TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur Menurut Jawapan Mufti

4 min bacaan
Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur Menurut Jawapan Mufti

Doa ziarah kubur disunatkan dibaca seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bukan saja datang menziarah turut memanjatkan doa baik.

Ketika menziarahi kubur kita disunatkan membaca doa ziarah kubur seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bukan saja datang menziarah turut memanjatkan doa yang baik untuk ahli-ahli kubur.

Isi Kandungan

  • Doa Ziarah Kubur
  • Hukum Menziarahi Kubur
  • Adab Ziarah Kubur

Doa Ziarah Kubur

Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kepada para sahabat agar membaca doa melawat kubur ini ketika datang menziarah kubur Islam iaitu:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ

Bacaan rumi: Assalamu’alaikum ahlad-diyaar minal mu’miniin wal muslim, wa inna insyaa alloohu bikum la-laahiquun, wa as-alullohha lanaa walakumul ‘aafiyah.

Maksudnya: “Semoga keselamatan tercurah kepada kalian, wahai penghuni kubur, dari (golongan) orang-orang beriman dan orang-orang Islam. Kami insya Allah akan menyusul kalian, saya meminta keselamatan untuk kami dan kalian.” (Hadis Riwayat Muslim no.975)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawasanya:

“Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur. Sekarang ziarah kubur kerana ziarah kubur mengingatkan kamu kepada akhirat.”

(Riwayat Ahmad No. 1236)

Manakala dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda tentang ziarah kubur bahawa:

فَزُورُوَا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكّركُمُ الـمَوتَ

“Ziarah kubur kerana menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada kematian.”

(Riwayat Ibnu Hibban No. 3169)

Hukum Menziarahi Kubur

Bagi kaum lelaki, hukum menziarahi kubur adalah sunat. Bagi kaum wanitapula, mazhab jumhur ulama’ mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh.

Manakala, mengikut mazhab Hanafi, sunatbagi wanita menziarahi kubur sepertimana lelaki dan sebahagian ulama’ menyatakan sunatjuga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya.

Adab Ziarah Kubur

Menziarahi kubur adalah amalan yang sangat mulia dalam Islam, dan ada beberapa panduan yang perlu diikuti untuk memastikan ziarah kita membawa keberkatan. Berikut adalah beberapa perkara yang digalakkan ketika melaksanakan ziarah kubur:

1.Pakaian Menutup Aurat

Sebelum melangkah ke tanah perkuburan, pastikan anda berpakaian sopan dan menutup aurat. Ini adalah salah satu cara untuk menjaga adab ketika menziarahi kubur.

2.Berwuduk

Disarankan agar kita berada dalam keadaan berwuduk ketika menziarahi kubur. Berwuduk bukan sahaja membersihkan diri, tetapi juga memberikan ketenangan jiwa sebelum memanjatkan doa dan doa ziarah kubur.

3.Memberi Salam Secara Umum

Ketika pertama kali memasuki kawasan tanah perkuburan, sunat untuk memberi salam secara umum kepada semua ahli kubur. Ucapkanlah “Assalamualaikum wahai ahli kubur, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa bersama kalian.” Ini adalah doa ziarah kubur untuk kebaikan dan rahmat bagi seluruh penghuni kubur.

4.Memberi Salam Kepada Si Mati Secara Khusus

Jika kita menziarahi kubur seseorang yang kita kenal, disunatkan memberi salam secara khusus. Berdirilah rapat di tepi kubur, menghadap wajah jenazah, dan menghadap ke arah kiblat. Ucapkan “Assalamualaikum, wahai si Fulan, semoga Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada kamu.”

5.Membaca Al-Quran dan Menghadiahkan Pahala

Amalan yang sangat disunatkan adalah membaca ayat-ayat suci Al-Quran, seperti Surah Al-Fatihah atau Surah Yasin, dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati. Ini adalah cara kita membantu menambah amal kebaikan untuk mereka.

6.Berdoa Menghadap Kiblat

Salah satu cara yang paling utama dalam doa ziarah kubur adalah dengan berdoa menghadap kiblat. Berdoalah untuk si mati dengan penuh khusyuk, agar doa kita diterima oleh Allah. Ini adalah saat yang penuh dengan keberkatan untuk mendoakan kebaikan kepada mereka yang telah pergi.

7.Sebut Kebaikan Si Mati

Ketika kita mengenang atau berbicara tentang si mati, digalakkan untuk menyebut kebaikan mereka, bukan keburukannya. Ini adalah cara kita menunjukkan rasa hormat dan memberi penghormatan terakhir kepada mereka.

8.Wanita Menziarahi Kubur

Dalam Islam, wanita dibolehkan untuk menziarahi kubur, asalkan tidak mendatangkan fitnah atau mengganggu kehormatan diri. Jika ziarah itu mendatangkan manfaat dan memberikan ketenangan, ia adalah amalan yang baik.

Doa ziarah kubur adalah peluang bagi kita untuk mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk si mati, sambil merenung kehidupan dan kematian. Setiap langkah dalam ziarah ini membawa makna yang mendalam, dan dengan mengikuti panduan ini, kita dapat melakukannya dengan penuh rasa hormat dan adab. 

mufti wilayah persekutuan, 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Wanita Haid Ke Kubur Menurut Islam, Boleh Atau Tidak?

Baca juga: Kubur Wanita Mati Bersalin Dikorek, Kain Kafan Didapati Hilang!

Baca juga: Nak Melawat Bayi Baru Lahir? WAJIB Ikut 12 Peraturan & Adab Ini!

Stories Rakan Kongsi
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
5 Awesome Deals You MUST Check Out At The Tesco Baby Fair 2020
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Doa Ziarah Kubur & Hukum Menziarahi Kubur Menurut Jawapan Mufti
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham