15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)

Panduan doa mudah bersalin dan zikir-zikir yang para ibu boleh amalkan sepanjang proses kehamilan demi bayi tercinta.

Ibu mana yang tidak risau malah gundah gelana menantikan saat bakal bersalin. Sebab itu, demi mengurangkan gemuruh yang anda rasa, anda digalakkan untuk membaca doa mudah bersalin sepanjang kehamilan anda.

Doa mudah bersalin adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk memudahkan proses bersalin. Umumnya, kita memang tahu yang bersalin itu memang sakit. Jadi, ini adalah senarai doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan untuk bakal-bakal ibu di luar sana.

Semoga perjalanan anda untuk melahirkan bayi itu dipermudahkan-Nya.

Doa Tambahan Mudah Bersalin Dari Rasulullah SAW

Terdapat beberapa doa yang kerap dibaca oleh Rasulullah SAW untuk ibu mudah bersalin. 

1. Doa Dari Anas bin Malik R.A

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

2. Doa Dari Ummu Salamah R.A

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

Doa-doa Dari Surah Untuk Mudah Bersalin

Antara doa untuk memudahkan bersalin yang biasa diamalkan adalah dengan membaca surah-surah pilihan berikut:

  • Surah Yusuf: Untuk anak cantik rupa dah akhlak
  • Surah Luqman: Untuk anak cerdik
  • Surah Maryam: Memudahkan proses bersalin
  • Surah Yasin: Untuk anak tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah al-Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu
  • Surah al-Imran 38: Untuk anak yang baik
  • Surah al-Imran ayat 8-9: Untuk memohon rahmat
  • Surah Ibrahim ayat 40: Untuk anak mudah mengerjakan solat
  • Surah al-Baqarah ayat 128: Untuk anak patuh pada Allah S.W.T
  • Surah ar-Ra’ad ayat 8: Untuk kesejahteraan anak yang bakal dilahirkan

Surah-surah ini boleh diamalkan oleh bakal-bakal ibu selepas menunaikan solat. Anda juga boleh mengamalkan beberapa zikir zikir ini semasa hamil:

Zikir Yang Boleh Diamalkan Oleh Si Ibu

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Zikir-zikir ini pula anda boleh amalkan semasa sedang sakit bersalin:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Maha Suci Allah

Aku memohon ampun kepada Allah

Ayatul kursi juga antara doa dipermudahkan bersalin yang boleh diamalkan semasa anda sedang sakit bersalin.

Doa Yang Boleh Suami Amalkan

Untuk suami, anda juga boleh amalkan selawat zihir mudah bersalin di atas ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan doa dipermudahkan bersalin ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.

Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir

“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

Sakit bersalin memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dan Allah SWT telah memilih wanita untuk menanggung sakit ini kerana Dia tahu yang kita kuat untuk menahannya.

Doa Maryam Mudah Bersalin

Berikut adalah doa maryam mudah bersalin yang boleh diamalkan bakal ibu untuk menyambut kelahiran bayi dengan tenang dan mudah. 

ﺤﻨﺎ ﻭﻟﺪﺖ ﻤﺭﻴﻡ ﻭﻤﺭﻴﻡ ﻭﻟﺪﺖ ﻋﻴﺴﻰ ﺍﺨﺮﺝ ﺍﻴﻬﺎ ﺍﻟﻤﻮﻟﻮﺪ ﺒﻗﺪﺮﺓ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺍﻟﻤﻌﺒﻮﺪ

“Hanna waladat maryam wa maryamu waladat ‘iisaa, ukhruj ayyuhal mauluud, biqudratil malikil ma’buud.”

Maksudnya: “Hanna melahirkan Maryam. Maryam melahirkan Isa AS. Keluarlah, wahai bayi, dengan kekuasaan Allah yang disembah.”

Selain itu, ada satu lagi doa dipermudahkan bersalin yang terdapat dalam surah Maryam ayat ke-14. Digalakkan membaca doa ini supaya anak yang dilahirkan menjadi seseorang yang berakhlak mulia, soleh dan solehah. 

Ini bacaannya:

وَّ بَرًّۢا بِوَالِدَیۡہِ وَ لَمۡ یَکُنۡ جَبَّارًا عَصِیًّا

Wabarran biwaalidaihi walam yakun jabbaaran ‘ashii-yan

Maksudnya: “Dan dia sangat berbakti kepada ibu bapanya dan dia tidak sombong dan tidak pula derhaka.”

Doa Nabi Yunus Untuk Mudah Bersalin (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

لا إله إلا أنت سبحانك إِنِّي كنت من الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Kelebihan Menghafal Doa Dipermudahkan Bersalin

  • Diri lebih dekat dan kembali kepada Allah SWT.
  • Memudahkan proses bersalin seperti mana ajaran Rasulullah. 
  • Doa-doa ini telah dibaca oleh para nabi dan diturunkan dalam al-Quran.
  • Ibu akan rasa lebih tenang ketika proses bersalin.
  • Kelahiran bayi akan jadi mudah dan cepat. InsyaAllah.
  • Mengurangkan rasa gugup dan gementar untuk bertempuh ketika bersalin.
  • Salah satu sokongan kerohanian di samping doa keluarga dan suami.
  • Ibu lebih yakin untuk bersalin dan tak sabar nak melihat si kecil lahir ke dunia.
  • Sentiasa yakin bahawa para malaikat turut mendoakan kesejahteraan ibu ketika melahirkan.

Jadi dengan senarai doa dipermudahkan bersalin dan selawat zikir mudah bersalin di atas, diharapkan ia boleh memudahkan urusan bersalin ibu-ibu semua. Insha-Allah.

Adakah Induce Untuk Mudah Bersalin?

Bersalin induce ialah satu proses bersalin secara artificial, iaitu selalunya melalui kapsul atau gel yang dimasukkan melalui vagina. Secara ringkasnya, ia mempercepatkan proses bersalin.

Pakar kesihatan mungkin mengesyorkan induce bersalin ini di atas pelbagai sebab, terutamanya apabila terdapat kebimbangan terhadap kesihatan ibu atau bayi. Faktor penting dalam meramalkan sama ada induce ini akan berjaya adalah sejauh mana serviks lembut dan mengembang (pematangan serviks). Umur kehamilan bayi seperti yang disahkan oleh ultrasound awal dan biasa juga adalah penting.

Jika pakar mengesyorkan induce bersalin, ini biasanya kerana faedahnya adalah melebihi risiko. Jika anda hamil, memahami sebab dan cara induksi bersalin dilakukan boleh membantu anda membuat persediaan.

Mengapa Induce Dilakukan?

Untuk menentukan sama ada induce diperlukan, doktor anda mungkin akan menilai beberapa faktor. Ini termasuk kesihatan ibu dan status serviks. Selain itu, kesihatan bayi, umur kehamilan, berat, saiz dan kedudukan dalam rahim juga diambil kira.

Berikut merupakan sebab-sebab yang mendorong kepada induce:

  • Menghampir 1 hingga 2 minggu melebihi tarikh bersalin tanpa bermulanya kelahiran (kehamilan selepas haid).
    Apabila bersalin tidak bermula walaupun selepas air ketuban pecah (ketuban pecah sebelum bersalin).
  • Jangkitan pada rahim (chorioamnionitis).
  • Apabila anggaran berat bayi kurang daripada persentil ke-10 untuk usia kehamilan (sekatan pertumbuhan janin).
  • Apabila cecair amniotik tidak mencukupi mengelilingi bayi (oligohidramnios).
  • Mungkin apabila diabetes berkembang semasa kehamilan (diabetes gestasi), atau diabetes wujud sebelum kehamilan.
  • Wujud tekanan darah tinggi dalam kombinasi dengan tanda-tanda kerosakan pada sistem organ lain (preeklampsia) semasa kehamilan. Atau mempunyai tekanan darah tinggi sebelum hamil, mengembangkannya sebelum 20 minggu kehamilan (tekanan darah tinggi kronik) atau mengalami keadaan selepas 20 minggu kehamilan (hipertensi kehamilan).
  • Apabila plasenta terkelupas dari dinding dalaman rahim sebelum bersalin — sama ada sebahagian atau sepenuhnya (gangguan plasenta).
  • Mempunyai keadaan perubatan tertentu. Ini termasuk penyakit jantung, paru-paru atau buah pinggang dan obesiti.

Induksi berjadual mungkin membantu mengelakkan proses kelahiran tanpa bantuan. Dalam kes sedemikian, doktor pakar akan mengesahkan bahawa usia kandungan bayi adalah sekurang-kurangnya 39 minggu atau lebih sebelum induksi untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan bagi bayi.

Hasil daripada kajian baru-baru ini, wanita dengan kehamilan berisiko rendah ditawarkan induce pada 39 hingga 40 minggu. Penyelidikan menunjukkan bahawa mendorong bersalin pada masa ini mengurangkan beberapa risiko, termasuk kelahiran mati, melahirkan bayi besar dan mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilan berlangsung. Adalah penting bahawa wanita dan penyedia mereka berkongsi keputusan untuk mendorong kelahiran pada 39 hingga 40 minggu.

Risiko Induce Untuk Mudah Bersalin

1. Induce gagal

Induksi mungkin dianggap gagal jika kaedah yang digunakan tidak menghasilkan persalinan faraj selepas 24 jam atau lebih. Dalam kes sedemikian, C-section mungkin diperlukan.

2. Kadar jantung janin yang rendah

Ubat-ubatan yang digunakan untuk mendorong kelahiran seperti oksitosin atau prostaglandin mungkin menyebabkan rahim mengecut terlalu banyak dan boleh mengurangkan bekalan oksigen bayi serta merendahkan degupan jantung bayi.

3. Jangkitan

Sesetengah kaedah induce bersalin, seperti pecah air ketuban mungkin meningkatkan risiko jangkitan untuk ibu dan bayi. Semakin lama masa antara ketuban pecah dan bersalin, semakin tinggi risiko jangkitan.

4. Rahim pecah

Ini adalah komplikasi yang jarang berlaku tetapi serius di mana rahim terkoyak di sepanjang garis parut akibat pembedahan C-section atau pembedahan rahim yang besar. Pecah rahim juga boleh berlaku pada wanita yang tidak menjalani pembedahan rahim sebelum ini. C-section akan diperlukan untuk mengelakkan komplikasi yang mengancam nyawa. Rahim mungkin perlu dibuang.

5. Pendarahan selepas bersalin

Proses induce meningkatkan risiko bahawa otot rahim tidak akan mengecut dengan betul yang boleh menyebabkan pendarahan serius selepas bersalin.

Tips Dipermudahkan Proses Bersalin 

Selain mengamalkan doa-doa yang disenaraikan di atas, kami kongsikan juga beberapa tips mudah untuk menghadapi proses bersalin yang bakal tiba tidak lama lagi. 

  • Banyakkan berjalan dan buat birthing ball sebelum bersalin. Sebaik sahaja terdapat bukaan di bawah, lakukan aktiviti senaman ringan dengan kerap.
  • Proses meneran semasa bersalin sangat meletihkan, jadi pastikan alas perut dengan kurma atau madu yang dapat memberikan tenaga.
  • Pastikan berada dalam posisi yang paling selesa. Jika kesan induce semakin terasa, mengiringkan badan ke kiri supaya bukaan cepat terbuka. 
  • Buat teknik pernafasan dan teknik meneran yang betul. Sentiasa ikut arahan doktor dan misi yang terlibat sepanjang proses bersalin nanti. 
  • Sentiasa bersikap positif. Buang perasaan takut dan gantikan dengan rasa gembira untuk menyambut bayi dengan senang hati. 

Semoga dipermudahkan!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 3 Pengalaman Bersalin Induce – Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Baca juga:  4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

Penulis

Nadia Ghafar