X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Guna Doppler Pantau Sendiri Jantung Bayi, Menyesal Tak Sudah! Bayi Meninggal Dalam Kandungan

4 min bacaan
Ibu Guna Doppler Pantau Sendiri Jantung Bayi, Menyesal Tak Sudah! Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Ibu hamil yang pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pasti pernah melihat jururawat menggunakan dopller untuk kesan degupan jantung bayi.

Bagi ibu-ibu hamil yang pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, pasti anda biasa lihat jururawat menggunakan sejenis alat dipanggil doppler untuk mengesan degupan jantung bayi.

Alat berkenaan kini mudah didapati di pasaran malah boleh dibeli secara atas talian saja. Jadi ada dalam kalangan ibu hamil yang membeli peralatan ini dan menggunakannya untuk memantau bayi mereka.

Persoalannya, adakah ia selamat? Sejauh manakah ibu dan ayah di rumah mempunyai kepakaran menentukan sama ada bayi dalam kandungan selamat atau sebaliknya dengan hanya menggunakan doppler tanpa kemahiran dan kepakaran?

Doppler kesan degupan jantung bayi bahaya digunakan jika ibu tak mahir

doppler

Kredit: vicki hobs

Menurut Dr Imelda Balchin, ibu bapa adalah tidak digalakkan menggunakan alatan ini untuk memantau sendiri kesihatan anak. Menurutnya, jika saja-saja mahu beli dan dengar sendiri degupan jantung atau nadi boleh saja, tetapi jika bertujuan memantau sendiri keadaan bayi dalam kandungan, jangan dibuat!

Toksah dok pantau bayi di dalam kandungan dengan alat fetal Daptone atau fetal heart detector yang dibeli sendiri. Kalau nak beli alat ini, anda boleh beli sebagai permainan saja untuk ibubapa saja, untuk main-main dengar denyutan nadi, tetapi BUKAN sebab anda bertujuan nak pantau sendiri kesihatan anak sendiri. JANGAN BUAT.

Advertisement

Kes bayi meninggal dalam kandungan kerana ibu pantau sendiri

Katanya, pernah ada kes seorang bayi meninggal dunia kerana ibu terlambat datang ke hospital. Ibu tidak datang ke hospital apabila pergerakan bayi dalam kandungan berkurangan selama beberapa hari.

Ibu itu yakin kerana beliau mempunyai doppler yang dibeli sendiri dan yakin anaknya tidak mempunyai sebarang masalah dalam kandungan.

Bagaimanapun, apabila dia ke klinik beberapa hari kemudian, sudah terlambat dan bayi di dalam kandungan sudah berhenti bergerak dan disahkan oleh doktor yang bayi malang berkenaan sudah meninggal dunia. 

Terus ke hospital jika bimbang bayi dalam kandungan

Jika anda bimbang tentang kesihatan bayi di dalam kandungan anda, bimbang sebab bayi di dalam kandungan tidak cergas dan tidak bergerak seperti biasa, sila ke hospital untuk mendapatkan penilaian kesihatan dan nasihat dari bidan bertauliah dan doktor perubatan.

Bukan guna doppler di rumah sebagai alternatif berjumpa dengan doktor. Di hospital, mereka gunakan CTG, bukan fetal Daptone, untuk ibu yang mengadu bayi yang ada reduced fetal movements.

Lagi satu perkara yang anda perlu tahu, ialah jika bayi di dalam kandungan sudah meninggal dunia, anda masih boleh mendengar denyutan jantung melalui alat ini, sebab ia akan mencari denyutan nadi ibu jika tak jumpa denyutan nadi bayi di dalam kandungan.

Untuk anda yang tiada kemahiran, anda tidak boleh membezakan adakah ini denyutan nadi ibu atau denyutan nadi bayi di dalam kandungan.

Tanda bayi dalam kandungan bermasalah

Apakah tanda bayi dalam kandungan anda bermasalah? Berikut antara perkara yang perlu anda ambil perhatian. 

#1. Perut selalu kejang

doppler

Kredit: klikdokter

Perut selalu kejang antara perkara yang perkara yang ibu perlu beri perhatian kerana ia mungkin tanda bayi dalam kandungan anda bermasalah. 

Ia boleh membimbangkan kerana mungkin bayi akan lahir pramatang atau keguguran. Perut kejang dengan kadar yang kerap tidak sepatutnya berlaku terutama jika anda berada pada awal trimester.

#2. Tiada degupan jantung

Degupan jantung bayi biasanya boleh mula didengar daripada usia janin 7 minggu dan seterusnya. Ada juga yang sudah 9 minggu tetapi masih belum lagi kedengaran. 

Sekiranya anda pernah dengar dengupan jantung, tetapi bila ke klinik tiada bunyi degupan jantung, ada kemungkinan berlaku sesuatu pada kandungan anda.

#3. Bayi kurang gerak

doppler

Kredit: momstobe

Ini antara perkara yang perlu anda ambil perhatian. Disebabkan itu dalam buku pink ibu mengandung jadual pemantauan pergerakan bayi untuk tempoh 24 jam.

Sekiranya ia berkurangan dan kurang daripada biasa, anda patut risau kerana dikhuatiri sesuatu terjadi pada bayi dalam kandungan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Kredit foto: kidspot

Baca juga: 10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Serius, WAJIB Baca!

Baca juga: Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Baca juga: Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Guna Doppler Pantau Sendiri Jantung Bayi, Menyesal Tak Sudah! Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham