Cuaca panas yang berpanjangan dapat menimbulkan pelbagai kesulitan, seperti kekeringan, penurunan hasil pertanian, dan masalah kekurangan air. Dalam situasi seperti ini, umat Islam dianjurkan untuk memohon kepada Allah SWT dengan doa hujan turun agar diberikan curahan hujan yang menyegarkan dan bermanfaat.
Doa Minta Hujan Turun
Laman Mufti Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan beberapa doa Nabi SAW dalam memohon hujan dari kitab Hisn al-Muslim dan doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW di dalam doa Istisqa ’(iaitu solat memohon hujan).
1. Doa Memohon Hujan
اللهم اغثنا، اللهم اغثنا، اللهم اغثنا
Doa Minta Hujan Rumi: “Allahumma aghithna, Allahumma aghithna, Allahumma aghithna.”
Maksud: “Ya Allah, berilah kami pertolongan dengan hujan, Ya Allah, berilah kami pertolongan dengan hujan, Ya Allah, berilah kami pertolongan dengan hujan.”
Nabi SAW membaca doa ini ketika Baginda SAW sedang berkhutbah apabila seseorang datang mengadu berkaitan hujan tidak turun dalam tempoh yang begitu lama kepada Baginda SAW. Lalu Nabi SAW berdoa dengan doa ini yang mana ia bermaksud agar Allah utuskan hujan kepada mereka. [Lihat: Syarh Hisn al-Muslim, 212]
2. Doa Mohon Hujan Bermanfaat
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Doa Minta Hujan Rumi: “Allahumma asqina ghaythan mughithan mureean mureean naafi’an ghayr daaari ʿājilan ghayra ājilin”
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh.” [Riwayat Abu Daud (1169)]
Di dalam doa minta hujan ini juga terdapat permohonan kepada Allah agar hujan yang diturunkan walaupun ia lebat tetapi ia menghalang daripada berlakunya keruntuhan dan kerosakan. Di samping itu juga, diharapkan daripada hujan tersebut akan kebaikan yang banyak. [Lihat: Syarh Hisn al-Muslim, 212]
3. Doa Turun Hujan
Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Doa Turun Hujan Rumi: “Allahumma isqi ʿibādaka, wa bahā’imaka, wa nashur rahmataka, wa aḥyi baladaka al-mayyit.”
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.” [Riwayat Abu Daud (1176)]
Di dalam doa termasuk semua jenis binatang atau serangga dan ia bukan hanya khusus kepada binatang ternakan sahaja. Selain itu, menghidupkan negeri yang telah mati adalah dengan mengembalikan kesuburan negeri tersebut seperti sediakala. [Lihat: Syarh Hisn al-Muslim, 213]
Mengapa Doa Minta Hujan Penting Ketika Cuaca Panas?
1. Menangani Kemarau
Cuaca panas yang berpanjangan boleh menyebabkan tanah kering dan kekurangan air bersih. Doa hujan turun membantu memohon kepada Allah agar menurunkan hujan untuk menyelesaikan masalah ini.
2. Menyokong Pertanian
Tumbuhan memerlukan air untuk membesar dan berkembang. Hujan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesuburan tanah dan menyokong hasil pertanian.
3. Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem
Hujan membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem dengan membekalkan air kepada sumber air semula jadi, seperti sungai dan tasik, yang penting untuk kehidupan flora dan fauna.
4. Meningkatkan Kualiti Udara
Hujan membantu membersihkan udara daripada habuk dan bahan pencemar, yang penting untuk kesihatan manusia dan alam sekitar.
5. Menyediakan Air Bersih
Hujan merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan rumah tangga, pertanian, dan industri. Dalam keadaan cuaca panas yang panjang, ketersediaan air bersih mungkin terjejas. Dengan berdoa meminta hujan, kita berharap dapat memastikan bekalan air bersih yang mencukupi untuk semua keperluan.
Kesimpulannya, berdoa dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan juga sunnah adalah lebih baik. Akan tetapi, dibenarkan untuk berdoa dengan doa selain daripada al-Quran dan juga sunnah kerana bab berdoa ini luas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Doa Ketika Cuaca Panas Terik Yang Dibaca Rasulullah SAW, Jom Amalkan Hari Ini
Baca juga: Doa Pelindung Diri Dari Segala Bahaya Dan Makhluk Jahat
Baca juga: 7 Doa Pembuka Rezeki Jadikan Sebagai Amalan Setiap Hari
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!