Doa Cukur Rambut Bayi Sebelum & Selepas Serta Tiga Galakan Dalam Ibadah Ini

Doa cukur rambut bayi perlu anda ketahui sebelum melakukan ibadah mencukur rambut anak anda agar manfaat dapat dirasai bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa cukur rambut bayi perlu dibuat mengikut tatacara yang betul dalam Islam agar kita menerima manfaatnya. Cukur rambut bayi merupakan ibadah yang sangat digalakkan kepada ibu bapa. Selalunya, cukur rambut bayi dilakukan bersama dengan ibadah akikah buat bayi itu.

Doa Cukur Rambut Bayi

Mencukur rambut bayi memerlukan beberapa tatacara. Selain doa sebelum mencukur rambut bayi, anda juga perlu mengetahui doa selepas mencukur rambut bayi. Berikut adalah doa-doanya.

1. Doa Sebelum Mencukur Rambut Bayi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَللهم نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَنُوْرُالشَّمْسِ وَالْقَمَرِ اللهم سِرُّ اللهِ نُوْرُ النُّبُوَّةِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillhi robbil ‘alamin. Allahumma nurus samawati wa nurusy syamsyi wal qamari. Allahumma sirrullahi nurun nubuwwati rosulullahi shollallahu ‘alaihi wa sallama wal hamdu lillahi robbil ‘alamina.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, cahaya langit, matahari dan bulan. Ya Allah, rahsia Allah, cahaya kenabian Rasulullah SAW, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

2. Doa Selepas Mencukur Rambut Bayi

للَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allâhumma innî u’îdzuhâ bika wa dzurriyyatahâ minasy syaithânir rajîm

Maksudnya:“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuk dia dan keluarganya dari syaitan yang terkutuk.”

Galakan Untuk Mencukur Rambut Bayi Baru Lahir

Dari Samurah bin Jundub, beliau berkata:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya, digundul rambutnya dan diberi nama.” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah nol. 3165, Ahmad 5/12. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

3 Galakan Ketika Mencukur Rambut Bayi

1. Disunnahkan Pada Hari Ketujuh Bayi Dilahirkan

Mencukur rambut bayi disunnahkan untuk dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan.

2. Jangan Potong Separuh Rambut Sahaja

Anda dilarang untuk memotong sebahagian sahaja rambut anak anda atau nama lainnya, qoza’. Larangan ini diriwayatkan oleh ‘Umar, dan beliau berkata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – نَهَى عَنِ الْقَزَعِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang qoza’.” (HR. Bukhari no. 5921 dan Muslim no. 2120)

3. Sedekahkan Perak Seberat Rambut Yang Dipotong

Ali bin Abi Thalib berkata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengakikahi Hasan dengan seekor kambing. Kemudian beliau bersabda, ‘Wahai Fatimah, gundullah rambutnya lalu sedekahkanlah perak seberat rambutnya.’ Ali berkata, ‘Aku kemudian menimbang rambutnya, dan beratnya sekadar uang satu dirham atau sebagiannya.’” (HR. Tirmidzi no. 1519)

Jadi, ibu bapa di luar sana yang sedang menunggu kelahiran anak anda, take note dengan perkara ini. Pastikan anda memahami tatacara menjalankan ibadah ini dan mengetahui doa-doa yang perlu dibaca.

Jika anda ragu-ragu dengan kebolehan anda, minta bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, bagi memudahkan anda, lakukan cukur rambut bayi ketika anda menjalankan ibadah akikah untuk anak anda.

Semoga bermanfaat!

Penulis asal Titin Hatma. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Apa Yang Bayi 3 Bulan Sudah Pandai Lakukan, Dah Mampu Mengangkat Kepala & Cuba Bergolek

Baca juga: Bayi Menangis Malam Sebab Apa Sebenarnya? Ini Punca Dan Cara Yang Efektif Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Tenangkan Anak

Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Ketika Tidur Atau Susah Sendawa, Elak Jeluak Susu & Kembung Perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis