Setiap manusia pastinya berdepan dengan pelbagai dugaan hidup yang berbeza. Namun paling berat untuk diterima adalah apabila kehilangan orang tersayang sekelip mata.
Sejak dalam kandungan, semua mengharapkan bayi selamat dilahirkan dan mampu membesar dengan sihat. Walau bagaimanapun, kini semakin banyak kes kematian anak beberapa hari selepas bersalin.
Kisah benar dugaan hidup dua orang ibu yang kematian bayi
Seorang pengguna Tiktok @sulisayumarlianaa menceritakan dugaan hidup yang dilaluinya dan adik ipar.
Dia adalah adik iparku. Dan aku juga sudah menganggap dia seperti adik sendiri. Malah kami seperti kawan yang begitu rapat.
Pada 5 September 2020, aku mengandung. Dan adik iparku juga alhamdulillah naik garis dua.
Aku dan dia mengandung. Cuma beza dua bulan sahaja. Pada 14 April 2021, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang pertama pada usia kandungan 8 bulan.
Dan pada 4 Mei 2021, iparku telah melahirkan anak perempuan pertamanya di usia kandungan 7 bulan.
Tapi sayang, anak lelakiku hanya mampu bertahan 16 jam dan dia telah meninggalkan aku. Di sinilah aku berasa dugaan hidup paling besar.
Cerita pengalaman mengandung yang berakhir dengan kesedihan
Dan anak iparku juga tiba-tiba keadaannya menjadi kritikal. Hanya mampu bertahan dua minggu. Tarikh 20 Mei 2021 dia meninggalkan kami.
Kami sama-sama saling menguatkan antara satu sama lain dengan berdepan ujian pengalaman mengandung yang sama berat.
Alhamdulillah selepas 3 bulan kehilangan anak pertama, aku mengandung lagi. Dan adik iparku juga mengandung.
Kami sama-sama hamil lagi. Aku percaya Allah Maha Adil.
22 Mac 2022, puteri cantikku telah lahir dengan normal, sihat dan selama pada usia kandungan 9 bulan.
Masyallah rasa bahagia yang tidak boleh digambarkan ketika melihat wajahnya yang cantik. Keadaannya yang sihat buat aku sangat bersyukur. Namanya Aeera Cantika Rahayu.
Pada tarik 25 Mei 2022, adik iparku juga telah selamat melahirkan puteri keduanya yang begitu cantik. Namanya Afifah Hilya Nafisah.
Kami percaya setelah hujan pasti akan ada pelangi. Setiap kesedihan dan ujian Allah, pasti ada kebahagiaan.
Alzam dan Dira semoga tenang di syurga ya, nak. Semoga kelak kita boleh bertemu di syurga Allah.
Tanda tanda mengandung
Tanda awal kehamilan yang dialami setiap wanita berbeza. Ada yang merasakan loya dan tidak sedap badan, ada juga yang langsung tidak merasai apa-apa perubahan pada diri.
Antara tanda tanda mengandung yang paling umum ialah:
- Lambat datang haid. Ia adalah tanda yang pasti mengandung paling ramai wanita alami. Biasanya tanda awal kehamilan ini mudah dikesan apabila ibu tidak datang haid lebih 4 hingga 5 hari.
- Perubahan payudara dan puting. Hal ini kerana peningkatan jumlah hormon progesteron dan estrogen. Ibu cenderung merasakan nyeri, tidak selesa dan sensitif pada payudara. Manakala, warna sekitar puting juga berubah menjadi lebih hitam
- Kerap buang air kecil. Keadaan ini mula terjadi sekitar enam hingga lapan minggu selepas persenyawaan. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang tinggi menyebabkan aliran darah ke ginjal dan meningkatkan penghasilan air kencing.
- Perubahan mood. Tanda-tanda ini tidak berlaku pada kebanyakan wanita. Ibu cenderung mudah marah kerana moodnya menjadi tidak stabil dan sering berubah-ubah. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin berasa gelisah tanpa sebab.
Hari ke berapa boleh tahu mengandung?
Bagi anda yang baru pertama kali melalui pengalaman mengandung, mungkin tertanya-tanya hari ke berapa boleh tahu mengandung, kan?
Sebenarnya ibu-ibu boleh tahu sama ada anda mengandung ataupun tidak pada hari ketujuh selepas terjadinya implantasi pada dinding rahim lagi.
Ia disertai dengan beberapa simptom kehamilan yang lain seperti tidak datang haid. Dalam hal ini, bagi memastikan anda memperoleh jawapan lebih tepat, kami cadangkan agar menggunakan alat ujian kehamilan.
Ujian kehamilan hendaklah dilakukan pada hari ketujuh, iaitu seminggu selepas tarikh haid. Sekiranya anda ingin melakukannya lebih awal, minggu pertama atau kedua selepas melakukan hubungan suami isteri adalah tempoh yang paling sesuai.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: “Sayang Rehatlah, Jaga Anak Kita Di Syurga,” Suami Reda Isteri & Anak Meninggal Ketika Bersalin
Baca juga: Sepanjang Hamil Tiada Masalah, Ibu Reda Bayi Kembar Meninggal Serentak Akibat Jangkitan Kuman E-Coli
Baca juga: Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat