Yang Maha Esa sepanjang tempoh kehamilan, urusan bersalin anak perempuan telah dipermudahkan. Dia juga sempat menceritakan sebenarnya doktor telah merancang untuk menjalani proses bersalin secara paksaan (induce).

Namun dengan takdir Allah, Nur Najwa berpeluang melahirkan bayi secara normal tanpa melalui proses tersebut. Dia juga berkongsi surah yang sentiasa diamalkannya sepanjang tempoh kehamilan yang boleh ibu-ibu yang lain cuba setiap hari. Ikuti perkongsiannya ini.

Alhamdulillah.. Syukur dipanjatkan pada yang Esa. Kandungan yang ke-7, banyak sungguh dugaan mama. Ulang alik ke hospital setiap dua minggu. Macam-macam masalah kesihatan ada. Tapi mama bersyukur sebab bayi dalam kandungan sihat, aktif dan cergas selalu.

Sebenarnya mama ada masalah jantung hypo thyroid beta telesemia tred animea in pregnancy. Bacaan hb mama juga cuma 7 hingga 8 sahaja. Mama menghadapi masalah sukar bernafas. Bila nak tidur mesti ada bantal yang tinggi, kalau tidak mama akan lemas.

Selama 9 bulan mengandung, mama harungi setiap ujian dengan penuh kesabaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seawal 32 minggu mama sudah mengalami sakit kontraksi. Doktor pantau sebab mama ada sejarah bersalin ketika kandungan 35 minggu. Alhamdulillah bayi kuat dan boleh bertahan.

Masa kandungan masuk 36 minggu, mama dah sakit kontraksi secara konsisten setiap 30 minit. Baba terus bawa ke hospital, rupanya kesakitan tu adalah disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sentiasa amal doa bersalin, Surah Abasa ayat 20

Pada 18 haribulan 4 lalu, usia kandungan sudah memasuki 37 minggu. Masa tu mama memang ada temu janji dengan pakar. Memang pakar dah cadangkan untuk melakukan proses induce. Memandangkan keadaan mama kurang stabil, takdir Allah Maha Berkuasa, tidak sempat induce, bukaan sudah 5 sentimeter dan doktor terus tolak ke bilik bersalin.

Tepat jam 1.46 petang, maka lahirlah khalifah Allah mujahidah solehah yang selamat dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allah mudahkan sungguh proses kelahiran. Mungkin Allah nak gantikan dengan kesusahan yang mama tanggung sepanjang mengandung.

Apa yang mama nak kongsikan di sini, sepanjang mengandung antara ayat yang tidak pernah mama tinggal dan selalu baca di bibir ialah Surah Abasa, ayat 20.

ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ ﴿٢٠

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terjemahan: Summas sabee layassaraah

Maksudnya: Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).

Ibu-ibu di luar sana boleh cuba ayat ini sejak awal kandungan lagi. Yakinlah bahawa Allah akan mudahkan setiap urusan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka lahirlah puteri kedua penyeri dalam keluarga, pelengkap hidup kami, zuriat yang ke-7. Semoga dia menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama baba.

Kesimpulannya, amalan doa bersalin mudah adalah senjata bagi para ibu sejak dari mengandung sehinggalah menanti bayi dilahirkan. Pasti kelahiran menjadi mudah dan normal, tanpa perlu melalui proses pembedahan czer.

Memang tidak dinafikan bahawa sakit ketika bersalin umpama anda berperang dengan maut yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Hanya ibu yang pernah melaluinya sahaja akan tahu.

Antara surah lain yang boleh anda amalkan sejak awal mengandung sehingga bersalin ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Surah Yusuf
  • Surah Luqman 
  • Surah Yasin
  • Surah Al Imran
  • Surah Al Hujurat
  • Surah Maryam
  • Surah Al Baqarah

Sumber: Nur Najwa Najdi

Kredit foto: Illy Ariffin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?