TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-kanak buta sebelah mata akibat bermain dengan gel silika ini!

3 min bacaan
Kanak-kanak buta sebelah mata akibat bermain dengan gel silika ini!

Adakah ejen pengering bahaya? Ramai yang tidak pernah terfikir tentang hal ini, tapi seorang budak buta kekal sebelah mata akibat ejen pengering meletup.

Apabila anda membeli barang, mesti anda ada lihat paket putih kecil tersorok dalam barang yang anda beli, bukan? Mungkin anda tahu yang ia adalah gel silika (sejenis ejen pengering), dan fungsinya untuk mengekalkan kesegaran barang yang anda beli. Tapi pernahkah anda terfikir tentang ejen pengering bahaya?

Umumnya, gel silika atau ejen pengering ini tidak berbahaya sekiranya anda letakkan jauh dari anak-anak.

Namun, satu kejadian melibatkan seorang budak dan satu pek ejen pengering telah menarik perhatian kami. Kami ingin kongsi dengan anda sebagai pembuka mata tentang potensi bahaya bahan ini.

Adakah ejen pengering bahaya? Ya, jika ia meletup ke muka anak anda…

ejen pengering bahaya, bahaya ejen pengering, gel silika, bahaya gel silika, budak buta sebelah mata

Satu grup di Facebook telah mengepos kisah ngeri tentang seorang budak lelaki berusia 8 tahun menjadi buta kekal sebelah mata kerana bermain dengan gel silika atau ejen pengering ini.

Posting tersebut ditulis dalam bahasa cina dan ini terjemahannya:

Ibu bapa, ambil perhatian!

Seorang budak lelaki bermain dengan gel silika dan membuatkan mata kanannya cair dan buta kekal!

Keke, seorang budak lelaki berusia 8 tahun membawa keluar ejen pengering dan bermain dengannya kerana rasa ingin tahu. Malangnya, ejen pengering tersebut meletup dan isinya masuk ke dalam mata kanan Keke dan dia terus menangis dan berguling kesakitan.

Sebaik sahaja ibunya tahu tentang perkara ini, ibunya terus membawanya berjumpa doktor. Pemeriksaan lanjut mendapati, mata kanan Keke telah hancur sepenuhnya selepas terdedah dengan cecair alkali dan membuatkan mata kanannya buta kekal.

Selepas mendengar analisis doktor, ibu Keke rebah ke lantai dan tak mempunyai tenaga walaupun untuk menangis.

Cecair yang dihasilkan oleh tindak balas kimia ini boleh menghakis tisu manusia.

Adakah ejen pengering bahaya?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu apa itu ejen pengering ini terlebih dulu.

Paket kecil gel silika yang anda lihat dalam kerepek kentang dan bungkusan lain ini mengandungi “ejen pengering”. Ia berfungsi untuk menyerap kelembapan dan mengeringkan udara di sekeliling produk untuk mengekalkan kesegaran.

Ada dua jenis ejen pengering. Satu diperbuat dari gel silika, yang umumnya tidak bahaya. Tapi ada satu lagi jenis yang diperbuat daripada kapur atau kalsium oksida.

Ajen pengering kapur ini tidak semahal gel silika dan lebih banyak digunakan. Walaubagaimanapun, ia berbahaya jika dibandingkan dengan gel silika atau ejen pengering yang lain.

Berbalik pada kisah Keke, apa yang terjadi ialah keluarga Keke menganugerahkannya snek kegemaran kerana cemerlang dalam peperiksaan.

ejen pengering bahaya, bahaya ejen pengering, gel silika, bahaya gel silika, budak buta sebelah mata

Keke mengambil ejen pengering dari snek tersebut dan menyumbatkan ke dalam botol airnya.

Tanpa disangka, botol tersebut meletup dan melepaskan cecair ke dalam mata kanannya. Pada saat cecair tersebut terkena matanya dan dia menjadi separuh buta dan mengalami kesakitan yang teramat sangat.

Tip untuk mencegah dari perkara yang sama berlaku

Objek kecil boleh bertindak sebagai bahaya yang tersembunyi untuk kanak-kanak. Oleh itu, anda perlu mengikuti tip ini untuk mengelakkan dari kemalangan seperti ini terjadi.

  • Pantau anak anda setiap masa. Adakah mereka bermain dengan barang yang berbahaya. Pek ejen pengering bukan mainan dan ia perlu dijauhkan dari kanak-kanak.
  • Gel silika boleh menjadi bahaya jika tercekik, jadi terangkan pada anak anda dengan jelas apa yang label maksudkan dan mengapa.
  • Ingatkan penjaga anak anda tentang potensi risiko barang-barang seperti ini. Mereka tidak boleh membenarkan anak anda bermain dengan pek ejen pengering atau benda berbahaya yang lain.

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapura

Baca juga:

Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Kanak-kanak buta sebelah mata akibat bermain dengan gel silika ini!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham